You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1.0 PERATURAN AM

Peraturan yang tidak dinyatakan akan dirujuk kepada undang-undang terkini International
Federation of Netball Associations (INF).

1.1 NAMA

1.1.1. Pertandingan ini dinamakan SESERI UNDERGROUND LEAGUE 2023 (SUL’23)


anjuran Exco Sukan Dan Rekreasi SESERI 22/23 peringkat Jabatan Sains Sosial.

1.1.2. Pertandingan ini akan dijalankan pada 13-15 Julai 2023

1.1.3. Bertempat di Padang Bola Jaring IPGK Dato’ Razali Ismail.

1.2 UNDANG-UNDANG/PERATURAN

1.2.1 Selain daripada Peraturan Pertandingan yang terkandung, kejohanan ini akan
dikelolakan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring Persekutuan Bola Jaring
Antarabangsa (INF) yang digunapakai sekarang dan Persatuan Bola Jaring Malaysia
(PBJM).

1.2.2 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua Undang-Undang
Permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola, kecuali dari
aspek Teknikal.

1.2.3 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak


tersedia dalam peraturan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad.

1.3 PENYERTAAN/KELAYAKAN PEMAIN

1.3.1 Setiap pemain hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja

1.3.2 Pendaftaran pasukan terdiri daripada orang termasuk Pengurus Pasukan.


Pengurus Pasukan tidak dibenarkan bermain.

1.3.3 Yuran pendaftaran sebanyak RM40 satu pasukan untuk penyertaan kejohanan
ini.

1.4 HAK PENGANJUR

1.4.1 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi


peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk
menyertai kejohanan ini.
1.4.2 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah
muktamad

1.5 PAKAIAN PERTANDINGAN

1.5.1 Pakaian bermain mestilah seragam iaitu warna yang sama.

1.5.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar trek. Seluar pendek dan
“tight” tidak dibenarkan.

1.6 PEMAKAIAN BIB

1.6.1 Setiap pasukan digalakkan menggunakan bib sendiri jika tiada boleh
menggunakan bib yang disediakan oleh pihak penganjur. Ketinggian ukuran
huruf pada bib adalah 6 inci.

1.6.2 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka
keputusan pertukaran bib akan dilakukan secara lambungan duit syiling.

1.7 LAKARAN PADANG

1.8 FORMAT PERTANDINGAN

1.8.1 Perlawanan akan dijalankan secara LIGA.

1.8.2 Sebanyak 10 pasukan yang diberikan penyertaan dan sebnayak 9 pusingan


yang akan dimainkan oleh setiap pasukan.

1.8.3 Pemberian Mata:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata
1.8.4 Keputusan Seri:

Sekiranya berlaku seri pada jumlah mata di akhir perlawanan maka keputusan
berikut akan digunapakai:-

6.8.4.1 jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan
mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan
menentukan kedudukan (iaitu jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah
gol yang kena);

6.8.4.2 jika purata gol masih berkedudukan seri, maka perbezaan gol akan
digunapakai (iaitu jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena);

6.8.4.3 jika kedudukan masih seri maka pasukan yang menjaringkan gol
terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang.

1.9 TEMPOH PERLAWANAN

1.9.1 Perlawanan pusingan Liga akan dimainkan dalam dua (2) bahagian iaitu setiap
satu bahagian selama 3 minit dengan masa rehat selama 1 minit.

1.10 KELEWATAN

1.10.1 Sepuluh minit akan diberi untuk masa kelewatan. Jika selepas sepuluh minit
sesuatu pasukan itu tidak hadir dengan sekurang-kurangnya lima orang pemain, maka
pasukan itu dikira menarik diri daripada pertandingan.

1.11 TINDAKAN TATATERTIB

1.11.1 Tindakan Tatatertib yang akan diambil telah digariskan dalam Undang-Undang
Permainan Bola Jaring INF.

1.11.2 Seorang pemain yang te!ah diarah keluar gelanggang dan tidak dibenarkan
meneruskan permainan adalah dengan sendirinya digantung bermain dalam perlawanan
berikutnya, sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang
sewajarnya.

1.12 BANTAHAN

1.12.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus


Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat
daripada sepuluh (10) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.
1.12.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai
sebanyak RM 50.00.

1.12.3 Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan itu didapati tidak
wajar.

1.13 PENGADIL

1.13.1 Pengadil akan dilantik atau dipilih oleh Jawatankuasa penganjur daripada
kalangan pelajar IPGKDRI.

1.13.2 Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.

1.14 HADIAH

1.14.1 Hadiah adalah seperti berikut:

Johan : Mockcheque, Medal dan hamper

Naib Johan : Medal dan hamper

Ketiga : Medal dan hamper

1.15 LIABILITI/TANGGUNGAN

Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kecurian,


kehilangan harta benda, kemalangan yang melibatkan kecederaan, kecacatan atau
kematian sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

You might also like