You are on page 1of 4

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN KARNIVAL JOBSMALAYSIA


“STREET SOCCER 3 SEBELAH”
ANJU
RAN
JABATAN TENAGA
KERJA SARAWAK

1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan “STREET SOCCER 3 SEBELAH”
2. PENGANJUR
2.1 Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
3. PENYERTAAN
3.1 Terbuka hanya kepada semua pasukan daripada Jabatan Kerajaan,
Swasta, IPTA, IPTS, Persatuan- Persatuan, Kelab-Kelab, Sekolah-
Sekolah dan NGO sahaja.
3.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan jersi yang bernombor.
3.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftar seorang pengurus, dan 5 pemain
sahaja untuk setiap pasukan.
3.4 Tiada Yuran Penyertaan.
3.5 Pemain yang mewakili NEGERI (tahun 2009 sahaja) TIDAK
LAYAK untuk menyertai kejohanan ini dan jika sesebuah pasukan
didapati menggunakan khidmat pemain tersebut, maka tindakan akan
diambil oleh pihak penganjur dan keputusan pihak penganjur adalah
muktamad.
3.6 Penyertaan pemain dari berbilang-bilang kaum, bangsa dan agama adalah
digalakkan.
4. HADIAH
Hadiah adalah seperti berikut :
JOHAN - Wang Tunai RM300.00
NAIB JOHAN - Wang Tunai RM200.00
KETIGA BERSAMA - Wang Tunai RM100.00
5. TEMPOH PERLAWANAN
5.1 Separuh masa ialah 5 minit (keseluruhan 10 minit).
5.2 Tiada masa rehat diperuntukan.
6. FORMAT PERLAWANAN
6.1 Dijalankan secara liga kumpulan.
6.2 Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada Kumpulan dan
2 pasukan teratas kumpulan sahaja akan ke pusingan suku akhir
yang akan dijalankan secara kalah mati.
6.3 Mata akan diberi kepada keputusan seperti berikut : menang tiga (3)
mata ; seri satu (1) mata dan kalah kosong (0) mata.
6.4 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau
lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan
penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang :
6.4.1. Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai
perbezaan antara jaringan gol
‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ akan
menduduki tempat yang lebih tinggi.
6.4.2. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan
bilangan gol yang paling banyak akan dikira sebagai
pemenang.
6.4.3. Jika masih sama, maka pasukan yang sedikit bolos akan dikira
pemenang.
6.4.4. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya
dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.
Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri, maka keputusan akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.

7. PERATURAN KHAS
7.1 Semua pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan ‘D’ semasa
perlawanan sedang dijalankan. Jika ini berlaku, maka sepakan
penalty akan dihadiahkan oleh pengadil yang bertugas kepada kepada
pasukan lawannya.
7.2 Paras ketinggian semasa bola dimainkan adalah para paras
pinggang sahaja. Mana-mana pemain yang melakukan kesalahan
tersebut, maka sepakan percuma akan diberi kepada pasukan
lawannya.
7.3 Semua sepakan penalti diambil hanya dari tengah padang sahaja dan
menggunakan atas kaki (tali kasut)
sahaja.
7.4 Masa diperuntukan untuk sepakan ke dalam, sepakan percuma dan
sebagainya hanya 4 (empat) saat sahaja.

8. TEMPAT/ JADUAL/ TARIKH


8.1 Tempat perlawanan ialah di PADANG MERDEKA.
8.2 Semua jadual yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengelola tidak
boleh diubah, ditangguh atau diapa- apakan oleh pasukan yang
bertanding akan tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah,
menangguh atau mengapa-apakan jadual atas sebab-sebab yang tidak
boleh dielakkan.
8.3 Tarikh pertandingan ialah pada 12 Disember 2009 (Sabtu) hingga 13
Disember 2009 (Ahad).

9. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN


9.1 Mana-mana pasukan tarik diri, maka pasukan tersebut dikira kalah.
9.2 Tempoh menunggu ialah 2 minit daripada masa yang ditetapkan/
dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan ini
akan dikira kalah.
9.3 Jika jumlah pemain kurang dari 2 orang dari mana-mana pasukan, maka
pasukan tersebut dikira kalah.

10. KAWALAN PADANG DAN KELAKUAN


10.1 Semua pengurus pasukan dalam setiap pasukan adalah
bertanggungjawab untuk menentukan kepada diri sendiri dan
penyokong mereka untuk berkelakuan baik sebelum dan selepas
perlawanan dan jika mana- mana pasukan yang didapati bergaduh
akan disingkirkan dari menyertai kejohanan ini.

11. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN RAYUAN


Jawatankuasa Tatatertib dan Rayuan akan terdiri daripada
Jawatankuasa Pengelola itu sendiri.

12. BANTAHAN
12.1. Bantahan dan rayuan mestilah dihantar secara bertulis kepada
Jawatankuasa Tatatertib dan Rayuan 30 minit selepas perlawanan
tamat besertakan dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 dan wang
tersebut tidak akan dikembalikan walaupun bantahan dan rayuan
tersebut berjaya atau sebaliknya.
12.2. Segala keputusan Jawatankuasa tersebut adalah muktamad.
12.3 Jawatankuasa ini tidak akan melayan apa-apa bantahan dan
rayuan mengenai keputusan pengadil perlawanan.

13. PENGADIL
13.1 Pengadil adalah lantikan dari Jawatankuasa Penganjur.
13.2 Pengadil berhak memberhentikan atau menangguhkan perlawanan
atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan atas persetujuan
Jawatankuasa Pengelola.
13.3 Segala keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan adalah muktamad.

14. BOLA/ TIANG GOL


14.1 Bola jenis ‘Indoor Football’ akan digunakan untuk kejohanan ini.
14.2 Tiang gol bersaiz 2 kaki x 3 kaki panjang.

15. TARIKH TUTUP


15.1 Tarikh tutup ialah pada 09 Disember 2009, jam 3.00 petang.
15.2 Taklimat dan cabutan undi akan diadakan pada 11 Disember 2009 di
Padang Merdeka, Kuching jam 5.30 petang.
15.3 Mana-mana Pengurus atau wakil pasukan yang berdaftar akan
tetapi tidak dapat hadir, maka cabutan pasukan tersebut akan
diwakilkan kepada Jawatankuasa Penganjur untuk cabutan.
15.4 Pasukan yang telah lengkap mengisi borang, bolehlah menghantarkannya
kepada :-
Jawatankuasa Penganjur Pentandingan
“Street Soccer 3 Sebelah” D/a
Pejabat Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak
16. PERKARA AM
16.1 Sebarang perkara yang timbul dan tidak tercatat dalam undang-undang
dan peraturan ini, Jawatankuasa
Pengelola berhak dan berkuasa membuat
keputusan dan segala muktamad.
16.2 Setiap perlawanan tidak akan dijalankan sekiranya pengadil belum hadir.
16.3 Pihak pengajur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan yang
menimpa mana-mana pemain yang mengambil bahagian dalam
kejohanan ini.

SELAMAT BERTANDING DENGAN


SEMANGAT KESUKANAN

You might also like