You are on page 1of 7

PERATURAN BOLA TAMPAR

KARNIVAL SUKAN KV KERIAN


KALI – 1
2020

1. Undang-undang Kejohanan

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dalam peraturan MSS Malaysia,
Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Bola Tampar Antarabangsa
FIVB yang sedang berkuat kuasa.

2. Tarikh dan Tempat Pertandingan

1.1.1 Tarikh : 6 MAC 2020 (SVM&DVM– PEREMPUAN)


9 MAC 2020 (SVM&DVM – LELAKI)
1.2 Tempat : Gelanggang Bola Tampar KV Kerian
1.3 Masa : 4.00 – 6.30 pm

3. Kategori Pertandingan

3.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan 12 pemain.


3.2 Setiap rumah dikehendaki menghantar 4 pasukan iaitu kategori
SVM&DVM (Lelaki&Perempuan)
3.3 Enam (6) pemain bermain ( termasuk Libero yang dimasukkan bila-
bila masa ), enam (6) pemain simpanan.

4. Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan

4.1 Pasukan boleh mendaftar 12 orang pemain termasuk 2, 1 atau tanpa Libero. Bagi
pegawai, pasukan boleh mendaftar seorang Pengurus dan seorang Jurulatih.

5. Sistem Pertandingan

5.1 Semua acara yang dipertandingkan adalah berbentuk cabutan


undian ikut rumah dan bukan secara liga.
5.2 Pusingan pertama perlawanan ditentukan melalui undian cabutan
oleh ketua – ketua rumah. Seterusnya pihak yang menang dalam
perlawanan tersebut akan berlawan pusingan kedua iaitu akhir
johan vs johan (penentuan tempat 1&2) dan naib johan vs naib
johan (penentuan tempat ke 3&4)

6. Cara MenentukanKeputusan

6.1 Pertandingan ini dikira bermain satu set sahaja (2-1).


6.2 Kiraan mata ditentukan secara “rally” 31mata (Pasukan yang memperolehi 31
mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang bagi set tersebut. Sekiranya
kedudukan mata 30-30 maka permainan diteruskan sehingga tercapai perbezaan
dua mata. (contoh 32-30). Dan mata penamat terakhir adalah pada kiraan 36.
6.3 Set pertukaran gelanggang pada kiraan mata 15.
6.4 Bagi perlawanan peringkat Separuh Akhir adalah sama pada kiraan pusingan
awal “rally” 31 mata dan pertandingan Akhir, permainan akan dikira2 set terbaik
(25 mata)

7. Pakaian

7.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi/baju rumah sukan dan seluar seragam.
7.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi/baju rumah sukan yang berlainan
warna daripada warna jersi pasukannya.
7.3 Jersi hendaklah bernombor dan bersaiz tidak kurang daripada15cm tingginya di
depan dan 20cm di belakang.
7.4 Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 20 sahaja.
7.5 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2cm tebal.
7.6 Kapten Pasukan mesti mempunyai satu jalur berukuran 8cm panjang dan 2 cm
lebar yang menggariskan nombornya di depan.
7.7 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan dilarang
bermain dan pasukannya boleh dibatalkan perlawanan.
7.8 Pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan hendaklah memakai pakaian
yang seragam.

8. GelanggangPertandingan/Permainan

8.1 Semua garisan adalah 5cm lebar


8.2 Ukuran Gelanggang - 9m x 18m
8.3 Ketinggian rasmi jaring
Lelaki - 2.43 meter
Perempuan - 2.24 meter

9. Kelewatan

10.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang
ditetapkan untuk perlawanan.
10.2 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa
sebab yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan
lawan akan diberikan mata kemenangan percuma 2-0 (kiraan 31-0).

10. Pembatalan (“walkover”)


11.2 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan
perlawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanannya dibatalkan.
11.3 Pengelola akan menyediakan laporan tentang penarikan diri ini kepada urusetia
Karnival Sukan KV Kerian 2020.

11. Bantahan

12.1 Keputusan Pengadil adalah muktamad.


12.2 Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada
Jawatan kuasa Teknik dan keputusannya adalah dihormati.
12.3 Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara
lisan kepada pengadil bertugas pada ketika insiden itu berlaku melalui Ketua
Pasukan Semasa dan Pengadil akan mencatat “ingin bantah” di dalam “score
sheet” serta merta.
12.4 Bantahan rasmi secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola
dalam masa SATU JAM selepas perlawanannya tamat supaya bantahannya
dapat dipertimbangkan.
12.5 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada
yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

12. Juri Rayuan

13.1 Juri Rayuan akan dibentuk oleh Jawatan kuasa Pengelola di mana Pengerusi
Pengelola atau wakilnya akan bertindak sebagai pengerusinya. Juri Rayuan ini
terdiri daripada Setiausaha Pengelola atau wakilnya, Pengerusi Teknik, Ketua
Pengadil Kejohanan dan 3 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.

