You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG

08000, SUNGAI PETANI, KEDAH

LAPORAN TADARUS

AL- QURAN ( PROGRAM IHYA’ RAMADHAN )


PERINGKAT SEKOLAH 1442H/ 2021M

TARIKH :
14 APRIL – 04 MEI 2021

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SKBBSL
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ( TADARUS AL- QURAN )

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG.

PENGENALAN

Ramadhan datang lagi setelah hampir sebelas bulan meninggalkan kita. Kedatangan
Ramadhan adalah merupakan satu rahmat daripada Allah S.W.T kepada hambaNya.Ramadhan
datang dengan membawa pelbagai kelebihan dan kerahmatan. Maka, rugilah mereka yang
tidak menggunakan kesempatan yang diberkan oleh Allah untuk berada dalam bulan yang
mulia ini dengan sebaik mungkin.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud “ Barang siapa yang
mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah,
maka akan diampunkan segala dosa- dosanya yang telah lalu”.

Oleh yang demikian, kami diperingkat Jawatankuasa Ihya’ Ramadhan Sekolah


Kebangsaan Bandar Baru Sungai Lalang terpanggil untuk mengisi bulan yang barokah ini dengan
beberapa aktiviti yang berfaedah kepada pihak sekolah, kakitangan dan juga anak didik kami
sekalian. Semoga sedikit usaha kami ini dinilai oleh Allah sebagai amal ibadat demi mencapai
redho Ilahi.
OBJEKTIF

1. Meraikan kedatangan Bulan Ramadhan dalam kalangan semua warga sekolah..


2. Aktiviti ini berfokus kepada semua murid, guru dan staf yang beragama Islam SK Bandar
Baru Sungai Lalang.
3. Semua murid dapat melazimi dan membaca Al- Quran.
4. Semua murid akan semakin cinta dan sayang dengan Al- Quran.
5. Melatih diri dengan menggandakan ibadah kepada Allah.

SASARAN

Semua murid, guru dan staf yang beragama Islam SK Bandar Baru Sungai Lalang.

LAPORAN PENUH

Tadarus Al- Quran yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan terbahagi kepada dua
kategori iaitu kategori murid dan kategori guru. Bagi kategori murid, Tadarus Al- Quran
dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam didalam kelas.

( Sila rujuk lampiran )

Program pada kali ini berbeza sekali disebabkan oleh Pendemik Covid 19 yang melanda
negara kita. Oleh itu, program ini dijalankan dengan mengikut SOP yang ketat seperti
penjarakan fizikal 1 meter antara murid, tidak bersentuhan ( tidak berkongsi al- Quran) dan
memakai topeng mulut ( mask ).

Sepanjang aktiviti tadarus Al- Quran djalankan, murid menunjukkan minat dan semangat
yang tinggi untuk sama- sama bertadarus dengan rakan- rakan yang lain. Mereka memberikan
kerjasama yang baik semasa aktiviti tadarus Al- Quran dijalankan walaupun dengan mematuhi
SOP yang ketat.

Guru – guru Agama Islam dilihat memberikan kerjasama yang amat baik serta
bersemangat penuh dedikasi sepanjang program tadarus ini berlangsung.

Pada keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama
yang baik serta komen- komen yang positif dari semua pihak. Semoga program ini memberi
manfaat kepada seluruh warga SK Bandar Baru Sungai Lalang agar dapat menghayati dengan
lebih bulan Ramadhan yang penuh dengan barokah ini.

