You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN POS RAYA

‫سكوله كبڠسأن ڤوس راي‬


31300 KG. KEPAYANG, PERAK
KOD SEKOLAH : ABA2047
TEL : 019-5596468

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECEMERLANGAN TAHUN 6


BIL 1/2018

Tarikh: 18 Januari 2018 (Khamis)


Masa: 1.50 petang
Tempat: Makmal Bestari SK Pos Raya
Kehadiran: 1. En. Azmi bin Mat Adam (Guru Besar)
2. En. Fadzir bin Shaharuddin (PK Pentadbiran)
3. En. Zaharuddin bin Azhari (PK HEM)
4. Pn. Rohana binti Ngah Abdul Samat (PK Kokurikulum)
5. En. Fariddudin bin Ramli (Penyelaras)
6. En. Muhammad Faris bin Makhtarudin (Setiausaha)
7. En. Mohd Nizamuddin bin Ramli
8. En. Syahrul Izwan bin Abd Aziz
9. En. Mohd Shahidin bin Abu Nazri
10. En. Mohd Syukri bin Sulaiman
11. Pn. Intan Farnisa binti Mohd Hashim
12. Pn. Nurul Ainaamira binti Mohd Nor Rashidi
13. Pn. Khairun Najwa binti Zaradi
14. En. Shamsul Faizal bin Absan Shiary
15. En. Mohamad Zaizi bin Zainal

1. Ucapan Pengerusi
1.1. PK Pentadbiran mengalukan kedatangan semua guru ke mesyuarat jawatankuasa
kecemerlangan UPSR bilangan 1 bagi tahun 2018.
1.2. Tujuan mesyuarat kali ini ialah untuk merancang dan membincangkan program-
program kecemerlangan tahun 6 yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018.
1.3.Guru-guru perlu peka dengan transformasi pendidikan yang sentiasa berkembang
antaranya:
1.3.1. Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).
1.3.2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
1.3.3. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).
1.4. Fokus PAK21 bermula tahun ini ialah Pengajaran dan Pemudahcaraan (pdpc)
abad ke-21 berbanding sebelumnya yang lebih memfokuskan infrastruktur abad
ke-21.

2. Ucapan Penasihat
2.1. Guru merupakan agen perubahan dan pelaksana dasar yang perlu sentiasa patuh
kepada arahan pihak atasan.
2.2. Guru diaharap tidak tertekan dan sentiasa mengikuti perkembangan sistem
pendidikan negara.
2.3. Tahniah dan syabas kerana telah bekerjasama dalam merealisasikan pendidikan
murid Orang Asli yang menunjukkan hasil yang baik seperti peningkatan dalam
LiNus, Pemulihan Khas dan UPSR.
2.4. Kebanyakan program yang dilaksanakan sebenarnya telah mengamalkan PAK21
dan kolaborasi yang baik antara guru.
2.5. PPSR melibatkan banyak komponen iaitu:
2.5.1. Pentaksiran Bilik Darjah.
2.5.2. Penilaian Berpusat.
2.5.3. PAJSK:
2.5.3.1.Kokurikulum
2.5.3.2.Segak (Tahun 4, 5 dan 6)
2.5.4. Psikometrik.

3. Kewangan
3.1. Sumber utama kewangan program kecemerlangan ialah sumbangan RM100 dari
semua ibu bapa murid tahun 6 selain sumbangan dari pihak luar seperti Yayasan
Orang Asli.

4. Program Kecemerlangan UPSR 2018


4.1. Penyelaras membentangkan program kecemerlangan UPSR 2018. (Lampiran A)
4.2. Perancangan program telah diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

5. Kelas Tambahan
5.1. Kelas tambahan tahun 6 akan melibatkan hanya 15 orang murid target lulus
sahaja. (Lampiran B)
5.2. Hanya 4 orang guru terlibat mengajar kelas tambahan bagi setiap mata pelajaran
kecuali mata pelajaran Bahasa Inggeris yang melibatkan 3 orang guru (Lampiran
C).
5.3. En. Mohammad Zaizi bin Zainal akan mengajar kelas tambahan Matematik
manakala tempat beliau untuk mengajar Bahasa Melayu akan digantikan oleh guru
lain.
5.4. Kelas tambahan akan bermula pada 29 Januari 2018 iaitu selepas program
Pemuafakatan Waris Tahun 6.

6. Pemuafakatan Waris Tahun 6


6.1. Program Motivasi Ibu Bapa/Murid dan Akujanji Tahun 6 akan diadakan pada 25
Januari 2018 (Khamis).
6.2. JAWATANKUASA PELAKSANA:
i) Pendaftaran: Pn. Intan Farnisa binti Mohd Hashim
ii) Persiapan Tempat/PA Sistem: En. Mohd Nizamuddin bin Ramli
iii) Pengacara Majlis: En. Mohamad Zaizi bin Zainal
iv) Jemputan ibu bapa: En. Fariddudin bin Ramli
v) Jemputan Penceramah: En. Azmi bin Mat Adam
vi) Jamuan: En. Mohd Shahidin bin Abu Nazri
vii) Disiplin & Kawalan Murid: En. Syahrul Izwan bin Abd Aziz
viii) Jurugambar: En. Mohd Syukri bin Sulaiman
ix) Laporan: En. Muhammad Faris bin Makhtarudin

6.3. Aturcara Program:


7.30 PAGI : Pendaftaran ibu bapa/penjaga dan murid
7.45 PAGI : Murid dan ibu bapa/penjaga memasuki Makmal TMK
8.15 PAGI : Ucapan aluan oleh En. Azmi bin Mat Adam (Guru Besar)
8.45 PAGI : Motivasi Murid dan Ibu bapa oleh Penceramah Jemputan
10.00 PAGI : Akujanji UPSR 2018
10.15 PAGI : Jamuan dan bersurai

7. Seminar dan Teknik Menjawab Soalan UPSR


7.1. Akan dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada:
7.1.1. 22 Februari 2018
7.1.2. 1 Mac 2018
7.1.3. 29 Mac 2018
7.2. Penceramah akan melibatkan guru dan penceramah jemputan mengikut
kesesuaian dan kepakaran.

8. Ucapan Penangguhan
8.1. PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan
berharap agar program yang telah dirancang dapat dijalankan dengan penuh
jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................. .............................
(MUHAMMAD FARIS BIN (EN. FADZIR BIN SHAHARUDDIN)
MAKHTARUDIN) Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha Kecemerlangan Tahun 6

Disahkan oleh,

.............................
(ENCIK AZMI BIN MAT ADAM)
Guru Besar

You might also like