You are on page 1of 79

1

SKOP PERBINCANGAN
1. PENDAHULUAN

2. PROSEDUR TATATERTIB BIASA


3. CARTA ALIRAN KERJA

4. PENUTUP

PENDAHULUAN
Ada 6 tatacara mengambil tindakan tatatertib : tatacara tindakan tatatertib biasa

tatacara tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak dapat dikesan - tatacara pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah - tatacara kes terdapat satu perintah tahanan - tatacara penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam tatacara surcaj

TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BIASA PROSES TINDAKAN


1. Laporan awal Ketua Jabatan/Pegawai Pelapor 2. Siasatan/penyelidikan 3. Penyediaan kertas untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib di bawah Peraturan 35(1) 4. Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah Peraturan 35(1) menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib itu adalah dari jenis yang patut dikenakan:(a) hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat (P.36) atau (b) hukuman buang kerja atau turun pangkat (P.37).

5.

Penyediaan kertas untuk pertimbangan Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib bagi menentukan wujud atau tidak kes prima facie dan menimbangkan untuk mengeluarkan surat pertuduhan. 6. Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib menentukan wujud atau tidak kes prima facie. 7. Surat pertuduhan dikeluarkan. 8. Representasi atas pertuduhan. 9. Ulasan Ketua Jabatan, jika perlu. 10. Penyediaan kertas untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib

11.

Mesyuarat Pihak Berkuasa Tatatertib Tatatertib membuat keputusan. Jika bersalah dikenakan hukuman. Keputusan hukuman Pihak Berkuasa Tatatertib Tatatertib dikeluarkan.

12.

1. LAPORAN KETUA JABATAN/ PEGAWAI PELAPOR Ketua Cawangan/ Bahagian/ Jabatan melaporkan kepada Pegawai Kanan yang di atasnya atau Ketua Jabatan

Catatan
Laporan juga diterima: BPR BPA Mahkamah Dan lain-lain

PERATURAN 3C
1. Menjadi tugas setiap pegawai menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib keatas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai bagi apa-apa pelanggaran seberapa segera yang mungkin.

2. Pegawai yang gagal menjalankan pengawasan atau tidak mengambil tindakan ke atas pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

LAPORAN
1. Keterangan mengenai pegawai yang dilaporkan dan jawatannya. 2. Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan disahkan. 3. Keterangan mengenai Pelanggaran yang dilakukan berserta: - Tarikh - Waktu - Tempat - Peraturan yang dilanggar - Keterangan saksi - jika ada - Dokumen lain - jika perlu 4. Lain-lain kenyataan yang difikirkan perlu seperti pegawai tersebut pernah dikenakan tindakan tatatertib dan sebagainya.

CONTOH: LAPORAN KETUA BAHAGIAN/PENYELIA PEGAWAI / PEGAWAI PELAPOR KEPADA KETUA JABATAN
Rujukan : Tarikh :

10

(ALAMAT KETUA JABATAN) Tuan/Puan, Per: LAPORAN MENGENAI TATAKELAKUAN (NAMA PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.

11

2. Dimaklumkan bahawa Encik (NYATAKAN NAMA PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (NYATAKAN TARIKH). Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat berdaftar akuan terima bil......... bertarikh ............ dan beliau telah menerima surat tersebut. Walau bagaimanapun pegawai gagal mematuhi arahan tersebut. (SILA SERTAKAN BUKTI-BUKTI LAIN YANG BERKAITAN BAGI MENUNJUKKAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS SEPERTI KAD PERAKAM WAKTU DAN SEBAGAINYA).

Dengan ini pegawai telah melanggar Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan berkelakuan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), PeraturanPeraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab. 3. Inilah laporan saya untuk pertimbangan tuan. Bersama-sama ini disertakan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, t.t. (NAMA PENUH DAN JAWATAN KETUA JABATAN/PEGAWAI PELAPOR).

