You are on page 1of 6

KEJOHANAN

BOLA JARING

PERATURAN
PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 1


PERATURAN PERTANDINGAN
BOLA JARING

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan
Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan peraturan-peraturan Am MSSM.

2. PENDAFTARAN PEMAIN
2.1 Setiap pasukan mestilah mendaftarkan 12 orang pemain, 1 orang jurulatih dan 1
orang pengurus pasukan.
2.2 Tiap-tiap pemain mestilah berumur 12 tahun ke bawah, 15 tahun ke bawah dan 18
tahun ke bawah.
2.3 Salinan surat beranak / kad pengenalan mestilah disahkan oleh Pengetua/Guru
Besar sekolah pemain berkenaan dan dikepilkan bersama borang R01 dan R02
(sekolah rendah) dan borang M01 dan M02 (sekolah menengah).
2.4 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain.

3. PAKAIAN
3.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai “bibs” tinggi huruf 6 inci atau 8 inci yang
menunjukkan kedudukan pemain-pemain.
3.2 Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai seluar pendek atau tights atau tights
dipakai dengan skirt.
3.3 Pemain yang mengambil bahagian mestilah memakai kasut atau boots.
3.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bibs yang berlainan warna.
3.5 Sekiranya kedua-dua pasukan yang memakai bibs yang sama warna maka undian
lambungan duit akan dijalankan.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 2


4. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut:

4.1 Pusingan Pertama


4.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah
dibahagikan kepada 4 (empat) kumpulan iaitu A, B, C dan D. pertandingan
dijalankan secara liga.
4.1.2 Johan, Naib johan, tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Lain-lain pasukan akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan
cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
4.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)


4.2.1 Johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku
akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
4.2.2.1.1 undian bagi 4 pasukan pemenang pertama kumpulan akan
didahulukan untuk menempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7
4.2.2.1.2 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk
ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika pasukan pemenang pertama
berikutnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7,
manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga
untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8
4.2.2.1.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir
akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan johan dan naib
johan. Sementara pasukan-pasukan yang kalah akan ditempatkan
pada kedudukan tempat ketiga bersama.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 3


5. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN
5.1 Pemberian Mata
Bagi pertandingan yang dijalankan secara LIGA, pemberian mata adalah seperti
berikut:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
5.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut :
5.2.1 Secara purata gol iaitu jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol kena.
5.2.2 Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunakan iaitu jumlah gol
yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.
5.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak
akan diisytiharkan sebagai pemenang.

5.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan
akhir:
5.3.1 Apabila masa tamat, pasukan akan diberi rehat selama 2 minit.
5.3.2 Masa tambahan selama 2 x 5 minit setiap bahagian akan dimainkan.
5.3.3 Pasukan bertukar kawasan gol dan perlawanan dimulakan semula oleh
pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya.
5.3.4 Pasukan bertukar kawasan gol di separuh masa tanpa rehat.
5.3.5 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan
sehingga satu pasukan mendapat 2 KELEBIHAN GOL (PERATURAN IFNA).

6. MASA BERMAIN
6.1 Masa bermain bagi pusingan awal dan separuh akhir ialah 14 minit dengan masa rehat
selama 1 minit (7-1-7).
6.2 Masa bermain bagi pusingan akhir ialah 20 minit dengan masa rehat selama 3 minit
(10-3-10).

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 4


7. KELEWATAN
7.1 Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah
pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain, pasukan itu
dikira kalah dengan sengaja dan diberi kemenangan percuma dengan mata (10-0)
7.2 Sekiranya pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan akan
dibatalkan. Pasukan tersebut tidak akan dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya
dan tindakan tatatertib akan diambil.

8. PENGGANTIAN
8.1 Penggantian pemain adalah mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring MSSM

9. PENANGGUHAN
9.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan permainan diteruskan seperti hujan lebat,
petir, kilat, cuaca gelap dan kedengaran azan maka pengadil dengan persetujuan
Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
9.2 Perlawanan yang ditangguhkan kerana keadaan cuaca akan diteruskan seperti berikut:
9.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama maka perlawanan
akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.
9.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan kepada hari lain maka permainan
hendaklah dimainkan semula.
9.3 Jawatankuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah
sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau
diputuskan dengan serta-merta.
9.4 Jawatankuasa pertandingan dan teknikal akan menetapkan semula tarikh dan masa
perlawanan yang tertangguh.

10. BANTAHAN DAN RAYUAN


10.1 Semua bantahan dan rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan
secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada
30 minit selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak
RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus).
10.2 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat tidak
diterima.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 5


11. JURI RAYUAN
11.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Wakil
11.2 Pengerusi Teknik Bola Jaring / Wakil
11.3 Tiga orang Pengurus Pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat dengan bantahan /
kes
11.4 Setiausaha JK Kejohanan sebagai Ex-Officio

12. PENGADIL
12.1 Pengadil akan dilantik atau dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.
12.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.

13. PERATURAN PENGURUSAN


12.1 Pengurus menghantar borang setiap perlawanan ½ jam sebelum perlawanan
kepada urusetia.
12.2 Kapten kedua-dua pasukan menentukan hantaran tengah dengan membuat
lambungan duit syiling sebelum perlawanan.
12.3 Pengurus, jurulatih dan 5 pemain simpanan dibenarkan duduk di bangku yang
disediakan di tepi gelanggang.
12.4 Hanya kapten sahaja dibenarkan mengemukakan sebarang pertanyaan kepada
pengadil di masa rehat (dengan kehadiran kapten pihak lawan)

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


14.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusannya adalah muktamad.

Disediakan oleh :
Pn. Nor Azlina Abd Talip
PT Bola Jaring MSSD Seremban 2

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 6

You might also like