You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BILANGAN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG


08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
TAHUN 2019

TARIKH : 16 JANUARI 2019

HARI : RABU

MASA : 12.30 PM – 2.00 PM

TEMPAT : BILIK ANJUNG BICARA SKBBSL

KEHADIRAN: 1. ABDUL HAFIZ BIN MAT JOHAR


2. ABDUL LATIFF BIN HUSIN @ YUSOF
3. EZATI BINTI MOHD DESA
4. NORMAWATI BINTI IBRAHIM
5. KHAIRUL ANWAR BIN ABU BAKAR
6. NOOR ASHIKIN BINTI AHMAD
7. NOR HAFIZAH BINTI MD FUDA
8. NURUL SYUHADA BINTI TASSA
9. ROHAIZA BINTI SAID
10. ROHAYANI BINTI ABU BAKAR
11. ROKIAH BINTI IBRAHIM
12. ROSHAFIZAH BINTI HANAFIAH
13. SARINAH BINTI ASRI
14. SITI AISHAH BINTI MD SAID
15. SITI HAJAR BINTI MOHD IDRIS
16. SURIAWATI BINTI SULAIMAN
17. ZAITON NA’IM BINTI MAT REJAB
18. ZUHAIDA BINTI ABDUL WAHAB
19. FAZILAH BINTI JAMULIDIN

TIDAK HADIR : 1. CHE NORIZA BINTI MUSTAPA – KECEMASAN IBU SAKIT

HADIR BERSAMA: 1. EN. RAZALI BIN AWANG

1
ALUAN PENGERUSI

1. Pengerusi, En. Abd Hafiz bin Mat. Johar mengucapkan salam dan memulakan
mesyuarat dengan membaca Ummul Kitab. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih
di atas kehadiran semua guru Pendidikan Islam pada mesyuarat kali pertama ini.

2. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa baru yang
telah dilantik bagi tahun 2019.

3. Beliau juga menyeru kepada semua ahli yang hadir agar dapat memberikan
kerjasama yang sebaiknya pada tahun ini.

4. Harapan beliau supaya semua ahli bersatu hati dan menjalinkan ukhuwah yang baik
antara satu sama lain pada tahun ini.

Tindakan : Makluman

ALUAN PENASIHAT

5 Encik Razali bin Awang, Guru Besar SKBBSL, mengucapkan terima kasih kerana
menjemput beliau ke mesyuarat panitia kali pertama ini.

6 Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran semua ahli yang
telah hadir.

7 Ini merupakan mesyuarat pertama bagi tahun 2019. Telah dimaklumkan kepada
semua panitia untuk jalankan mesyuarat pada minggu kedua atau tiga.

8 Pengerusi mamaklumkan guru-guru perlu cakna apa yang diperlukan dalam


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) semasa proses Pengajaran dan Pemudah Caraan
(PdPC) ke arah PBD dan PdPC masa depan di mana bahan-bahan eviden kendiri
boleh disimpan dalam bentuk digital.

9 Guru Besar mengingatkan guru-guru perlu patuh pada SKPMg 2019.

10 En.Razali juga memaklumkan pihak pentadbir telah mendapat surat rasmi dan bilik
jQAF telah diambil alih olek PPKI. Jadi guru-guru Pendidikan Islam diberi pilihan bilik
ganti. Bolehlah ditetapkan bilik ganti tersebut di dalam mesyuarat pada hari ini.

Tindakan : Semua guru

2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

11 Nor Hafizah binti Md Fuda selaku setiausaha Panitia Pendidikan Islam sesi 2019
membentangkan minit mesyuarat bilangan 4 2018 yang lalu.