12

2. SIASATAN
Di peringkat Ketua Jabatan Di peringkat Urusetia Pihak Berkuasa Tatatertib. Jika Jawatankuasa Penyiasatan ditubuhkan oleh LTT- Peraturan 37(5) i) Anggota tidak kurang 2 orang yang lebih tinggi pangkat daripada pegawai yang disiasat ii) Ketua jabatan pegawai tidak boleh menjadi anggota J/K Di peringkat mana difikirkan perlu

13

14

3. PENYEDIAAN KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35(1) Urus setia menyediakan kertas bagi membolehkan Pengerusi LTT menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib yang dilaporkan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat.

CONTOH KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB


KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35(1), PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 1. Tujuan 1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Pengerusi Lembaga Tatatertib ................................ menimbangkan dan menentukan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan dari buang kerja atau turun pangkat

15

mengikut Peraturan 35(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, terhadap Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN GRED SERTA TEMPAT BERTUGAS) kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 2. Maklumat Pegawai

16

Nama dan No. K/P


Tarikh lahir/Umur Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan

:
:

Jawatan sekarang

: : : : :

17

Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang


Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang

Taraf perkhidmatan pegawai


Memilih KWSP/Pencen

Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan

Gaji sekarang dan matagaji : Tarikh pergerakan gaji :

3. LATAR BELAKANG KES


3.1 Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN/ PEGAWAI PELAPOR) mengenai kelakuan Encik/ Cik seperti berikut: 3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/ Pegawai Pelapor). 3.1.2.

18

3.1.9. Salinan Laporan Ketua Jabatan/ Pelapor saperti di Lampiran..............

Pegawai

19

4.

PERAKUAN

4.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib .............. dengan ini diminta menentukan sama ada pelanggaran tatatertib Encik/Cik ... adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36 atau dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 4.2 Penentuan ini hendaklah dibuat dalam borang penentuan di Lampiran................

20

BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35(1), PERATURAN- PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

KEPUTUSAN
Saya, sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib (NAMA PENUH LEMBAGA TATATERTIB TERSEBUT) memutuskan pelanggaran tatatertib oleh (NAMA PENUH, KAD PENGENALAN DAN JAWATAN PEGAWAI BERKENAAN) adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 36, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

21

hukuman buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tattatertib) 1993

Yang benar, ............................. (NAMA PENUH) Pengerusi, Lembaga Tatatertib.......................... Tarikh:

4. PENGERUSI PIHAK BERKUASA TATATERTIB MEMBUAT KEPUTUSAN DI BAWAH PERATURAN 35 (1) Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib, sepertimana diperuntukkan di bawah Peraturan 35(1), menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib adalah dari jenis patut dikenakan: (a) hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36); atau (b) hukuman buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 37).

22

AKIBAT PENENTUAN PENGERUSI PIHAK BERKUASA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 35(1) JENIS. PIHAK BERKUASA HUKUMAN Per. 38 (a) Amaran (b) Denda (c) Lucuthak emolumen (d) Tangguh Pergerakan gaji (e) Turun gaji

23

Per (i) LTT Kumpulan 36 Tindakan Pengurusan (No.1) tatatertib (ii) LTT Kumpulan bukan Pengurusan (No.2) dengan (iii) LTT bagi tujuan Kumpulan buang kerja Sokongan (No.2) atau turun pangkat

24

Per. (i) SPA 37 Tindakan (ii) LTT Kumpulan tatatertib Sokongan (No.1) dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat

Per. 38 (a) Amaran (b) Denda (c) Lucuthak emolumen (d) Tangguh Pergerakan gaji (e) Turun gaji (f) Turun pangkat (g) Buang kerja

25

5. PENYEDIAAN KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI PIHAK BERKUASA TATATERTIB BAGI MENENTUKAN WUJUD ATAU TIDAK KES PRIMA FACIE DAN MENIMBANGKAN UNTUK MENGELUARKAN SURAT PERTUDUHAN

Urus setia LTT menyediakan kertas tersebut.

