You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERTING

72120 BANDAR SERI JEMPOL


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

06-4584475

Ruj.Kami : JPNS.PPDJJ.NBA6025.100.5/1( )
Tarikh : 24.12.2018

Semua Guru,
Sekolah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting

Tuan/Puan,

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2019

Merujuk kepada perkara diatas,

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, mesyuarat guru kali pertama 2019 Sekolah Kebangsaan (F)
Bandar Baru Serting ini akan diadakan pada :

Tarikh : 26.12.2018 (RABU)


Masa : 8.30 pagi

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Taklimat Pengurusan
4.1 Peraturan Am 4.4 Pemantauan dan pencerapan
4.2 Senarai tugas guru 4.5 MMI
4.3 Jadual waktu
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan Mesyuarat

4. Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir pada hari tersebut .Kerjasama dan
perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

------------------------------
( ROHAYATI BINTI BABA )
Guru Besar,
SK (F) Bandar Baru Serting.

1
MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BANDAR BARU SERTING
SESI 2018

Tarikh : 19 NOVEMBER 2018


Hari : ISNIN
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN
Kehadiran : 54/59

HADIR 32. Roslizaini binti Harun


1. Rohayati binti Baba (Guru Besar) 33. Rubiah binti Mohd Razali
2. Mohd Amar bin Mohamad (GPK HEM) 34. Romie Sophian bin Johari
3. Asiah binti Mohd Dom (GPK PPKI) 35. Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham
4. Rosli bin Talib (GPK Kurikulum) 36. Rozita binti Chik
5. Irwan Farid bin Idris 37. Jamilah binti Abd Latif
6. Aliyes bin Ahmad 38. Siti Kartini binti Abd Kadir
7. Ayat binti Sidik 39. Siti Rahmah binti Dahlan
8. Aziana binti Adam 40. Suraya Liza binti Rosli
9. Anumanthan A/L Muniandy 41. Noraziah binti Shaharum
10. Darnadalis binti Abd Raoh 42. Nurhidayah binti Yaakop
11. Faiza bin Abdu Rahman 43. Zaiton bin Md Isa
12. Fatimah binti Rajak 44. Zakiah binti Hasim @ Husin
13. Kamariah binti Husin 45 Zainor bin Mohd Noor
14. Khadijah binti Salleh 46 Zahriah binti Mohd Razali
15. Khairul Azman bin Abdul Kadir 47 Zuraidah binti M. Ayob
16. Mohamad Fairus bin Mohamad Shah 48 Zuri binti Mansor
17. Muhammad Hakimin bin Abd Rahman 49 Ibrahim Gunalan bin Abdullah
18. Mohd Norsani bin Mahat 50 Kamaruddin bin Abd Rani
19. Marliza binti Ghazalli 51 Mohd Razib @Mohd Razi bin Abd
Hamid
20. Nordaliyana binti Abdullah 52 Rohiza binti Said
21. Naufirah binti Shamsudin 53 Ainin Syakirah binti Adzman
22. Nurhayati binti Zainuddin 54 Samah binti Kamis
23. Nor Aziah binti Shahrom
24. Nik Mahani binti Nik Mahmud
25. Norjunaini binti Amanan TIDAK HADIR BERSEBAB
26. Norlatipah binti Gimon 1 Nurul Khairiah binti Kahar
27. Noorliza binti Mihat 2 Nor Aini binti Yusof
28. Norsimah binti Nasari 3 Syed Ahmad Jufri bin syed Aziz
29. Nur Aminah binti Hassanuddin 4 Rozita binti Md Isa
30. Aidai binti Mohd Razali 5. Sharizad binti Mohd Sulaiman
31. Nordin bin Mohd Nor

2
MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA SESI PERSEKOLAHAN
TAHUN 2018

AGENDA MINIT MESYUARAT

1. Ucapan aluan Pengerusi


2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pengurusan
4.1 Pengurusan kurikulum
4.2 Pengurusan HEM
4.3 Pengurusan Kokorikulum
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan Mesyuarat

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan ucapan terima kasih kerana dapat
menghadirkan diri untuk mesyuarat guru kali ketiga.

1.2 Pengerusi memaklumkan peperiksaan UPSR diumumkan pada 29/11/2018. Murid


akan hadir dan ambil keputusan.

1.3 Pengerusi memaklumkan guru yang belum hantar Borang Keberhasilan kepada
penilai perlu hantar dengan kadar segera sebelum 22/11/2018.

