You are on page 1of 6

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD MUAR

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah dalam MSSM Daerah Muar. 2.2 Kategori yang dipertandingkan : 2.2.1 Perempuan Bawah 18 Tahun 2.2.2 Perempuan Bawah 15 Tahun 2.2.3 Perempuan Bawah 12 Tahun PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain. 3.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja. 3.3 Pasukan TIDAK BOLEH mendaftarkan pemain Tingkatan 6 Atas dalam kategori umur Bawah 18 Tahun. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 4.1.1 Pusingan Pertama a) Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b) Johan, Naib Johan, ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C Keempat - Kumpulan D Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 4.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir) a) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. b) Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut: i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7. ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

2.

3.

4.

SUKU AKHIR 1 2

SEPARUH AKHIR

AKHIR

3 4
5

6 7 8
4.2 Secara Liga Tiga Kumpulan (A,B dan C) 4.2.1 Pusingan Pertama a) Di mana penyertaan mengandungi Sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan, maka pertandingan di Peringkat Awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam TIGA kumpulan A,B dan C. b) Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam Pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C

c)

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan be rkenaan. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.2.2

Pusingan Kedua a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A,B dan C adalah layak memasuki Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan X dan Kumpulan Y. b) Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulankumpulan tersebut. Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan di kumpulan yang berlainan dengan Johannya. Pusingan Akhir a) Johan dari Kumpulan X dan Kumpulan Y akan memasuki Pertandingan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan. b) Naib Johan Kumpulan X dan Kumpulan Y akan bertanding untuk menentukan Tempat Ketiga dan Keempat.

4.2.3

4.3

Cara Liga Dua Kumpulan (A dan B) 4.3.1 Pusingan Pertama a) Di mana penyertaan mengandungi enam (6) hingga lapan (8) pasukan sahaja, maka pertandingan Pusingan Pertama akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam dua kumpulanKumpulan A dan Kumpulan B. b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertaandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan B Keempat - Kumpulan A Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.3.2

Pusingan Kedua (Separuh Akhir) a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A dan B adalah layak memasuki Peringkat Separuh Akhir seperti berikut : Johan A lwn. Naib Johan B (Kum.X) Johan B lwn. Naib Johan A (Kum.Y) b) Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Pusingan Akhir a) Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. b) Pasukan kalah kedua-dua kumpulan akan bertanding untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

4.3.3

5.

CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 5.1 Cara Liga 5.1.1 Cara memberi mata : Menang : 2 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut : a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. d) Jika kedudukan masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara mengambil keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya. e) Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara LAMBUNGAN DUIT. Jika di peringkat ini lebih daripada dua (2) pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan CABUTAN UNDI.

5.2 Cara Kalah Mati Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut : a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama 2 minit. b) Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan. c) Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. d) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. e) Sekiranya berlaku seri pada akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 6. PENANGGUHAN PERLAWANAN 6.1 Jawatan Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh Pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. PAKAIAN 7.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA). 7.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib. 7.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja. 7.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat secara lambungan duit. GELANGGANG / ALATAN 8.1 Rujuk kepada Undang-Undang Rasmi Bola Jaring (IFNA). 8.2 Tinggi tiang gol untuk 12 tahun dan ke bawah ialah 2.44 meter atau 8 kaki. 8.3 Tinggi tiang gol untuk 15 tahun dan 18 tahun ke bawah ialah 3.05 meter atau 10 kaki. 8.4 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5. MASA BERMAIN 9.1 Masa bermain untuk sekolah menengah adalah satu (1) jam. Permainan hendaklah mengandungi empat(4) suku dengan masa permainan selama 15 minit bagi tiap-tiap suku dan masa rehat selama 3 minit di antara suku pertama dengan suku kedua dan suku ketiga dengan suku keempat. Masa rehat separuh masa ialah selama 5 minit. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sebarang luar jangkaan atau kecemasan. Pasukan hendaklah bertukar Kawasan Gol pada akhir setiap suku. 9.2 Apabila sesuatu pasukan itu bermain dua atau lebih permainan dalam satu hari, atau jika masa terhad, tempoh permainan itu hendaklah dipersetujui oleh Pegawai Pasukan. Jika persetujuan tidak tercapai, maka permainan itu hendaklah dimainkan dengan dua (2) bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh masa. Masa rehat adalah selama 5 minit. Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangkaan atau kecemasan. 9.3 Masa bermain untuk sekolah rendah adalah selama 40 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 20 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 5 minit selepasnya, masa bagi separuh masa kedua ialah 20 minit.

7.

8.

9.

10. KELEWATAN Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja. 11. MENARIK DIRI 11.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu perlawanan, maka pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini.

11.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa perlawanan diberhentikan kerana sesuatu kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan ini. 11.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 11.1 dan 11.2 dianggap tidak menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperoleh dibatalkan. 12. PENGADILAN 12.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil-pengadil di sepanjang kejohanan ini. 12.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad. 13. BANTAHAN 13.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat satu (1) jam selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 (RINGGIT MALAYSIA : TIGA RATUS SAHAJA). 13.2 Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan Undang-Undang Bola Jaring. 13.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan yang dibuat itu tidak berasas. 13.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan. 13.5 Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuaratnya selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam selepas bantahan diterima. 13.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. 14. LEMBAGA RAYUAN 14.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lemdaga Rayuan yang mengandungi : Penasihat : Yang Dipertua atau wakilnya Pengerusi : Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan Setiausaha : Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio) Ahli : Pengurus yang berkenaan. 3 orang Pengurus Pasukan / Wakil daripada pasukan sekolah yang tidak terlibat. 14.2 Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang (minimum) atau tujuh (7) orang (maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah pasukan. 14.3 Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal permainan semasa kejohanan berlangsung. 14.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan salinan kepada emua pasukan yang mengambil bahagian. 14.5 Keputusaan Juri Rayuan adalah muktamad. 15. LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN Peraturan Am (18) MSS Negeri Johor 15.1 Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh sebuah lembaga tatatertib yang terdiri daripada : Penasihat : Yang Dipertua atau wakilnya Pengerusi : Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan / Wakilnya Setiausaha : Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio) Ahli : Pengerusi Teknik Perminan MSSM Daerah yang berkenaan. Seorang ahli yang terdiri daripada wakil sekolah yang tidak terlibat.

15.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk : 15.2.1 Mengambil tindakan mengenai disiplin murid-murid, pegawai-pegawai dan pegawaipegawai Kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara semasa Kejohanan / Pesta dijalankan seperti berikut : a) Memberi amaran. b) Menggantung penyertaan bagi jangkaa masa tertentu. c) Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan. d) Mengarah pemain dihantar pulang. e) Menghantar laaporan kepada sekolah berkenaan supaya tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh Pertubuhan kebaangsaan. 15.2.2 Membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga Tatatertib MSSJ selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat Kejohanan / Pesta dan membuat syor dan cadangan yang sewajarnya perlu diambil. 16. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan seseorang pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan asrama dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun, beberapa persediaan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan itu. 17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSJ dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

You might also like