You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN BOLA JARING

MSSD TANGKAK PEREMPUAN 12 TAHUN, 2022

Tarikh : 11 MEI 2022


Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Kesang Tasek
Pengerusi : Tn Hj Yahya bin Rakam
( Guru Besar SK Kesang Tasek)
Kehadiran : SK Kesang Tasek, SK Bukit Gambir, SK Sagil Kampung
SK Parit Bunga, SK Sri Tangkak, SK Kesang,
SK Serom 3, SK Sri Maamor dan SK Bandar Tangkak
Tidak Hadir : SK Abdullah

1.0 Ucapan pengerusi


1.1 Tn Hj Yahya bin Rakam , Guru Besar SK Kesang Tasek mengalu-alukan
kedatangan guru-guru yang menjadi pengurus pasukan bola jaring bawah 12
tahun bagi sekolah masing-masing ke Sekolah Kebangsaan Kesang Tasek. Beliau
berharap kejohanan bola jaring yang akan diadakan pada tahun ini dapat disertai
dengan penuh semangat kesukanan.
1.2 Beliau juga berharap kejohanan ini dapat mencungkil bakat murid-murid dan
seterusnya diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
1.3 Pengerusi menyatakan bahawa kejohanan ini akan diadakan pada 31 Mei dan 01
Jun 2022 di padang SK Kesang Tasek. Atas persetujuan bersama tarikh
kejohanan tidak berubah walaupun pertandingan MSSJ dilewatkan.
1.4 Yuran yang dikenakan adalah berjumlah RM 100.00 dibayar secara tunai.
Yuran ini telah ditetapkan oleh JPN dan surat punca kuasa kutipan yuran yang
di keluarkan oleh JPN telah dihantar ke sekolah masing-masing. Mesyuarat
sebulat suara bersetuju untuk menggunakan wang yang tidak melalui akaun
sekolah untuk membuat bayaran yuran bagi memudahkan pihak penganjur. Yuran
boleh dibayar semasa hari kejohanan.
1.5 Beliau menyatakan bahawa segala keputusan pengadil kejohanan adalah
muktamad.

2.0 Taklimat Pengerusi Teknik


2.1 Taklimat pengerusi teknik disampaikan oleh Cik Fazarina Abdul Kadir. Beliau
memaklumkan keputusan Kejohanan Bola Jaring 2020. Bagi MSSD , tempat
pertama SK Kesang Tasek, kedua SK Bukit Gambir, ketiga SK Sagil Kampung
dan keempat SK Serom 3. Bagi MSSJ, Daerah Tangkak hanya berjaya sampai ke
peringkat suku akhir.. Pada tahun 2021, daerah Tangkak mendapat Johan bagi
Pertandigan Cabaran Kemahiran Sukan Dalam Talian. Murid tersebut Adik Siti
Nur Balqis binti Mohamad Nazir dari SK Kesang Tasek.
2.2
2.3 Seterusnya beliau menerangkan tentang sistem permainan dan peraturan
permainan bola jaring :

2.3.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang gabungan
persekutuan bola jaring wanita antarabangsa (IFNA) dan peraturan –
peraturan am MSSM.

2.3.2 JENIS PERTANDINGAN


Pertandingan berpasukan antara sekolah daerah Tangkak Kategori
Perempuan Bawah 12 Tahun.

2.3.3 PENDAFTARAN PEMAIN


2.3.3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang.
2.3.3.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya
sahaja.
2.3.3.3 Pada tahun ini, boleh digabungkan sekolah untuk menubuhkan satu
pasukan baru tetapi hendaklah didaftarkan atas nama pasukan
baru.
2.3.3.4 Salinan surat beranak dan borang R01 hendaklah diserahkan
kepada pengelola semasa pendaftaran pasukan.

