You are on page 1of 8

SJKT JALAN YAHYA AWAL

TRANSFORMASI SEKOLAH TS 25 KPM

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT

NORMA
BAHARU TAHUN
2021

TARIKH:
24 & 25 OKTOBER 2021

HARI:
AHAD & ISNIN

MEDIUM:
GOOGLE MEET

TEMA:
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2021

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN YAHYA AWAL,


JALAN YAHYA AWAL,80100 JOHOR BAHRU,JOHOR.
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
=====================================================================

1. PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati.
Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran
betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul
perlaksanaan program j-QAF. Selain itu, antara saranan dan kehendak yang telah diumumkan oleh Perdana
Menteri Malaysia selain daripada boleh membaca dan khatam Al- Quran di peringkat sekolah rendah,
beliau juga menyebut supaya murid-murid di sekolah rendah boleh menunaikan solat lima waktu sehari
semalam dengan sempurna dari segi perbuatan dan bacaan.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan
Yahya Awal merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat walaupun wabak penyakit COVID-19 belum
reda. Oleh yang demikian,guru & murid akan mengikuti setiap SOP yang telah disarankan oleh pihak
kerajaan dan pihak KKM .Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib
dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk
memastikan setiap murid Muslim Tahun 1 hingga Tahun 6 dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat
dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan (bacaan), tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di
samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang
cemerlang di kalangan murid.

2. MATLAMAT
Program Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun 1
hingga 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan
sempurna dari segi bacaan, rukun , ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

3. OBJEKTIF
 Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
 Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
 Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
 Murid dapat melaksanakan dan menguasai solat jenazah bagi murid tahun 6.
 Murid dapat menguasai dan menghafaz surah – surah yang terpilih
4. TEMA

“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

5. PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam SJKT Jalan Yahya Awal ( Rujuk Lampiran 1 untuk senarai nama murid ).

BIL. TAHUN / KELAS JUMLAH

1. TAHUN 1 4
2. TAHUN 2 4
3. TAHUN 3 2
4. TAHUN 4 4
5. TAHUN 5 0
6. TAHUN 6 2
JUMLAH KESELURUHAN 16

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH
/UNIT

1.
MODUL KBS TAHAP 1 10 RM 3.00 RM 30.00
-Bahan bercetak

2.
MODUL KBS TAHAP 2 6 RM 4.00 RM 24.00
-Bahan bercetak

3.
HADIAH PERTANDINGAN 16 RM 5.00 RM 80.00
1) Fail
2) Buku doa

JUMLAH KESELURUHAN RM 134.00

7. JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
8. TENTATIF / MODUL
Rujuk Lampiran 3

9. PENUTUP

Kem Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Diharapkan
perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif kepada murid dalam meningkatkan kemahiran,
kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian
mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan
Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………................. ......................................
(NUR SYAFIQAH BINTI MOHD ARIF) (EN ANBARASAN A/L MUTUGAYAN)
Penyelaras Kem Bestari Solat GPK Kanan Kurikulum
SJKT Jalan Yahya Awal

Disahkan oleh,

…………………………………
( EN JEGANATHAN A/L SELVARAJOO )
Guru Besar
SJKT Jalan Yahya Awal
Lampiran 2

JAWATANKUASA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT


NORMA BAHARU 2021

Pengerusi : En. Jeganathan A/L Selvarajoo ( Guru Besar )

Timb.Pengerusi : En. Anbarasan A/L Mutugayan (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Kamalam A/P Rama Krishnan ( GPK Hal Ehwal Murid )

Naib Pengerusi 2 : En. Vimal A/L Chandarangathan ( GPK Kokurikulum )

Naib Pengerusi 3 : Pn.Sevagami A/P Muthuswamy (GPK Petang)

Pengerusi : Cik Nur Syafiqah Binti Mohd Arif


Setiausaha : Cik Nur Syafiqah Binti Mohd Arif
Penyelaras Program: Cik Nur Syafiqah Binti Mohd Arif
Bendahari : Pn Rauhiyah @ Rohaya Binti Jamil

Jawatankuasa Pelaksana / Fasilitator :


Guru Pendidikan Islam

Moderator ( Sesi Google Meet ):


Cik. Nur Syafiqah Binti Mohd Arif

Penyediaan Modul / Kuiz


Cik Nur Syafiqah Binti Mohd Arif
Lampiran 3

TENTATIF / MODUL ( sesi Google Meet )

TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI TINDAKAN


 AMALI WUDHU’
 AMALI PERLAKUAN SOLAT
 AMALI BACAAN ( NIAT SOLAT )
TAHUN  AMALI SOLAT ( BACAAN )
1, 2 & 3  DOA IFTITAH
 RUKUK,IKTIDAL,SUJUD *fasilitator: sesi google
AHAD meet tahap 1.
24.10.2021
 DUDUK ANTARA DUA SUJUD
 AMALI SOLAT ( BACAAN )
 TAHIYYAT AKHIR
 QUNUT

 AMALI SOLAT ( TAMBAHAN )


 SYARAT WAJIB SOLAT
 SYARAT SAH SOLAT
 AZAN
 IQAMAH
 SUJUD SAHWI
TAHUN
 TAYAMMUM
4, 5 & 6
 SOLAT BERJEMAAH *fasilitator: sesi google
ISNIN  SOLAT JENAZAH meet tahap 2.
25.10.2021  LAFAZ DAN NIAT
 CARA SOLAT
 KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM
 TAKBIR KEDUA ( SELAWAT )
 TAKBIR KETIGA ( DOA )
 TAKBIR KEEMPAT ( DOA DAN SALAM )
AKTIVITI PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

 Sesi Google Meet


 (RABU 24.10.2021)
 KUIZ ( Google Form & Wordwall )
 PERTANDINGAN VIDEO TERBAIK
TAHAP 1 Amali Solat
Amali Wudhu’

 Sesi Google Meet


 ( KHAMIS 25.10.2021)
 KUIZ ( Google Form & Wordwall )
 PERTANDINGAN VIDEO TERBAIK
TAHAP 2 Amali Solat
Amali Wudhu’

You might also like