26

CONTOH KERTAS PENENTUAN KES PRIMA FACIE KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB

Penentuan Kes Prima Facie Ke Atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) 1. TUJUAN 1.1 Kertas ini dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi menentukan sama ada wujud kes prima facie bagi mengambil tindakan tatatertib ke atas (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

2. MAKLUMAT PEGAWAI
Nama dan No Kad Pengenalan
Tarikh Lahir dan Umur Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan Jawatan sekarang Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang Taraf perkhidmatan pegawai

27

:
: : : : : :

Memilih KWSP/Pencen
Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan Gaji sekarang dan matagaji

:
: :

Tarikh pergerakan gaji


Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran.........................................

3.

LATAR BELAKANG KES

28

3.1 Satu laporan telah diterima daripada (NAMA JAWATAN/ PEGAWAI PELAPOR) mengenai kelakuan Encik/Cik . seperti berikut: (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/ Pegawai Pelapor).

3.1.1
3.1.2.

3.1.9.
Salinan Laporan Ketua Jabatan/ Pegawai Pelapor saperti di Lampiran..............

29

4. PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB

4.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib pada (NYATAKAN TARIKH) telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib oleh Encik/Cik diambil dibawah Peraturan (NYATAKAN PERATURAN 36 ATAU 37) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 5. ULASAN URUS SETIA 5.1 Urus setia setelah mengkaji fakta-fakta dan keterangan-keterangan yang ada mengenai kes ini berpendapat bahawa:

(Urus setia hendaklah memberi pandangan berdasarkan laporan dan dokumen yang ada serta kaitkan dengan Peraturan yang dilanggar bagi tiap kesalahan yang dilaporkan).
5.1.1 5.1.2. 5.1.9. 6. PERAKUAN 6.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib dengan ini diminta menimbang dan membuat keputusan terhadap kes prima facie ke atas (NAMA PENUH PEGAWAI DAN JAWATAN). Draf Surat Pertuduhan di LAMPIRAN .......... disertakan untuk panduan Lembaga Tatatertib.

30

31

6. PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB MENENTUKAN WUJUD ATAU TIDAK KES PRIMA FACIE DAN MENIMBANGKAN UNTUK MENGELUARKAN SURAT PERTUDUHAN

Pengerusi Lembaga Tatatertib hendaklah menentukan wujud atau tidak kes prima facie. Sekiranya Pengerusi Tatatertib memutuskan wujud kes prima facie maka Pengerusi Lembaga Tatatertib hendaklah menimbangkan untuk mengeluarkan surat pertuduhan.

32

CONTOH KEPUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB MENENTUKAN KES PRIMA FACIE


Saya sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan ........................ memutuskan wujud/tidak wujud kes prima facie ke atas Encik/Cik .... kerana (NYATAKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN DAN BUKTI). Perbuatan pegawai ini telah melanggar (NYATAKAN PERATURANPERATURAN LAIN YANG DILANGGAR) dan boleh diertikan sebagai .. (contoh: tatakelakuan) di bawah Peraturan 4( ) ( ), Peraturan-Peraturan yang sama . Tandatangan Nama Penuh: Pengerusi Lembaga Tatatertib di bawah Jadual .. P.U.(A) 396, 1993 Tarikh:

33

7. SURAT PERTUDUHAN DIKELUARKAN Pengerusi/Anggota bagi pihak Pengerusi LTT mengemukakan surat Pertuduhan kepada pegawai yang dituduh melalui Ketua Cawangan/ Bahagian/ Jabatan untuk membuat representasi dalam tempoh 21 hari

34

PRINSIP RULE OF NATURAL JUSTICE


Mengikut prinsip Rule of Natural Justice, (Undangundang Keadilan Tabii) pertuduhan tidak boleh dibuat secara umum. Pertuduhan yang umum boleh menyebabkan peluang yang secukupnya tidak diberi kepada pegawai - tatacara bagi mengambil tindakan tatatertib tidak sah.