2.3.4 SISTEM PERTANDINGAN

2.3.4.1 Secara Liga Tiga Kumpulan (A, B dan C )


a. Pusingan Pertama
i. Di mana penyertaan mengandungi sembilan (9) hingga
sebelas (11) pasukan, maka pertandingan di Peringkat
Awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dan
TIGA kuympulan A,B,dan C.
ii. Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti
berikut:
Johan : Kumpulan A
Naib Johan : Kumpulan B
Ketiga : Kumpulan C
Pasukan-pasukan lian akan ditempatkan dalam tiga
kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut
undang-ungang permainan berkenaan.
iii. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded), tytidak
mengmabil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya
hendaklah bipertimbangkan kedudukannya.

b. Pusingan Kedua
i. Johan dan Naib johan kumpulan A,B, dan C adalah
layak memasuki Pusingan Kedua yang juga dijalankan
secara LIGA dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan X
dan Kumpulan Y.
ii. Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan
di kumpulan-kumpulan tersebut. Naib Johan kumpulan
akan ditempatkan di kumpulan yang berlainan dengan
johannya.

c. Pusingan Ketiga
i. Johan dari Kumpulan X dan Kumpulan Y akan
memauki Pertandingan Akhir bagi menentukan Johan
dan Naib Johan.
ii. Naib Johan Kumpulan X dan Kumpulan Y akan
bertanding untuk menentukan Tempat Ketiga dan
Keempat.

2.1.4 CARA MEMBUAT KEPUTUSAN


2.1.4.1 Cara Liga

Cara member mata :


Menang : 2 mata
Seri : 1 mata
Kalaah : 0 mata

2.1.4.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama,
pemenang akan ditentukan seperti berikut:
2.1.4.3 Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol
yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.
2.1.4.4 Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
PERBEZAAN GOL, iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak
jumlah gol yang kena.
2.1.4.5 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol
terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

2.1.4.6 Cara Kalah Mati

2.1.4.7 Jika keputusan berakhir dengan seri pada peringkat pusingan


kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir, maka keputusan
pertandingan akan ditentukan seperti berikut;

2.1.4.8 Masa rehat akan diberikan selama 2 minit selepas tamat


permainan. Penggantian dan/ atau pertukaran posisi dibenarkan.

2.1.4.9 Masa tambahan selama 5 minit setiap separuh masa akan


diberikan. Kedua-dua pasukan akan bertukar kawasan gol di akhir
separuh masa tanpa rehat. Penggantian dan / atau pertukaran posisi
tidak dibenarkan. Hantaran tengah seterusnya akan diambil oleh
pasukan yang berhak mengambilnya.

2.1.4.10 Jika berlaku seri setelah masa permainan tamat, satu isyarat yang
boleh dilihat hendaklah digunakan untuk menunjukkan permainan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat kelebihan dua(2).

2.1.5 SYARAT SEMASA PERMAINAN / PEMBERHENTIAN /


KECEDERAAN
2.1.5.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya
minimum lima (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan
dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira
menerima kekalahan.
2.1.5.2 Semasa permainan berlangsung, Pegawai pasukan dan pemain
simpanan dibenarkan member tunjuk ajar asalkan mereka duduk di
atas kerusi atau berdiri dibangku pasukan. Tunjuk ajar juga
dibenarkan semasa rehat dan semasa pemberhentian.
2.1.5.3 Pegawai pasukan dan pemain simpanan tidak boleh mengeluarkan
kata-kata atau kelakuan yang tidak sopan sepanjang tempoh
perlawanan.
2.1.5.4 Semasa berlaku pemberhentian, pegawai dan pasukan boleh
menghampiri garisan tepi untuk member tunjuk ajar dan minuman
kepada pemain.

2.1.5.5 Kecederaan dan Kesakitan :

Apabila seorang pemain mendapat cedera atau sakit semasa


bermain, pemain dalam pasukan boleh meminta pemberhentian
masa daripada pengadil perlawanan. Hanya Pegawai Penjagaan
Utama (Primary Care Personnel) sahaja dibenarkan masuk ke
dalam gelanggang untuk merawat pemain yang cedera tersebut.
Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama,
pasukan perubatan yang bertugas di venue secara automatic
bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut.

Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti


berikut;

Pemberhentian kecederaan kali 1 (pertama) daripada mana-mana


pasukan diberi sehingga 2 (dua) minit sahaja. Pemain boleh
dirawat di dalam atau di luar gelanggang.

Pemberhentian kecederaan kali 2 (kedua) dan seterusnya daripada


pasukan yang sama dalam masa permainan yang sama diberi
sehingga 30 (tiga puluh) saat sahaja. Pemain hendaklah dirawat
diluar gelanggang atau pertukaran pemain dilakukan(bergantung
daripada keputusan jurulatih pasukan). Sekiranya pemain lewat
mengambil tempat selepas tempoh 30 saat, pemain tersebut tidak
boleh terus memasuki gelanggang sehingga diberitahu oleh
pengadil mengikut peraturan pemain yang lewat memasuki
gelanggang.