1.4 Pengerusi memaklumkan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang akan dijalankan pada
22//11/2018 dari pagi hingga petang.

1.5 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah menjalankan aktiviti
yang telah dirancang.

(Tindakan : Makluman semua guru)

PERKARA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang oleh Encik Zainor Bin Mohd Noor


Disokong oleh Encik Anumanthan A/L Muniandy

PERKARA 3 : PERKARA BERBANGKIT

Perkara 4.4.2
✓ Semua fail Panitia telah lengkap dan ia akan jadi sebagai eviden isi dalam
SKPMG
✓ Kelemahan fail panitia – dari segi inventori (tidak menyenaraikan barang yang
ada dalam simpanan).

Perkara 4.5.1
✓ Cuti Rehat Khas perlu diisi dalam sistem HRMIS dan perlu memaklumkan
kepada GPK Pentadbiran untuk membuat relief.

Perkara 4.6.1
✓ Kebenaran bercuti ke luar negara ketika musim persekolahan mesti meminta
kebenaran bertulis daripada pihak PPD ataupun JPNS.
3
Perkara 5.6
✓ Pemakaian kasut hitam untuk sesi persekolahan 2019 dibenarkan. Kasut
hitam stokin hitam manakala kasut putih stokin putih.
(Makluman semua guru)

PERKARA 4 : TAKLIMAT PENGURUSAN

4.1 Pengurusan Kurikulum

4.1.1 Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1), Encik Rosli bin Talib memaklumkan guru-guru
perlu melengkapkan buku rekod mengajar dan hantar pada akhir terakhir
persekolahan 2018.

4.1.2 GPK 1 memaklumkan kunci-kunci bilik khas perlu hantar ke pejabat sebelum hari
terakhir persekolahan.

4.1.3 GPK 1 memaklumkan semua fail panitia perlu lengkap dan diletakkan dalam almari di
pejabat sekolah . (memudahkan pentadbir mengambil data jika ada pemantauan
dijalankan semasa cuti sekolah).

4.1.4 GPK 1 memaklumkan tarikh mesyuarat guru,kukurikulum, HEM dan kokorikulum


pada 26/12/2018 (Rabu). Pendaftaran tahun 1 pada 29/12/2018 (Sabtu).

4.1.5 GPK 1 memaklumkan tentang agihan tugas guru untuk sesi 2019 adalah mengikut
kewajaran. Semua guru mempunyai tugas,cuma beza dari segi pemberatan tugas
yang digalas. Berharap semua guru dapat memikul tugas yang diberi dan menerima
dengan sebaik-baiknya.

4.1.6. Encik Anumanthan mencadangkan guru yang memegang jawatan ketua panitia tidak
perlu memegang jawatan guru kelas kedua. GPK1 memberi respon cadangan ini
akan dipertimbangkan.

4.1.7 GPK 1 memaklumkan program transisi 2019 tahun 1 tidak akan ada pentaksiran
selama 6 bulan.

4.1.8 GPK 1 mencadangkan pertukaran nama kelas bagi tahun 1 sesi 2019. Semua guru
bersetuju dengan cadangan ini.

4.1.9 GPK 1 memaklumkan tentang program DLP sesi 2019 akan diterangkan kepada
ibubapa semasa hari pendaftaran murid tahun 1.

4.1.10 GPK 1 memaklumkan tentang permohonan kelas tahun 2 ia akan dibuat sekiranya
bilangan murid sebanyak 117 orang.

4.1.11 GPK 1 memaklumkan tentang peglibatan guru dalam program inovasi. Setiap sekolah
perlu ada hantar wakil dalam program inovasi.

4.2 Pengurusan HEM

4.2.1 GPK HEM memaklumkan berkaitan APDM perlu dikemaskini sentiasa. Bahagian
pendapatan penjaga nombor 1 perlu diisi sekurang-kurang dengan nilai minima RM
200.00. Untuk penjaga kedua pula jika tiada pendapatan letak RM 0.00.

4
4.2.2 GPK HEM memaklumkan tentang pengagihan kelas,Guru kelas akan mendaftarkan
murid yang baharu masuk.

4.2.3 Senarai Guru kelas akan dimasukkan dalam APDM dan guru perlu masuk data murid
dengan menggunakan ID & Password yang sama.

