You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid(HEM) bil 1/2021

Sekolah Kebangsaan Kuala Gula 34350 Kuala Kurau, Perak.

Tarikh : 18 Januari 2021

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Makmal Komputer SK Kuala Gula

Kehadiran :

1. En. Mohd Azmi bin Sadar (Guru Besar)


2. En. Ahamad Fasial bin Abdullah (PK Pentadbiran)
3. Pn. Siti Normala binti Adris (PK HEM)
4. En. Mohd Rizuan bin Saad (PK Ko-kurikulum)
5. En. Ghazali b. Abdul Rahman
6. En. Mohamad Fahruddin b. Mohd Fazain
7. En. Mohamad Amsyar
8. En. Azizul Ziad bin Burhannudin
9. En. Suhaimi bin Abd. Latif
10. En. Rosfizal bin Che Pi
11. En. Aspiyah Mahyus bin Ahmad
12. En. Burhanuddin b. Hj. Ismail
13. En. Abdullah bin Ya
14. Pn. Fadhilah binti Jamaluddin
15. Pn. Zainilawati binti Kamaruddin
16. En. Mohamad Daim bin Samsudin
17. En. Mohamad Naim bin Zakaria
18. Pn. Noriah bt. Mokkiri
19. Pn. Zuria binti Mohd Saad
20. En. Mohamad Suraimi
21. En. Abdul Aziz bin Yusof

Tidak hadir :

1. En. Mohd Rosli bin Mohd Saad


1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1. Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam
mesyuarat Hal Ehwal Murid bil. 1 bagi tahun 2021.
1.2. Pengerusi meminta guru untuk menandatangani kehadiran ke mesyuarat HEM
bil.1/2021.
1.3. Pengerusi mempersilakan tuan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan Alu-aluan
dalam mesyuarat HEM tersebut.

2. UCAPAN ALU-ALUAN
2.1. Pengerusi memaklumkan agar semua guru membuat pembacaan semua mengenai
dasar-dasar kerajaan dalam sektor Pendidikan. Guru besar turut memohon agar semua
guru dapat membuat pembacaan terhadap semua surat pekeliling ikhtisas(SPI) serta
panduan am sekolah.
2.2. Guru besar memohon semua guru dan staf untuk memberi perhatian kepada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) yang sudah mengikuti fasa ke-2.
2.3. Budaya memantau kawasan sekolah setiap hari oleh guru yang bertugas adalah
penting bagi memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang selamat setiap
hari.
2.4. Guru besar turut memaklumkan bahawa kemungkinan besar sesi persekolahan akan
ditangguhkan. Apa-apa pun pihak sekolah menunggu keputusan KPM dan juga
Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


3.1. Minit mesyuarat bil.4/2020 telah dibentangkan dan :
3.1.1. Cadangan disahkan oleh : En. Abdullah bin Ya
3.1.2. Cadangan disokong oleh : En. Mohamad Rosfizal bin Che Pi

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada

5. FOKUS MESYUARAT
5.1. Guru Penolong Kanan HEM menyampaikan harapan beliau agar semua guru kelas
dapat menjalankan aktiviti keceriaan dengan menyediakan beberapa perkara sebelum
sekolah di buka. Antara perkara tersebut ialah :
5.1.1. Jadual waktu kelas
5.1.2. Jadual tugas murid
5.1.3. Keceriaan kelas
( Tindakan : Semua Guru Kelas )