35

UNDANG- UNDANG KEADILAN TABII (RULE OF NATURAL JUSTICE)


* HUKUMAN MENCEGAH BERAT SEBELAH (RULE AGAINST BIAS) * HAK UNTUK DIDENGAR (RIGHT TO BE HEARD)

ELEMEN- ELEMEN SURAT PERTUDUHAN


1. 2. 3. 4. Nama pegawai yang dituduh/ K.P. Jawatan Masa, tarikh, tempat peristiwa Perbuatan salahlaku yang dilaporkan: (i) Jenis Kesalahan (ii) Tatakelakuan Nyatakan Peraturan yang dilanggar. CONTOH Politik Peraturan 21 (1) f) Tatakelakuan Peraturan(4)2 (i)

36

37

5. Nyatakan jenis tindakan; Peraturan 36 Peraturan 37 6. Nyatakan kalau bersalah - hukuman Per. 38 7. Peluang membela diri : 21 hari 8. Beritahu jika tidak jawab - Lembaga buat keputusan atas maklumat yang ada 9. Tandatangan - Pengerusi - Ahli (b.p. Pengerusi 10.Tarikh pertuduhan 11.Melalui Ketua Jabatan

38

PERINGATAN !!!
JIKA SALAH SATU ELEMEN INI TIADA :* BOLEH MENCACATKAN SURAT PERTUDUHAN * BOLEH DIANGGAP TIDAK SAH

SULIT Rujukan :SULIT.XYZ/(007) Tarikh : Julai 2002 Encik XYZ, Bahagian Pentadbiran Jabatan ABC Kuala Lumpur Melalui dan Salinan Pengarah Jabatan ABC Tingkat 8, Bangunan Batu Jalan Sehala 56100 Kuala Lumpur Tuan, TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik XYZ, Pembantu Tadbir, Gred N9, Semasa bertugas di Bahagian Pentadbiran,

39

Jabatan ABC, Kuala Lumpur telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan 2. Lembaga Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 atas pertuduhan- pertuduhan berikut: PETUDUHAN PERTAMA Bahawa tuan, Encik XYZ (No. K.P 3406584) Pembantu Tadbir, Gred N9, semasa bertugas di Bahagian Pentadbiran, Jabatan ABC, Kuala Lumpur, telah di dapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 4 hari pada tarikh berikut: Tarikh . .. Hari .. Tarikh . .. Hari .. ...

40

41

Tuan dengan itu telah melanggar Peraturan 24, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai berkelakuan tidak bertanggung jawab, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4 (2) (g), Peraturanperaturan yang sama berbunyi seperti berikut:

4(2)

Seseorang pegawai tidak boleh(g) tidak bertanggung jawab.

42

PERTUDUHAN KEDUA Bahawa tuan, Encik XYZ, (No. K.P 3406584 Pembantu Tadbir, Gred N9, semasa bertugas di Bahagian Pentadbiran, Jabatan ABC, Kuala Lumpur telah didapati datang lewat ke pejabat dan balik cepat dari pejabat pada tarikh berikut: April 2002 Tarikh Hari W.Datang W.Balik

20.4.2002 Isnin 8.30 pg. 4.00 ptg. 21.4.2002 Selasa 9.00 pg. 4.00 ptg. 22.4.2002 Rabu 9.00 pg. 3.00 ptg. 27.4.2002 Khamis 8.45 pg. 3.00 ptg. 28.4.2002 Jumaat 8.15 pg. 3.00 ptg. Walaupun nasihat dan surat-surat amaran dan peringatan telah diberikan kepada tuan melalui surat-surat bertarikh 21.4.2002 dan 27.4.2002 tetapi tuan masih

melakukan perbuatan yang sama. Oleh kerana itu tuan telah melanggar waktu bekerja pejabat iaitu di bawah Perintah Am 1(b), BabG Waktu Bekerja dan Lebih Masa, 1974. Perbuatan tuan itu adalah diertikan sebagai tidak bertanggung jawab dan ingkar perintah iaitu melanggar Peraturan 4(2) (g) dan (i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)1993 yang berbunyi seperti berikut. 4(2) (g) (i) seseorang pegawai tidak bolehtidak bertanggung jawab; ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai engkar perintah.