Diharapkan semoga pada Ramadhan yang akan datang banyak lagi aktiviti berfaedah
dapat dijalankan demi manfaat bersama.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( Normawati Bt Ibrahim ) ( Abd Hafiz Bin Mat Johar )


AJK Dokumentasi Tadarus Al- Quran Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Bandar Baru Sungai Lalang SK Bandar Baru Sungai Lalang
LAMPIRAN
KUMPULAN TADARUS AL-QURAN GURU DAN MURID SKBBSL
SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1442H /2021M
( TAHUN 3 )
BIL KELAS JUZUK GURU
1 3 BESTARI JUZUK 1 PN. NORHAFIZAH BT MD FUDA
2 3 EFEKTIF JUZUK 2 PN. ZAKIAH BT ZAKARIA
3 3 SUKSES JUZUK 3 PN. CHE NORIZA BT MUSTAPA
4 3 TEKUN JUZUK 4 PN. CHE NORIZA BT MUSTAPA
5 3 ARIF JUZUK 28 PN. NOR HAFIZAH BT MD FUDA
6 3 RAJIN JUZUK 29 PN. ROHAYANI BT ABU BAKAR
7 3 INTELEK JUZUK 30 PN. NORHAFIZAH BT MD FUDA

 CATATAN : PROGRAM TADARUS INI AKAN DIJALANKAN DIDALAM KELAS


SEWAKTU SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM / TASMIK

KUMPULAN TADARUS AL-QURAN GURU DAN MURID SKBBSL


SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1442H /2021M
( TAHUN 4 )
BIL KELAS JUZUK GURU
1 4 BESTARI JUZUK 5 & 6 PN. NORMAWATI BT IBRAHIM
2 4 EFEKTIF JUZUK 7 PN. SITI HAJAR BT MOHD IDRIS
3 4 SUKSES JUZUK 8 PN. EZATI BT MOHD DESA
4 4 TEKUN JUZUK 9 PN. NORMAWATI BT IBRAHIM
5 4 ARIF JUZUK 10 PN. EZATI BT MOHD DESA
6 4 RAJIN JUZUK 26 PN. SITI HAJAR BT MOHD IDRIS
7 4 INTELEK JUZUK 27 PN. NORMAWATI BT IBRAHIM

 CATATAN : PROGRAM TADARUS INI AKAN DIJALANKAN DIDALAM KELAS


SEWAKTU SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM / TASMIK

KUMPULAN TADARUS AL-QURAN GURU DAN MURID SKBBSL


SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1442H /2021M
( TAHUN 5 )
BIL KELAS JUZUK GURU
1 5 BESTARI JUZUK 11 & 12 PN. ZUNAINI BT HUSSIN
2 5 EFEKTIF JUZUK 13 PN. ROHAYANI BT ABU BAKAR
3 5 SUKSES JUZUK 14 PN. NURUL SYUHADA BT TASSA
4 5 TEKUN JUZUK 15 PN. ROHAYANI BT ABU BAKAR
5 5 ARIF JUZUK 16 PN. NURUL SYUHADA BT TASSA
6 5 RAJIN JUZUK 24 PN. ZAITON NAIM BT MD REJAB
7 5 INTELEK JUZUK 25 PN. NURUL SYUHADA BT TASSA

 CATATAN : PROGRAM TADARUS INI AKAN DIJALANKAN DIDALAM KELAS


SEWAKTU SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM / TASMIK

KUMPULAN TADARUS AL-QURAN GURU DAN MURID SKBBSL


SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1442H /2021M
( TAHUN 6 )
BIL KELAS JUZUK GURU
1 6 BESTARI JUZUK 17 & 18 PN. ROHAYANI BT ABU BAKAR
2 6 EFEKTIF JUZUK 19 EN. ABDUL HAFIZ BIN MAT JOHAR
3 6 SUKSES JUZUK 20 PN. ROHAYANI BT ABU BAKAR
4 6 TEKUN JUZUK 21 PN. ZAITON NA’IM BT MD REJAB
5 6 ARIF JUZUK 22 EN. ABDUL HAFIZ BIN MD JOHAR
6 6 RAJIN JUZUK 23 PN. ZAITON NA’IM BT MD REJAB

 CATATAN : PROGRAM TADARUS INI AKAN DIJALANKAN DIDALAM KELAS


SEWAKTU SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM / TASMIK

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM TADARUS AL- QURAN DIJALANKAN.

You might also like