13. Jawatankuasa Tatatertib

14.1 Jawatankuasa Pengelola boleh melantik mana-mana ahlinya seramai (5) lima
orang termasuk seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi untuk
mewakilinya.
14.2 Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak
yang terbabit dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan.
14.3 Sila Rujuk Peraturan Am

14. Perkara yang tidak dinyatakan

14.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah
muktamad.
14.2 Sila Rujuk Peraturan Am, perkara 10.
PERATURAN SEPAK TAKRAW
KARNIVAL SUKAN KV KERIAN
KALI – 1
2020

1. Undang-undang Kejohanan

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dalam peraturan MSS


Malaysia, Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Sepak
Takraw MSSD yang sedang berkuat kuasa.

2. Tarikh dan Tempat Pertandingan

2.1 Tarikh : 6 Mac 2020


2.2 Tempat : Dewan Lestari KV Kerian

3. Kategori Pertandingan

3.4 Pertandingan dijalankan secara berpasukan 4 pemain.


3.5 Setiap rumah dikehendaki menghantar 2 pasukan iaitu kategori SVM&DVM
(Lelaki)

4. Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan


4.2 Pasukan boleh mendaftar 4 orang pemain. Bagi pegawai, pasukan boleh
mendaftar seorang Pengurus dan seorang Jurulatih.

5. Sistem Pertandingan

5.3 Semua acara yang dipertandingkan adalah berbentuk cabutan


undian ikut rumah dan bukan secara liga.
5.4 Pusingan pertama perlawanan ditentukan melalui undian cabutan
oleh ketua – ketua rumah. Seterusnya pihak yang menang dalam
perlawanan tersebut akan berlawan pusingan kedua iaitu akhir
johan vs johan (penentuan tempat 1&2) dan naib johan vs naib
johan (penentuan tempat ke 3&4)

6. Format Pertandingan

6.5 Penyertaan adalah 1 REGU dari setiap pasukan rumah (ikut kategori)
6.6 Sistem Permainan :
 Kiraan ping pong 15 mata digunakan dalam semua perlawanan.
 Sekiranya ‘deus’, mata maksima adalah 17 mata.
 Perlawanan dijalankan secara 2 set, sekiranya seri, set penentuan akan
dijalankan.

7. Pertukaran Pemain

21.1 Pertukaran pemain dibenarkan bg pemain yang didaftarkan di


dalam borang pendafftaran setiap pasukan sahaja.
21.2 Pertukaran adalah sekali sahaja untuk setiap set dan perlu
dimaklumkan kepada pengadil. Pertukaran pada set pertama
dikira pemain permulaan untuk set ke dua.

8. Pakaian

7.9 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi/baju rumah sukan


dan seluar seragam.
7.10 Pemain hendaklah menggunakan jersi/baju rumah sukan yang
berlainan warna daripada warna jersi pasukannya.
7.11 Jersi rumah sukan digalakkan.
7.12 Kapten Pasukan mesti mempunyai satu jalur berukuran 8cm
panjang dan 2 cm lebar yang menggariskan nombornya di
depan.
7.13 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas
akan dilarang bermain dan pasukannya boleh dibatalkan
perlawanan.
7.14 Pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan hendaklah
memakai pakaian yang seragam.

9. Kelewatan

10.3 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang
ditetapkan untuk perlawanan.
10.4 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa
sebab yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan
lawan akan diberikan mata kemenangan percuma 2-0 (kiraan31-0

10. Pembatalan (“walkover”)

11.4 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan
perlawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanannya dibatalkan.
11.5 Pengelola akan menyediakan laporan tentang penarikan diri ini kepada urusetia
Karnival Sukan KV Kerian 2020.

11. Bantahan

12.6 Keputusan Pengadil adalah muktamad.


12.7 Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada
Jawatan kuasa Teknik Bola Tampar Voktek dan keputusannya adalah dihormati.
12.8 Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara
lisan kepada pengadil bertugas pada ketika insiden itu berlaku melalui Ketua
Pasukan Semasa dan Pengadil akan mencatat “ingin bantah” di dalam “score
sheet” serta merta.
12.9 Bantahan rasmi secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola
dalam masa SATU JAM selepas perlawanannya tamat supaya bantahannya
dapat dipertimbangkan.
12.10 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta
dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya
adalah muktamad.

12. Juri Rayuan

13.2 Juri Rayuan akan dibentuk oleh Jawatan kuasa Pengelola di mana Pengerusi
Pengelola atau wakilnya akan bertindak sebagai pengerusinya. Juri Rayuan ini
terdiri daripada Setiausaha Pengelola atau wakilnya, Pengerusi Teknik, Ketua
Pengadil Kejohanan dan 3 orang Pengurus Pasukan yang tidakt erlibat.
13.3 Sila Rujuk Peraturan Am perkara 6.

13. Jawatankuasa Tatatertib

14.4 Jawatankuasa Pengelola boleh melantik mana-mana ahlinya seramai (5) lima
orang termasuk seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi untuk
mewakilinya.
14.5 Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak
yang terbabit dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan.
14.6 Sila Rujuk Peraturan Am perkara 6.

14. Perkara yang tidak dinyatakan

14.3 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah
muktamad.
14.4 Sila Rujuk Peraturan Am, perkara 10 Karnival Sukan KV Kerian 2020.

You might also like