43

Jika tuan di dapati bersalah atas mana-mana pertuduhan di atas, tuan boleh dihukum mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993.

44

3. Mengikut Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tuan adalah diminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan. Representasi tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan ABC, Kuala Lumpur melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh tuan menerima surat ini. Sekiranya tuan tidak membuat representasi dalam tempoh masa yang ditetapkan itu, tuan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri dan perkara ini akan terus diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No.1), Jabatan ABC, Kuala Lumpur berdasarkan keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.

45

4. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, t.t. (NAMA PENUH) Pengerusi, Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No1) Jabatan ABC, Kuala Lumpur.

Encik RST, Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan Kementerian ABC Kuala Lumpur Melalui dan Salinan Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Kementerian ABC Kuala Lumpur Tuan,

SULIT ABC.KL.SULIT/87/(80) Jun 2002

46

TINDAKAN TATATERTIB BUKAN DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir, Gred N7, Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Kementerian ABC, Kuala Lumpur telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.

47

2. Pihakberkuasa Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 36, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 atas pertuduhanpertuduhan berikut:

Pertuduhan Pertama
Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244), Ketua Pembantu Tadbir, Gred N7, semasa bertugas di Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Kementerian ABC, Kuala Lumpur dari 30 Mei 2002 hingga 5 Jun 2002 telah keluar negeri ke Swistzerland, atas urusan persendirian tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Setiausaha Kementerian ABC. Perbuatan tuan itu adalah bertentangan dengan Surat Pekeliling Am, Bil. 1 Tahun 1984 Jabatan Perdana Menteri

48

Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244), Ketua Pembantu Tadbir, Gred N7, semasa bertugas di Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Kementerian DEF, Kuala Lumpur dari 30 Mei 2002 hingga 5 Jun 2002 telah keluar negeri ke Swistzerland, atas urusan persendirian tanpa cuti atau kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah. Oleh yang demikian tuan telah melanggar peraturan di bawah Perintah Am 2(b), Perintah Am Bab C Cuti 1974. Perbuatan tuan itu boleh di ertikan sebagai tidak bertanggung jawab dan ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g) dan (i), Peraturan-Peraturan yang sama, yang berbunyi seperti berikut:

49

Perbuatan tuan itu boleh di ertikan sebagai ingkar perintah iaitu melanggar Peraturan 4(2)(i), PeraturanPeraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib)1993, yang berbunyi seperti berikut:
4(2) Seseorang pegawai tidak boleh(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan

apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai engkar perintah.

4(2) seseorang pegawai tidak boleh(g) tidak bertanggung jawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apaapa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai engkar perintah. Jika tuan didapati bersalah atas mana-mana pertuduhan di atas tuan boleh dihukum mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 3. Mengikut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tuan adalah meminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan. Representasi tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No.2), Kementerian

50

ABC, melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh tuan menerima surat ini. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan itu, tuan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri, dan perkara ini akan terus diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No.2), Kementerian ABC berdasarkan keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja. 4. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang disertakan dan kembalikan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, t.t. (NAMA PENUH) Pengerusi, Lembaga Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan (No2) Kementerian ABC Kuala Lumpur

51

CONTOH SURAT AKUAN TERIMA


Encik RST, Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan Kementerian ABC Kuala Lumpur

52

Pengerusi, Lembaga Tatatertib..................... Melalui: (KETUA JABATAN/ ALAMAT PENUH) ......................................... Tuan, Tindakan Tatatertib Saya (NAMA PENUH DAN NO. KAD PENGENALAN PEGAWAI) dengan ini mengesahkan bahawa saya telah menerima surat tuan Bil. .................. bertarikh .............. pada .................. . Sekian t.t. (NAMA PENUH PEGAWAI)

53

8.