Sekiranya pemberhentian diminta oleh pasukan yang berbeza maka


kiraan kecederaan akan dikira bermula daripada yang pertama (1)
dan seterusnya.

Pemberhentian kecederaan akan bermula baru apabila perlawanan


memasuki masa perlawanan berikutnya.
Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit, kedua-dua
pasukan boleh membuat pertukaran dan / atau pertukaran posisi
jika mahu.

2.1.5.6 Pemain Lewat;

Pemain yang lewat sampai tidak boleh masuk bermain semasa


permainan berlangsung, tetapi selepas memberitahu Pengadil,
pemain tersebut boleh masuk ke gelanggang.

2.1.6 KELEWATAN
2.1.6.1 Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika
selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir dengan
sekurang-kurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira
menyerah kalah dengan sengaja. Pasukan yang berada di
gelanggang akan diberikan kemenangan percuma dengan 3
mata dan jaringan 15-0.

2.1.7 MENARIK DIRI


2.1.7.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu
perlawanan, maka pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan
pertandingan di kejohanan ini.
2.1.7.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa perlawanan
diberhentikan kerana sesuatu kecederaan akan dikira kalah
tanpa menimbangkan mata yang diperolehinya. Pasukan ini
dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan ini.
2.1.7.3 Pasukan yang melakukan kesalahan 2.1.8.1 dan 2.1.8.2
dianggap tidak menyertai pertandingan dan semua jaringan atau
mata yang telah diperolehi dibatalkan.

2.1.8 PENGADILAN
2.1.8.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil
dan dibantu oleh pengadil dari setiap sekolah di sepanjang
kejohanan ini. (setiap sekolah dikehendaki menghantar seorang
pengadil)
(penalti RM 50 akan dikenakan kepada sekolah yang tidak
menghantar pengadil.)
2.1.8.2. Sekolah yang menghantar pengadil adalah:
SK Kesang Tasek
SK Sri Ma’amor
2.1.8.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

2.1.9 BANTAHAN
Sila rujuk peraturan Am (18) MSS Johor
2.1.9.1.2 Pengerusi teknik berharap semasa pertandingan jika ada
pertanyaan yang tidak pasti atau kekeliruan tentang
pertandingan . Diharapkan dapat ke meja urusetia untuk
mendapatkan penjelasan yang lebih jelas. Harap dapat
diselesaikan secara diplomasi dan telus.

2.1.10 JURI RAYUAN


Sila rujuk peraturan Am (19) MSS Johor

2.1.11 LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN


Sila rujuk Peraturan Am (20) MSS Johor

2.1.12 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

2.1.12.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am


ini dan Peraturan Perrmainan berkenaan akan diputuskan oleh sebaik
sahaja satu gol dijaringkan. Dalam hal ini, pemain yang lewat mestilah
mengambil posisi yang kosong sahaja dalam pasukannya;
Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit;
Sebaik sahaja selepas rehat.

2.1.13 PENANGGUHAN PERLAWANAN


Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan
yang ditangguhkan oleh Pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2.1.14 PAKAIAN
2.1.14.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut
Peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita
Antarabangsa (IFNA).
2.1.14.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.
2.1.14.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau
seluar trek secara berpasukan sahaja.
2.1.14.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna,
penentuan dibuat secara lambungan duit.
2.1.15 GELANGGANG / ALATAN
2.1.15.1 Rujuk kepada Undang-undang Rasmi Bola Jaring (IFNA).
2.1.15.2 Tinggi tiang gol untuk 12 dan ke bawah ialah ialah 3.05 meter
atau 10 kaki
2.1.15.3 Saiz bola ialah saiz 5.(MOLTEN)

2.1.16 MASA BERMAIN


2.1.16.1 Masa bermain untuk pusingan pertama adalah 20 minit.
Masa permainan selama 10 minit dan masa rehat selama 5
minit.
2.1.16.2 Pusingan akhir masa permainan adalah 40 minit. Perminan
hendaklah mengandungi 4 (suku) dengan masa permainan
selama 10 minit bagi tiap-tiap suku dan masa rehat selama
3 minit di antara suku pertama dengan suku kesua dan suku
ketiga dengan suku keempat. Masa rehat separuh masa
ialah selama 5 minit. Cadangan sebulat suara. Masa rehat
boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan
sebarang luar jangkaan atau kecemasan. Pasukan
hendaklah bertukar Kawasan Gol pada akhir setiap suku..

