You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TEPOI,

TEBEDU, SERIAN, SARAWAK.

TAJUK

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT


LUAR TALIAN DAN BERMODUL TAHUN 2021

PERINGKAT SK TEPOI

TARIKH : 8 NOVEMBER 2021

HARI : ISNIN

MEDIUM: MODUL

MASA : 8.00 PAGI-1.30 TENGAH HARI

TEMA:
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN TEPOI, SERIAN, SARAWAK


=================================================================
====

1. PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim
yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap
muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan
satu modul Bestari Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF. Selain itu, antara
saranan dan kehendak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia selain daripada
boleh membaca dan khatam Al- Quran di peringkat sekolah rendah, beliau juga menyebut
supaya murid-murid di sekolah rendah boleh menunaikan solat lima waktu sehari semalam
dengan sempurna dari segi perbuatan dan bacaan.

Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Mohd
Shah merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat walaupun wabak penyakit COVID-
19 belum reda. Oleh yang demikian,guru & murid akan mengikuti setiap SOP yang telah
disarankan oleh pihak kerajaan dan pihak KKM .Program ini merupakan sebahagian daripada
program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. Secara khususnya,
program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim Tahun 1 hingga Tahun 6
dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan,
perkataan (bacaan), tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui
program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang
di kalangan murid.

2. MATLAMAT
Program Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi memastikan semua
murid tahun 1 hingga 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam
kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun , ilmu pengetahuan dan
penghayatan solat.

3. OBJEKTIF
 Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan
sempurna.
 Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan
sempurna.
 Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
 Murid dapat melaksanakan dan menguasai solat jenazah bagi murid tahun 6.
 Murid dapat menguasai dan menghafaz surah – surah yang terpilih

4. TEMA

“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

5. PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam SK MOHD SHAH ( Rujuk Lampiran 1 untuk senarai nama murid ).

BIL TAHUN / KELAS JUMLAH


.
1. TAHUN 1 69
2. TAHUN 2 69
3. TAHUN 3 81
4. TAHUN 4 79
5. TAHUN 5 68
6. TAHUN 6 72
JUMLAH 438
KESELURUHAN

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH
.
/UNIT

1. MODUL KBS TAHAP 219 RM 3.00 RM 657.00


1
2. MODUL KBS TAHAP 219 RM 4.00 RM 876.00
2
3. HADIAH 200 RM 7.00 RM
PERTANDINGAN 1,400.00
4. FAIL MURID 12 RM 10.00 RM 120.00

JUMLAH RM
KESELURUHAN 3,053.00

7. JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
8. TENTATIF / MODUL
Rujuk Lampiran 3

9. PENUTUP

Kem Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan.
Diharapkan perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif kepada murid dalam
meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara
fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang
dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………….................
……………………………………..

(DAHLIA BINTI ALIAS) ( EN. ABDUL LATIF BIN


MOHD SHARIFF)

Penyelaras Kem Bestari Solat Ketua Panitia Pendidikan Islam

Disahkan oleh,

…………………………………

( PN. AINI
NAJWA BINTI
OTHMAN )
Penolong Kanan
Pentadbiran
Sekolah
Kebangsaan
Mohd Shah.
Lampiran 2

JAWATANKUASA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT


NORMA BAHARU 2021

Penasihat : En. Azmar bin Yahaya


( Guru Besar )
Pengerusi : Pn. Aini Najwa binti Othman
( Penolong Kanan Pentadbiran ) Setiausaha :
En. Abdul Latif bin Mohd Shariff ( Ketua Panitia
Pendidikan Islam ) Bendahari : Pn. Saadiah Kamar @ Khalid
Penyelaras Program : Pn. Dahlia binti Alias

Jawatankuasa Pelaksana / Fasilitator :


Semua guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Moderator ( Sesi Google Meet ):


Tahap 1 : En. Abdul Latif bin Mohd Shariff

Tahap 2 : En. Mohd Rodzi bin Mahmud

Penyediaan Modul / Kuiz


Pn. Raziah binti Yasak

(Jurulatih Utama ( KBS ) SPI JPNPP


AJK TEKNIKAL / MULTIMEDIA ( SLIDE )
Pn. Zaharah binti Md Rodzee

Pn. Dahlia binti Alias

AJK Hadiah
Pn. Saadiah binti Kamar@Khalid

Pn. Latifah binti Mohd Bukhori

Pn. Khadijah binti Yahya

Pendaftaran
Cik Dini Nasrihah binti Che Hussin

Cik Anis Shahirah binti Ikhwandi

Lampiran 3

TENTATIF / MODUL ( sesi Google Meet )

TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI TINDAKAN

 AMALI WUDHU’
 AMALI PERLAKUAN SOLAT
 AMALI BACAAN ( NIAT SOLAT ) 
TAHUN AMALI SOLAT ( BACAAN )
1, 2 & 3
• DOA IFTITAH
*fasilitator: sesi
ISNIN • RUKUK,IKTIDAL,SUJUD google meet tahap 1.
13.9.2021 • DUDUK ANTARA DUA SUJUD 
AMALI SOLAT ( BACAAN )
• TAHIYYAT AKHIR
• QUNUT

TAHUN  AMALI SOLAT ( TAMBAHAN ) *fasilitator: sesi


4, 5 & 6 • SYARAT WAJIB SOLAT google meet tahap 2.
• SYARAT SAH SOLAT
SELASA
• AZAN
14.9.2021
• IQAMAH
• SUJUD SAHWI
 TAYAMMUM
 SOLAT BERJEMAAH
 SOLAT JENAZAH
• LAFAZ DAN NIAT
• CARA SOLAT
• KEDUDUKAN IMAM DAN
MAKMUM
• TAKBIR KEDUA ( SELAWAT )
• TAKBIR KETIGA ( DOA )
• TAKBIR KEEMPAT ( DOA DAN
SALAM )

AKTIVITI PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

 Sesi Google Meet (ISNIN / 13 SEPTEMBER 2021)


 KUIZ ( Google Form & Wordwall )
 PERTANDINGAN VIDEO TERBAIK
Amali Solat
Amali Wudhu’
*video terbaik akan terpilih ke peringkat negeri

TAHAP 1
 Sesi Google Meet ( SELASA / 14 SEPTEMBER
2021)
 KUIZ ( Google Form & Wordwall )
 PERTANDINGAN VIDEO TERBAIK
Amali Solat
Amali Wudhu’
*video terbaik akan terpilih ke peringkat negeri

TAHAP 2

You might also like