12 Puan Rohayani Abu Bakar mencadangkan minit mesyuarat bilangan 4 disahkan dan
disokong oleh Puan Rohaiza binti Said.

Tindakan: Makluman

PERKARA BERBANGKIT

13 Memperindahkan surau baharu. Isunya adalah ada dua surau. Cadangan surau
lama di tingkat dua dijadikan bilik tasmik dan ruang solat khas perempuan serta
perlu ditukar nama , jangan dilabel sebagai surau.
Tindakan: Makluman

KEWANGAN

14. Wang peruntukan Panitia Bagi tahun 2019 sebanyak RM 4027.96


termasuk panitia, ceramah, aktiviti panitia, KBS dan KCJ. Berbanding tahun
lepas, kita mendapat belasan ribu daripada Pendidikan Islam, Bahasa Arab,
MAKDIS dan zakat.

POST MORTERM PENCAPAIAN E-PELAPORAN JQAF

15. Bandingan antara Jun-Oktober meningkat 0.4% daripada 89.93% kepada


93.68%. Secara keseluruhannya sekolah mendapat Gred A.

TASMIK / AL-QURAN

16. Tahun ini dalam rekod tambah satu lagi item iaitu rekod semasa dan bulan
hadapan untuk memudahkan guru dan penyelaras.
17. Data sekarang rujuk buku rekod al-quran, jika murid tidak menguasai cikgu nak
undur boleh, tetapi mula undur pada awal Januari, jangan undur tengah selepas
Januari kerana akan mengganggu rekod.
18. Tahun ini akan diberi fokus kepada beberapa program dalam meningkatkan

3
kualiti bacaan al-quran murid, meningkatkan peratus murid khatam dan
memberi pengukuhan bagi murid yang masih lemah iqra 1 hingga 3 . Program
ini adalah inisiatif yang diambil oleh unit Al-Quran selain beberapa program
KPM. Antaranya ialah :
1. Program Hijaiyah Sempurna Iqra’ 1 ( Tahun 2 dan 3 )
2. Program Kalam Berangkai Iqra’ 2 ( Tahun 2 hingga 6 )
3. Program Smart Iqra’ 3 ( Tahun 2 hingga 6 )
4. Program Speed Khatam ( Tahun 2 hingga 6 )
19. Diharap program ini dapat dirancang sebaiknya dan dijalankan seperti yang
dirancang.

KEM CEMERLANG JAWI ( KCJ )

20. Akan dijalankan pada 30/01/2019. Pelaksanaan di luar PdPc pada hari Rabu. 2
hari selama dua minggu. Jam 12.15 hingga 2.00 petang.
21. Bulan Mac pula akan dijalankan pada 6/3/2019 dan 12/3/2019.
22. Analisa keputusan 2018 menurun berbanding 2017. Akan rezo soalan ujian
pos. Mohon guru-guru beri semasa PdPc tasmik sebagai pengayaan.

MODEL JAWI

23. Jumlah murid ( tahun 1 hingga 6 ) : 1246 orang.


Menguasai : 1139 orang.
Tidak Menguasai : 107 orang.

BAHASA ARAB

24. Tahun 1 : meningkat 99%.


Tahun 2 : meningkat 94 - 95%.
Tahun 3 : meningkat 96 – 99%
Tahun 4 : meningkat 96 – 97%.
Tahun 5 : meningkat 96 – 98%.
Tahun 6 : menurun 88 – 86%.
25. Mulai Februari dan Mac akan diadakan pertandingan mini kamus, murid akan
kumpul kalimah-kalimah bahasa arab di dalam satu buku.