5.2. Bimbingan dan Kaunseling


5.2.1. Antara program bimbingan kaunseling yang dilaksanakan oleh sekolah ialah ;
5.2.2. Program guru penyayang
5.2.3. Ziarah cakna / Segulaan perihatin
5.2.4. Program mentor da mentee di setiap akhir bulan bermula Februari
5.2.5. Pentaksiran psikometrik
5.2.6. Amalan baik setiap murid perlu diisi dalam SSDM.
5.3. Disiplin dan Pengawas Sekolah.
5.3.1. Kursus kepimpinan kecil pada bulan Januari/Februari.
5.3.2. Perjumpaan pengawas sebulan sekali.
5.3.3. Mengadakan spot check setiap hari isnin dilaksanakan setiap hari.
5.3.4. Mematuhi jadual bertugas pengawas.
5.3.5. Pengawas yang bermasalah boleh dilucutkan jawatan.
5.3.6. Semua pengawas sekolah adalah merupakan Ahli Kelab Pencegahan Jenayah
Peringkat Sekolah.
5.3.7. Pihak sekolah akan meneruskan agenda dan program untuk menangani
masalah disiplin terutama ponteng sekolah dan melanggar peraturan sekolah.
5.3.8. Taklimat disiplin dalam setiap perhimpunan rasmi hari isnin.
5.3.9. Penghargaan kepada pengawas yang cemerlang akhlak. Anugerah sahsiah
terpuji bulanan akan diperluaskan kepada murid lain.
5.4. Program 4K (Kebersihan/Keselamatan/Keceriaan/Kebajikan)
5.4.1. Pertandingan keceriaan bilik darjah
5.4.2. Keceriaan bilik-bilik khas- seperti bilik rawatan dan bilik kaunseling
5.4.3. Memastikan tandas sentiasa dalam keadaan harum dan wangi. Perkerja swasta
perlu memastikan keadaan tandas sentiasa bersih dan wangi.
5.4.4. Aktiviti menghijaukan kawasan sekolah. Program sekolah hijau ataupun go
green akan dilaksanakan.
5.4.5. Aktiviti gotong-royong perdana- bertujuan untuk memastikan kawasan sekolah
selamt daripada nyamuk aedes.
5.4.6. Meletakkan dan menggantung banner dan juga bunting berkenaan covid-19
dan pelaksanaan normal baharu.
5.5. Kehadiran murid
5.5.1. Peratus kehadiran tahun 2019 : 94.36% peratus keseluruhan
5.5.2. Peratus kehadiran tahun 2020 : 87.95 % peratus keseluruhan
5.6. Rancangan Kesihatan Murid
5.6.1. Penyediaan awal buku kesihatan murid.
5.6.2. Program dan perkhidmatan kesihatan, rawatan dan imunisasi.
5.6.3. Menyediakan dan menyelenggara bilik rawatan
5.6.4. Seorang guru perlu bertugas semasa rawatan sedang dijalankan.
5.6.5. E-RKM (apdm) – mohon semua gur kelas mengisi tingi dan berat murid dalam
e-RKM bagi setiap tahun.
5.7. Kantin Sekolah
5.7.1. Pengusaha kantin masih lagi kekal iaitu : Encik Mohd Shahidan bin Hamzah
iaitu pada tempoh 2020 hingga 2022.
5.7.2. AJK kantin mestilah sentiasa peka dengan keadaan semasa dan perjalanan
kantin sekolah terutamanya kebersihan, garis panduan pekerja, penyediaan
makanan dan harga serta kualiti makanan di kantin.

5.8. Pelaksanaan RMT 2021


5.8.1. Pelaksanaan RMT dilaksanakan bermula pada hari pertama persekolahan iaitu
bermula 20 Januari 2021 iaitu melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6 dan juga
PPKI.
5.8.2. Rmt akan diberi pada waktu rehat. Justeru itu, guru yang berada di dalam
kelada sebelum waktu rehat perlu berada bersama murid makan pada waktu rehat
di dalam kelas. Manakala guru yang mengajar selepas waktu rehat perlu
memastikan murid membersihkan kawasan meja mereka terlebih dahulu sebelum
PDP bermula.
5.8.3. Murid-murid yang layak menerima RMT adalah mengikut ketetapan berikut :
Gaji RM 604.00 / Perkapita RM 151.00
5.8.4. Jumlah murid yang menerima RMT bagi tahun 2021 ialah seramai 54 orang:
47 murid perdana / 7 murid ppki
5.9. Aplikasi Pengurusan Data Murid(APDM)
5.9.1. Makluman yang perlu dikemaskini sekurang-kurangnya 2 kali setahun oleh
guru kelas
5.9.1.1. Nombor sijil lahir murid
5.9.1.2. Nama penuh murid
5.9.1.3. Darjah / kelas
5.9.1.4. Status warganegara
5.9.1.5. Kaum, bangsa murid
5.9.1.6. Nama penuh ibu bapa dan penjaga
5.9.2. Guru kelas perlu mengisi kehadiran murid secara online di dalam APDM
sebelum pukul 10.00 pagi setiap hari.
5.10. Keselamatan murid sewaktu di sekolah. Semua guru perlu sentiasa memastikan
murid berada dalam keadaan selamat sewaktu berada dalam kawasan sekolah.
(Tindakan : Semua Guru)
5.11. Penolong Kanan HEM memohon agar semua guru Jawatankuasa untuk
melengkapkan maklumat dalam fail HEM yang telah disediakan. Mohon untuk
mengemaskini semua maklumat di dalam fail.
(Tindakan : Semua Guru)
5.12. Setiap minggu guru perlu mengadakan ataupun menyebarluaskan kepada murid
maklumat mengenai pencegahan dadah.
(Makluman : Semua Guru )

6. HAL-HAL LAIN
6.1. Memberi makluman kepada guru yang bertugas pada minggu pertama untuk
menjalankan Program Guru Penyayang dan menjalankan tugas mengelolakan
perhimpuan pada hari pertama.
6.2. Meminta En. Ghazali bin Abdul Rahman untuk menyediakan lencana untuk dijual
kepada murid-murid sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan berlangsung.
(Tindakan : Guru Koperasi )
7. PENUTUP
7.1. Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan tugas masing-masing dan lebih
bersemangat untuk mengharungi tahun 2020 dengan jayanya.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ...................................................

(MOHD FAHRUDDIN BIN MOHD FAZAIN) (PN SITI NORMALA BINTI ADRIS)
Setiausaha HEM. Penolong Kanan HEM.

You might also like