You are on page 1of 6

PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS


KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR
2015
1

NAMA PERTANDINGAN
Nama pertandingan ini ialah KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PENDIDIKAN
KHAS

PERTANDINGAN
FUTSAL Pendidikan

Khas

dijalankan

mengikut

undang-undang

Permainan

Futsal

sebagaimana yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan


Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Am Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysis serta
disesuaikan mengikut kesesuaian Pertandingan Futsal Pendidikan Khas
3

PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan Sekolah Pendidikan Khas dan Program
Integrasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
3.2 Setiap daerah hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori.
3.3 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola akan menguruskan pengesahan penyertaan dan
akan menetapkan tarikh tutup tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang
dibuat dari semasa ke semasa.
3.4 Penyertaan terbahagi kepada 3 kategori:
3.4.1 Junior Bermasalah Pembelajaran
3.4.2 Senior Bermasalah Pembelajaran
3.4.3 Terbuka Bermasalah Pendengaran

KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Terbuka kepada semua murid Pendidikan Khas yang berdaftar di bawah PeraturanPeraturan Pendidikan Khas 1997 di sekolah-sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia layak menyertai pertandingan.
4.2 Sekolah- sekolah yang mempunyai murid Pendidikan Khas dan sekolah-sekolah yang
mempunyai Program Percantuman Pendidikan Khas boleh mengambil bahagian.

HAD UMUR PEMAIN


5.1 Ketetapan had umur pemain-pemain adalah seperti berikut:
5.1.1 Junior (14 tahun ke bawah) - Lahir pada dan selepas tahun 1998
5.1.2 Senior (15 tahun hingga 19 tahun) Lahir pada 1993 hingga 1997
5.1.3 Terbuka (19 tahun ke bawah) lahir pada atau selepas 1993
5.2 Seseorang pemain hanya dibenarkan menyertai pertandingan bagi kategori umur sahaja.
5.3 Semua pemain hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan dan kad OKU asal
untuk pemeriksaan oleh pihak pengelola pertandingan sebelum pertandingan dan
perlawanan dimulakan. Kegagalan menunjukkan dokumen tersebut menyebabkan
pemain tersebut dihalang dari menyertai pertandingan dan perlawanan.

PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

Perdaftaran Pemain
6.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 7 orang pemain dan 1 orang pengurus pasukan
dengan menggunakan borang yang dikemukakan semasa mesyuarat pengurus pasukan.
Borang pendaftaran diserahkan semasa pendaftaran kepada urusetia.
6.2 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah atau
wakil rasminya.
7

SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Pemainan dijalankan secara liga dalam kumpulan pada pusingan awal, dan kalah mati
untuk separuh akhir dan akhir.
7.2 Pembahagian jumlah kumpulan

dan

pasukannya

ditentukan

dalam

mesyuarat

pengurusan- pengurusan pasukan mengikutn kesesuaian.


7.3 Pemberian mata dalam liga, menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata (tiada mata).
7.4 Tempoh menunggu adalah selama 5 minit. Pasukan yang gagal hadir dalam tempoh
tersebut dikira kalah dan pasukan hadir diberikan 3 mata dan 2 jaringan tanpa bolos.
7.5 Jika terdapat dua atau lebih pasukan di dalam satu kumpulan yang mempunyai mata
yang sama dalam perkiraan untuk pusingan seterusnya maka perkara-perkara dibawah
akan diambil kira mengikut mana yang terdahulu.
I.
Pemenang perlawanan terdahulu, jika seri.
II.
Perbezaan jaringan (jumlah jaringan tolak jumlah bolos), jika sama,
III.
Jumlah jaringan yang paling banyak, jika sama
IV.
Ditentukan oleh mesyuarat pengurus- pengurus pasukan yang terlibat.
7.6 Permainan Kalah Mati (Separuh Akhir dan Akhir)
Sekiranya dalam perlawanan secara kalah mati, terdapat keputusan seri setelah tamat
tempoh perlawanan, maka masa tambahan akan diberi selama 3 minit setiap separuh
masa, jika seri lagi, keputusan akan ditentukan melalui sepakan penalti. Seramai 3 orang
pemain akan mengambil sepakan penalti. Jika seri lagi peraturan Jaringan Emas akan
digunakan. Jika seri lagi, penentuan pemenang melalui lambungan syiling akan
digunakan.
8

JANGKAMASA PERLAWANAN PENGGANTIAN PEMAIN


8.1 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa. Masa rehat tidak lebih 1 minit.
8.2 Masa tambahan permainan untuk pusingan kalah mati (separuh akhir dan akhir) ialah 3
minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat tidak melebihi 1 minit.

PENGGANTIAN PEMAIN
Penggantian pemain dijalankan secara Rolling Substitution. Pemain yang akan masuk perlu
menunggu sehingga pemain di dalam gelanggang keluar.

10

MINIMA PEMAIN
10.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai minima 4 orang pemain berada di dalam
gelanggang sebelum perlawan dimulakan. Sekiranya kurang daripada 4 orang pemain
pasukan tersebut dikira kalah. Pasukan yang menang akan diberi 3 mata dan 2 jaringan
tanpa bolos (0).