REPRESENTASI PEGAWAI KEPADA PERTUDUHAN

Pegawai yang dituduh hendaklah memberi representasi kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib dalam tempoh masa yang ditetapkan (21 hari ) melalui Ketua Jabatannya(Ketua Cawangan/ Bahagian/ Jabatan

9. ULASAN KETUA JABATAN KE ATAS REPRESENTASI PEGAWAI JIKA PERLU


Ketua Cawangan/ Bahagian/ Jabatan pegawai hendaklah mengemukakan representasi pegawai atas pertuduhan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib beserta dengan ulasannya, jika perlu.

54

10. PENYEDIAAN KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB Urusetia Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menerima representasi daripada pegawai yang dituduh berserta ulasan daripada Ketua Jabatan hendaklah menyediakan satu kertas untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib bagi mendapatkan keputusan.

55

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB MEMBUAT KEPUTUSAN Cadangan Untuk Mengambil Tindakan Tatatertib Ke Atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) 1. TUJUAN Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib atas cadangan untuk mengambil tindakan ke atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) kerana melanggar PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI
Nama dan No Kad Pengenalan Tarikh Lahir Dan Umur Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan : : :

56

Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang


Tarikh disahkan dalam jawatan Jawatan sekarang Taraf jawatan

:
: : :

Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan


Gaji sekarang dan matagaji Tarikh pergerakan gaji Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran.........................................

:
: :

57

3.

LATAR BELAKANG KES

3.1 Satu laporan telah diterima daripada (NAMA PENUH KETUA JABATAN/ PEGAWAI PELAPOR) mengenai kelakuan (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) seperti berikut:

(Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan).


3.1.1 3.1.2.

3.1.9. Salinan Laporan Lampiran.............. Ketua Jabatan saperti di

58

4. SURAT PERTUDUHAN 4.1 Pengerusi Lembaga Tatatertib ................... ............... bersetuju wujudnya kes prima facie ke atas pegawai tersebut. Berikutan dengan itu surat pertuduhan bertarikh ........... telah dikeluarkan kepada pegawai berkenaan. Salinan surat pertuduhan Lampiran.............. saperti di

59

5. REPRESENTASI PEGAWAI
5.1 Pegawai dalam surat representasi kepada pertuduhan memberi penjelasan seperti berikut: 5.1.1 (Ringkasan representasi pegawai). 5.1.2

5.1.9.

Salinan jawapan pegawai kepada pertuduhan saperti di Lampiran..............

60

6. ULASAN KETUA CAWANGAN/ BAHAGIAN/ JABATAN KE ATAS REPRESENTASI KEPADA PERTUDUHAN JIKA PERLU.
6.1 Ketua Unit/ Cawangan/ Bahagian/ Jabatan dalam ulasannya menjelaskan bahawa: 6.1.1 (Ringkasan ulasan Bahagian/ Jabatan). 6.1.2 6.1.9. Ketua Unit/ Cawangan/

Salinan ulasan Ketua Unit/ Cawangan/ Bahagian/ Jabatan saperti di Lampiran..............

7. ULASAN URUSETIA
7.1 Urusetia, setelah meneliti representasi pegawai dan lain-lain maklumat yang berkaitan berpendapat bahawa: 7.1.1 (Urusetia hendaklah memberi ulasan berdasarkan laporan surat pertuduhan, representasi pegawai, ulasan Ketua Unit/ Cawangan/ Bahagian/ Jabatan sekiranya ada, keatas representasi pegawai dan dokumen-dokumen lain. Urusetia TIDAK BOLEH mengesyorkan hukuman). 7.1.27.1.9.