4
KEM BESTARI SOLAT

26 MODEL WUDHUK
1 Pencapaian 100% kecuali Tahun 5 99%.
2 Perlu pastikan data wudhuk mesti mecapai 100% walaupun murid tidak
hadir dan data berdasarkan jumlah murid.
27. Tidak akan laksana pada Sabtu . Akan dijalankan pada pada hari sekolah
diluar waktu PdPc iaitu pada hari Rabu 12.15 hingga 2.00 petang.
28. Perlu keluarkan surat sehari atau dua hari sebelum agar memudahkan waris
mengurus pengangkutan murid.
29. Sesi petang akan laksana pada 27 hingga 31/1/2019 {Ahad – Khamis} pada
waktu tasmik mengikut jadual guru tasmik masing-masing.
30. Ralat pada takwim 11/5/2019 Sabtu, pembetulan KBS Fasa 1 Tahap 2.
Penyelaras Puan Siti Hajar
31. Ralat pada takwim 13/7/2019 Sabtu KBS Fasa 2 TAhap 1 Setiausaha Puan
Aishah. Dokumentasi Pn. Sarinah.
32. Akan adakan beberapa program pengayaan bagi memperkasakan lagi Kem
Bestari Solat. Program ini adalah inisiatif yang diambil oleh unit KBS selain
daripada KBS itu sendiri mengikut arahan KPM. Antaranya ialah :
1. Tikar Ajaib ( Tahun 2 )
2. Solat Sempurna ( Tahun 2 )
3. Program Imarah Musolla ( Tahun 2 )
4. Detik 10 minit ( Tahun 3 )
5. Rentak Bacaan ( Tahun 3)
6. Move To Excellent ( Tahun 3 )
33. Diharap program ini dapat dirancang sebaiknya dan dijalankan seperti yang
dirancang.

KEM LITERASI AL-QURAN


34. Cadangan dibuat pada waktu tasmik. Murid akan ikut guru tasmik dan data
melalui guru tasmik.
35. Guru-guru perlu kenalpasti murid KLAQ untuk diberi dan guna modul KLAQ
pada waktu tasmik.
36. Guru boleh pantau pencapaian murid dari semasa ke semasa .

5
PERANCANGAN PANITIA

37 Perancangan aktiviti dibentang oleh penyelaras dan telah dipersetujui oleh semua

ahli.

38 Semua ahli perlu menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program serta
anggaran perbelanjaan. Kerjasama dan sokongan daripada semua ahli didahului
dengan ucapan terima kasih

39 Pengerusi memaklumkan program yang terdekat ialah Kem Bestari Solat Fasa 1
Tahun 1,2 , 3 pada 27/01/2019 dan KCJ yang akan dilaksanakan pada 30/01/2019.
Jawatankuasa yang terlibat perlu bersedia lebih awal.

Tindakan : Guru yang terlibat

HAL-HAL LAIN

40 Takwim ada sedikit perubahan mengikut guru yang pegang kelas dan tidak

memegang kelas. Ralat pada 26/6/2019 Mesyuarat Panitia Bilangan 3.

41 Takwim yang melibatkan nama guru-guru sesi petang telah disusun mengikut tugas
khas untuk guru sesi petang.

42 Kertas kerja program panitia mestilah selaras dan sama bagi sesi pagi dan petang.

43 En. Abd Hafiz memaklumkan setiap kertas kerja dan dokumentasi 2019 perlu diemel
dan diletak dilaptop JQAF.

44 Guru-guru sudah boleh mula melatih murid untuk Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) .

Untuk makluman telah ada seorang calon murid yang telah menghafaz 3 juzuk, guru

guru boleh pilih sebagai peserta.

45. Panita akan mengadakan sesi ujibakat agar sekolah kita boleh mencungkil bakat dan
mendapat calon yang lebih berkualiti untuk mewakili sekolah kita.

46. En. Abdul Hafiz meminta agar diseragamkan bacaan yassin mingguan dengan inisitif
guru untuk membeli bakul meletak buku yassin untuk setiap aliran. Asingkan warna
yang berlainan untuk setiap aliran, murid-murid boleh membawa semasa turun ke
tapak perhimpunan setiap Khamis.

47. Keputusan mesyuarat sebulat suara menetapkan bilik menyimpan kertas peperiksaan
daerah diganti sebagai bilik JQAF yang baru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

6
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ....................................................
( NOR HAFIZAH BINTI MD FUDA ) ( ABD HAFIZ BIN MAT.JOHAR )
Setiausaha Panitia Ketua Panitia
Pendidikan Islam Pendidikan Islam
SK Bandar Baru Sungai Lalang. SK Bandar Baru Sungai Lalang.

You might also like