11

PAKAIAN PEMAIN
11.1
Setiap pemain hendaklah memakai kasut yang sesuai dengan gelanggang,
stoking dan alas tulang kering.
11.2
Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama dalam
pendaftaran dari mula pertandingan hinggalah tamat permainan.
11.3
Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi. Jika terdapat warna jersi
yang sama, pasukan pelawat perlulah menukar jersi lain. (Pasukan yang disebut dahulu
dalam jadual adalah pasukan tuan rumah dan pasukan yang disebut kemudian adalah
pasukan pelawat).
11.4
Penjaga gol tidak boleh memakai jersi yang warnanya sama atau hampir sama
dengan pemain lain.
11.5
Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan. Sekiranya ia keluar hendaklah
digantikan dengan pemain lain untuk memakai lilitan lengan.

12

JADUAL PERLAWANAN
12.1
Jawatankuasa pengelola pertandingan akan menyediakan jadual perlawanan
dengan masa memulakan perlawanan mengikut persetujuan mesyauarat penguruspengurus pasukan.
12.2
Sekiranya pengadil menamatkan perlawanan disebabkan faktor keselamatan
selepas minit ke 15 maka keputusan semasa akan di ambil kira. Jika sebelum minit ke
15 keputusan akan ditentukan selepas mesyuarat jawatankuasa pertandingan dengan
pengurus-pengurus pasukan yang terlibat. Keputusan adalah muktamat.

13

PEGAWAI PERLAWANAN
Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pengawai pertandingan bagi menguruskan
perkara-perkara teknikal setiap perlawanan.

14

TINDAKAN TATATERTIB
14.1
Jawatankuasa Tatatertib akan membincangkan perkara-perkara yang berlaku
setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil yang bertugas dan pasukan yang
terlibat.
14.2
Hukuman Secara Automatik adalah seperti berikut:
I.
Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam pertandingan akan digantung satu
II.
14.3

perlawanan.
Pemain yang menerima 1 kad merah dalam satu perlawanan akan digantung
satu perlawanan.
Seorang pemain yang diperintah keluar gelanggang kerana kelakuan biadap

atau bermain terlampau bahaya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran
bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain (3) tiga perlawanan
berikutnya.
14.4
Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari terus
mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap
perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa Teknikal
Pengelola.

14.5

Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamat dan tertakluk

kepada sebarang rayuan.


15

BANTAHAN
15.1
Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain hendaklah dibuat secara
bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh
masa 15 minit selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM100.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika
bantahan tidak berjaya.
15.2
Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan atau perkara-perkara dan fakta
yang dibuat oleh pengadil di gelanggang permainan, semasa perlawanan dijalankan.

16

ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


16.1
Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi etika dan tingkahlaku
perlawanan berdasarkan kepada semangat sukan yang tulen.
16.2
Tertakluk kepada pengesahan MKPKJPNJ, Jawatankuasa Pengelola boleh
mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai,
pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif
pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi
sebarang jangkamasa yang sesuai.
16.3
Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja
atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Tindakan memprotes
sebarang keputusan dengan keluar gelanggang pemainan adalah perbuatan biadap
yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan.

17

JURI RAYUAN
17.1
Ahli- ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada lima orang (minima) atau tujuh
orang (maksima).
Pengerusi
- Pengerusi JK Pertandingan Pengelola/ Wakilnya
- AJK MKPKJPNJ
- Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal
- Pengerusi Teknik Pertandingan Pengelola
- Tiga orang Pengurus Pasukan Pendidikan Khas Daerah yang berdaftar yang
tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan.
- Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan (Ex- Officio)
17.2
Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang
berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal permainan semasa kejohanan berlangsung.
17.3
Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada
yang berkenaan dan salinan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.
17.4
Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

18

JAWATANKUASA TATATERTIB
18.1
Jawatankuasa Tatatertib semasa pertandingan.
18.1.1 Pengerusi JK Pertandingan Pengelola/ wakilnya
18.1.2 Penyelia Pendidikan Khas Daerah atau wakilnya sebagai setiausaha
18.1.3 Wakil MKPKJPNJ
18.1.4 Tiga orang ahli yang terdiri daripada wakil Pasukan Pendidikan Khas Daerah
yang tidak terlibat.
18.2
Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengambil tindakan mengenai displin
pelajar, guru, pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara
kejohanan/ pesta dijalankan seperti berikut:
18.2.1 Memberi amaran
18.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangkamasa tertentu
18.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan pertandingan
18.2.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang.
18.3 Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada
MKPKJPNJ secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewatlewatnya 14 hari selepas tamat pertandingan dengan membuat cadangan yang
sewajarnya untuk tindakan Lembaga Tatatertib.

19

HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


19.1
Jawatankuasa Pengelola berhak meminda dan menambah segala peraturan
yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan Am Pertandingan Futsal Pendidikan Khas,
dengan persetujuan pengurus-pengurus pasukan dan keputusan adalah muktamat.
19.2
Tiap-tiap pertandingan akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti
ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknikal dan
Pertandingan Negeri berhak meminda susunan pertandingan jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.
19.3
Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan,
kematian, kecatatan anggota, kecederaan atau kehilangan harta benda walaupun
beberapa persediaan dan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh
Jawatankuasa pengelola, semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat penginapan, ke
tempat pertandingan dan sebaliknya. Ia termasuklah:
I.
Semasa pertandingan dijalankan
II.
Di dalam dan di luar kawasan venue pertandingan
III.
Di tempat-tempat pertandingan.

You might also like