61

8. PERAKUAN
8.1 Lembaga Tatatertib adalah dengan ini diminta membuat keputusan.

62

11. MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB - KEPUTUSAN Lembaga Tatatertib akan bermesyuarat dan memutuskan pegawai bersalah atau tidak bersalah berdasarkan surat pertuduhan dan representasi pegawai serta memutuskan hukuman yang setimpal.
63

63

CONTOH MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN PENGURUSAN (NO 2) MENGIKUT PERENGGAN 2(1)PU(A)396/93 YANG KE 2/2002
Hari : Khamis 2.6.2002 9.00 Pagi Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 5 Ibu Pejabat, Jabatan ABC Tarikh : Masa : Tempat:

Hadir
i) Pengerusi : i) Nama Pegawai iii) Skim Perkhidmatan dan Gred iv) Nama Jabatan/Bahagian

ii) Gelaran Jawatan

Ahli

: (a)

i) Nama Pegawai ii) Gelaran Jawatan iii) Skim Perkhidmatan dan Gred iv) Nama Jabatan/Bahagian

64

(b)

i) Nama Pegawai ii) Gelaran Jawatan

iii) Skim Perkhidmatan dan Gred


iv) Nama Jabatan/Bahagian Turut hadir i) Nama Pegawai

(Setiausaha)

ii) Gelaran Jawatan


iii) Skim Perkhidmatan dan Gred iv) Nama Jabatan/Bahagian

65

A.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Cadangan mengambil tindakan Tatatertib ke atas AAZ, Pen. Pengarah, Jabatan ABC, Peg. Tadbir Dan Diplomatik, Gred M3

(I) Kertas LTT Bil. 14/2001 Rujukan sulit (s) T.T

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

B.

PERKARA-PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN

66

(I) Kertas LTT Bil. 10/2002 Rujukan sulit (s) T.T

Cadangan mengambil tindakan Tatatertib ke atas En.XYZ , Pegawai Tadbir, Bahagian Pentadbiran, Ibu Pejabat Abc PTD Gred M3

1. Asas-asas keputusan LTT (Nyatakan asas-asas LTT membuat keputusan termasuk asas Lembaga mendapati pegawai bersalah dan asas menjatuhkan hukuman 2. Hukuman 2.1 Berdasarkan alasan diatas Lembaga Tatatertib membuat keputusan mengenakan hukuman (nyatakan keputusan hukuman) mengikut peraturan 38, ( ) Peraturan Pegawai Awam kelakuan dan Tatatertib 1993 1.1

67

(2) Kertas LTT Bil. 11/2002 Rujukan sulit (s) T.T

1. Asas-asas keputusan LTT

Cadangan mengambil tindakan Tatatertib ke atas En.RST ,Jurukur Bahan, Bahagian Penyertaan Rakyat, Ibu Pejabat ABC,Jurukur Bahan Gred J3

1.1 asas bagaimana Lembaga mendapati pegawai bersalah atau tidak. 1.2 2. 2.1 asas hukuman jika pegawai didapati bersalah. Hukuman. Berdasarkan alasan diatas Lembaga Tatatertib membuat keputusan mengenakan hukuman (nyatakan keputusan hukuman) mengikut peraturan 38, ( ) Peraturan Pegawai Awam ` kelakuan dan Tatatertib 1993

68

(2) Kertas LTT Bil. 12/2002 Cadangan mengambil tindakan Tatatertib ke atas Puan Som Rujukan sulit (s) T.T Jurutera Bhg Perancangan dan Pembangunan, Jabatan ABC, Jurutera Gred J3. 1. Lembaga telah mengkaji kertas Bil. 12/2002 mengenai cadangan mengambil tindakan tatatertib keatas puan Som, Jurutera Bah. Perancangan dan Pembangunan Jab. Jurutera Gred J3. Lembaga telah mengambil maklum representasi yang dibuat oleh pegawai melalui surat bertarikh 10.5.02 dan juga ulasan dari ketua jabatan pegawai :-

(a) .
(b) .

(C)
(d)

...
..