4.2.4 Bantuan persekolahan hanya menggunakan satu borang sahaja. Program bantuan
susu percuma untuk tahun ini TIADA.

4.2.5 Bagi sesi 2019 pihak PPD dan JPNNS mohon semua guru mengisi data bahagian
sahsiah murid.

4.2.6 GPK HEM mengucapkan syabas kepada semua AJK-AJK bawah unit HEM kerana
telah melengkapkan semua fail. Fail perlu diletakkan dalam rak bilik GPK HEM.

4.2.7 Fail peribadi murid perlu dilengkapkan, buku kesihatan murid perlu dihantar dan
disimpan dalam bilik HEM.

4.2.8 Murid tahun 6 yang berpindah guru kelas perlu memberikan fail peribadi kepada
murid.Pihak sekolah hanya akan menyediakan sijil PJASK,Psikometrik dan UPSR.

4.2.9 GPK HEM memaklumkan semua guru perlu perihhatin kepada anak bukan
warganegara, tiada sebarang bantuan persekolahan dan tidak boleh menyertai apa-
apa program di peringkat daerah.

4.2.11 Murid bukan warganegara perlu daftar di JPN selepas 15 hari sesi persekolahan
dijalankan dan perlu membayar levi.

4.2.12 Semua murid akan menerima bantuan buku teks kecuali murid bukan warganegara.

4.2.13 Jawatankuasa Unit HEM 2019 akan diedarkan semasa mesyuarat HEM kali pertama
dijalankan.
(Tindakan : Makluman)

4.3 Pengurusan Kokurikulum

4.3.1 GPK Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana memberi
kerjasama dalam menjalankan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2018.

4.3.2 GPK Kokurikulum memaklumkan pengisian data PJASK telah berakhir. Guru masih
boleh memasukkan data jika ada penambahan ataupun perubahan.

4.3.3 GPK Kokurikulum memaklumkan penglibatan murid pada tahun ini ada peningkatan
seperti dalam peringkat kebangsaan dan negeri.

4.3.4 GPK Kokurikulum meminta ketua setiap unit, melengkapkan fail terutama bahagian
sukan mengikut markah SKPMG2. Maklumat ini perlu ada sebagai eviden dalam fail
kokurikulum.

4.3.5 GPK Kokurikulum memaklumkan buku laporan aktiviti murid, guru perlu mengisi
tahap pencapaian murid.

4.3.6 GPK Kokurikulum memaklumkan yuran PSKPP supaya dapat dijelaskan untuk
mengelakkan nama sekolah dipaparkan. Yuran itu digunakan untuk aktiviti sukan
peringkat daerah dan sebagainya. (Makluman semua guru)
5
PERKARA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar memaklumkan Cikgu Kamarudin sebagai penyelaras MyPortfolio.

5.2 GPK HEM memaklumkan buku teks yang hilang perlu digantikan dengan buku atau
wang.

5.3 GPK HEM memaklumkan di hari akhir persekolahan kelas dalam keadaan bersih,
pintu tingkap dalam keadaan bertutup dan kerusi dinaikan keatas meja.

5.4 Puan Junaini memaklumkan bilangan dan judul buku yang belum cukup dengan
kadar segera, supaya dia dapat mencari bilangan buku tersebut disekolah yang
berhampiran.
(Tindakan : Guru kelas)
5.5 GPK Pentadbiran memaklumkan senarai guru kelas akan diberitahu selepas jadual
guru disusun.
(Makluman semua guru)

5.6 Guru Besar memaklumkan bagi murid bukan warganegara, mereka perlu membayar
yuran photostat

5.7 Encik Fairus memohon guru yang ada menyimpan gambar-gambar sepanjang
program KGDP dijalankan bagi tahun 2017 dan 2018 beri kepadanya untuk membuat
video sempena Jamuan Makan Akhir Tahun KGDP 2018.

5.8 Encik Anumanthan mencadangkan guru tahun 6 dan guru-guru yang berhampiran
sekolah hadir ke sekolah pada 29/11/2018 melihat keputusan UPSR.

5.9 Encik Faiza mencadangkan kutipan derma untuk dewan sekolah bagi menampung
kos menaiktaraf dewan sekolah.

5.10 Puan Hidayah mohon kerjasama guru unutk memaklumkan kepada ibu bapa untuk
menjelaskan yuran PIBG bagi tahun 2018.

PERKARA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat dan
memohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan sepanjang mesyuarat dijalankan.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan durah Al-fatihah dan surah Al.Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.35 petang.

Disediakan oleh,

--------------------------------------------
Urusetia Mesyuarat,
(Nur Aminah binti Hassanuddin)
SK(F) Bandar Baru Serting.

6
7

You might also like