2.1.17 Sila rujuk Peraturan-Peraturan AM (23) MSSM – PINDAAN DAN HAK


JAWATANKUASA PENGELOLA. Semua perkara yang tidak dinyatan
dalam PERATURAN AM ini dan PERATURAN PERMAINAN
BERKENAAN akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSD dan keputusannya adalah muktamad.

Tindakan : Pengurus Pasukan

2 Undian
2.2 Penempatan pasukan di dalam kumpulan adalah seperti berikut:

Secara Liga Tiga Kumpulan


Kumpulan A Kumpulan B
SK Kesang Tasek A1 SK Bukit Gambir B1

SK Serom 3 A2 SK Parit Bunga B2

SK Abdullah A3 SK Bandar Tangkak B3


Kumpulan C

SK Sagil Kampung C1

SK Sri Ma’amor C2

SK Sri Tangkak C3

SK Kesang C4

3 Hal-hal lain
3.2 Hadiah kepada pemenang disediakan untuk Johan, Naib Johan, Ketiga dan
Keempat.
3.3 Cadangan mengambil 14 orang dalam setiap pasukan. Ia dipersetujui dengan
sebulat suara.
3.4 Tempat untuk pasukan berehat akan disediakan di dalam dewan SK Kesang Tasek.
3.5 Tempat letak kereta disediakan di kawasan lapang di sebelah dewan sekolah.
3.6 Kejohanan Bola Jaring MSSD Tangkak akan diadakan selama dua hari pagi dan
petang iaitu pada 31 Mei – 01 Jun 2022
3.7 Penerimaan bagi penyertaan yang lewat hanya diterima sehingga 17 Mei 2022
3.8 Jadual pertandingan akan dihantar ke sekolah masing-masing bersama minit
mesyuarat sebelum hari pertandingan.
3.9 Segala borang hendaklah dihantar semasa hari pertandingan. Borang yang dihantar
hendaklah lengkap berserta salinan surat beranak yang telah disahkan.
3.10 Pembentukan Pasukan ke Kejohanan Bola Jaring MSS Johor akan dibuat setelah
selesai kejohanan Bola Jaring MSSD Tangkak. Ini termasuk pemilihan pegawai
dan pemain.
3.11 Pengurus Teknik akan mengujudkan Group Telegram bagi memudahkan
menyampaikan info mengenai kejohanan tersebut.
3.12 Cadangan menggunakan dewan adalah tidak dapat dilaksanakan kerana masalah
kewangan dan masalah dewan yang tidak sesuai untuk bermain.
3.13 Cadangan untuk bermain di sebelah pagi juga tidak dapat dilaksanakan kerana ia
melibatkan penambahan hari, menyukarkan bagi pasukan yang jauh untuk
berulang- alik ke tempat pertandingan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………….. …..………………………
(RAHIMI BINTI ISAHAK)

KEPADA: KEPADA:

GURU BESAR, GURU BESAR,

SK PARIT BUNGA, TANGKAK, SK SEROM 3, TANGKAK,

JOHOR JOHOR
KEPADA: KEPADA:

GURU BESAR, GURU BESAR,

SK BANDAR TANGKAK, TANGKAK, SK KESANG, TANGKAK,

JOHOR JOHOR

KEPADA: KEPADA:

GURU BESAR, GURU BESAR,

SK ABDULLAH, TANGKAK, SK BUKIT GAMBIR, TANGKAK,

JOHOR JOHOR

KEPADA: KEPADA:

GURU BESAR, GURU BESAR,

SK PAYA MAS, TANGKAK, SK SAGIL KAMPUNG, TANGKAK,

JOHOR JOHOR

KEPADA: KEPADA:
GURU BESAR, GURU BESAR,
SK SRI MA’AMOR, TANGKAK, SK SEROM 8, TANGKAK,
JOHOR JOHOR

You might also like