2. Setelah menimbangkan reprensentasi pegawai,ulasan ketua jabatan dan pertuduhan ke atas pegawai, Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan seterusnya mengenakan hukuman AMARAN Di Bawah Peraturan 38(a) Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993

69

C.

HAL-HAL LAIN.

D.

MESYUARAT AKAN DATANG.

t.t (Nama Penuh) Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) Mengikut Perenggan 2.(1) P.U.(A) 396/93
t.t (Nama Penuh) Ahli. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) Mengikut Perenggan 2.(1) P.U.(A) 396/93

70

t.t (Nama Penuh) Ahli. Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) Mengikut Perenggan 2.(1) P.U.(A) 396/93

71

12. PEMBERITAHU KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB


Keputusan Lembaga hendaklah disampaikan kepada pegawai yang dituduh melalui Ketua Jabatan dengan menyatakan hak pegawai tersebut boleh membuat rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan mengikut peraturan 14, P.U.(A) 396

72

PEMBERITAHU KEPUTUSAN
1. Hukuman tatatertib yang dikenakan sebutkan Peraturan 38( )

2. Hak pegawai membuat rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan mengikut Peraturan 14, P.U. (A) 396
3. Sertakan surat akuan terima.

SURAT MEMBERITAHU KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB KEPADA YANG KENA TUDUH Nama Pegawai (ALAMAT PENUH) Melalui dan salinan (NAMA PENUH KETUA UNIT/ CAWANGAN/ BAHAGIAN/ JABATAN DAN ALAMAT PENUH) Tuan, Tindakan Tatatertib Lembaga Tatatertib didalam mesyuarat yang ke ........... pada........... setelah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan dan jawapan yang diberi oleh tuan, memutuskan bahawa tuan bersalah dan dikenakan hukuman

73

74

(NYATAKAN HUKUMAN) mengikut Peraturan 38 ( ) , Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (P.U.(A)395/93).
2. Mengikut Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, (P.U.(A) 396/93), tuan adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat rayuan kepada lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan tuan di dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan Lembaga Tatatertib ini. 3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan. t.t. (NAMA PENUH) b.p. Pengerusi Lembaga Tatatertib................. Kementerian/ Jabatan.............

CARTA ALIRAN PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB BIASA


TERIMA LAPORAN

75

KAJI LAPORAN
URUSETIA SEDIAKAN KERTAS PENENTUAN PENGERUSI LTT PENGERUSI BUAT KEPUTUSAN

PER.36
TINDAKAN TATATERTIB BUKAN DENGAN TUJUAN BUANG KERJA / TURUN PANGKAT

PER.37
KEPUTUSAN
TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA /TURUN PANGKAT

76 URUSETIA SEDIAKAN KERTAS PRIMA FACIE

PENGERUSI. LTT MEMBUAT KEPUTUSAN KES PRIMA FACIE

TIADA

KES TUTUP

KEPUTUSAN

ADA KES

KES

SURAT PERTUDUHAN DIKELUARKAN


TIADA JAWAPAN PEGAWAI JAWAPAN PEGAWAI

ULASAN KETUA JABATAN


URUSETIA SEDIA KERTAS LTT BUAT KEPUTUSAN

77 MESYURAT LTT MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENGENAKAN HUKUMAN

KES TUTUP

TIDAK BERSALAH

KEPUTUSAN
BERSALAH

LTT MENGENAKAN HUKUMAN SETIMPAL

BERITAHU KEPUTUSAN HUKUMAN KEPADA PEGAWAI

78

PENUTUP

Tindakan tatatertib yang dibuat secara teratur mengikut tatacara yang telah ditetapkan dapat memberi keadilan kepada pegawai yang dituduh dimana hak membela diri diberi kepadanya dan hanya fakta kes sahaja diambil kira oleh lembaga dalam membuat pertimbangan maka, dengan itu tindakan tatatertib dapat dilaksanakan dengan adil dan dapat dipertahankan dari segi undang-undang.

79

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like