You are on page 1of 3

DIALOG PRESTASI KHAS BIL 1

BERSEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tarikh : 11 Mei 2020 (Isnin)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman Masing-masing

KEHADIRAN :

1. Pn. Asnah Binti Hamid (Guru Besar) 17. En. Mohd Sabri Bin Mat Jede
2. En. Mohd Raffi Bin Abu Bakar (GPKP) 18. Pn. Sariah Binti Ahmad
3. En. Fong Mun Hin (GPK Ko-kurikulum) 19. Pn. Nor Ashikin Binti Samah
4. Cik Suraiya Binti Tajuddin 20. En. Mohd Zakkuan Bin Amir Pazar
5. Pn. Nazian Binti Mohamed Zain 21. Pn. Rayuza Binti Mohd Ideris
6. En. Kan Kok Soon 22. Pn. Farah Hayati Binti Ab. Rahim
7. Pn. Norazah Binti Daud 23. En. Syahrizal Bin Jahaffar
8. Pn. Sarinah Binti Mohd Ali 24. Cik Jessica Tay
9. En. Mohd Khairy Bin Mohd Zaki 25. En. Yahya Bin Sidek
10. En. Mohd Tahir Bin Harun 26. Pn. Rozinah Binti Mat Jizat
11. En. Abdullah Suib Bin Harun 27. En. Ganesan A/L Thayalan
12. Pn. Rosenisah Binti Abu Seman 28. Pn. Harnida Binti Md. Nor
13. Pn. Razila Binti Azhar 29. Pn. Nor Mawati Binti Shaari
14. Pn. Maznah Binti Adam 30. Pn. Wan Madzidah Binti Abu Hassan
15. Pn. Salwah Binti Hashim 31. Pn. Manisah Binti Mansor
16. Pn. Mawaddah Binti Na’aim

AGENDA :

1.0 Ucapan Guru Besar

1.1 Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Walaubagaimanapun, guru yang terkandas di
kampung sendiri atau di kampung pasangan diminta pulang ke alamat stesen bertugas untuk
membantu rakan-rakan guru membuat persiapan pembukaan semula sekolah. Guru bolehlah
memohon kebenaran untuk pulang dengan menggunakan Aplikasi Gerak Malaysia.

1.2 Guru dibenarkan hadir ke sekolah dan perlu memaklumkannya kepada Guru Besar jika ada
keperluan yang ingin diambil.

1.3 Beliau memperkenalkan GPK Hal Ehwal Murid yang baru iaitu En. Rafee Bin Ibrahim.

1.4 Guru diingatkan agar mencapai minimum 42 jam mata kredit dalam SPL KPM. Beliau
mengucapkan tahniah kepada guru yang telah mencapai target tersebut. Bagi yang belum
mencapai target minimum, guru dicadangkan agar mengikuti latihan atas talian atau
pembacaan buku. Book review, sijil atau laporan perlulah dihantar kepada Setiausaha LDP
sebagai bukti atau untuk kegunaan audit.

1.5 Penilaian PBPPP adalah berterusan sepanjang tempoh PKP ini. Pegawai Penilai 1 (PP1)
bagi Fasa 1 adalah En. Raffi dan En. Fong Mun Hin. Guru diminta membuat sedikit
pembetulan pada Borang PBPPP masing-masing. Antaranya :

 Setiap target perlu ada peratusan dan tempoh masa.

 Target mestilah bukan sesuatu yang sememangnya tugas rutin guru.


 Target mestilah sesuatu yang mendatangkan keberhasilan kepada sekolah.

 Target kehadiran murid mestilah melebihi 95%.

1.6 Penilaian PBD murid juga berterusan sepanjang tempoh PKP ini.

 Guru digalakkan memberi tugasan dalam bentuk Google Form kepada murid. Respon
daripada murid bolehlah disimpan sebagai eviden.

 Sekiranya guru kurang mahir menggunakan ICT dan tidak dapat menyediakan Google
Form sendiri, guru juga boleh menggunakan medium lain seperti Youtube, mengambil
gambar Buku Teks dan menghantar tugasan melalui Aplikasi Whatsapp.

 Tugasan yang diberikan mestilah boleh dijayakan oleh murid dan boleh diakses oleh ibu
bapa. Dikhuatiri ada segelintir ibu bapa yang tidak mahir menggunakan ICT.

 Penyertaan murid dalam program anjuran panitia juga boleh dinilai.

2.0 Ucapan GPK Pentadbiran

2.1 Markah dan analisa ujian Tahun 5 dan Tahun 6 telah diterima.

2.2 Beliau akan menyediakan jadual pemberian tugasan untuk murid-murid bagi tarikh 13 – 22
Mei 2020. Jadual tersebut akan dikongsi dalam Aplikasi Telegram.

2.3 Beliau akan membuat review dan sedikit pembetulan Borang PBPPP bagi PYD yang berada
bawah penyeliaannya.

3.0 Ucapan GPK Ko-kurikulum

3.1 Unit Ko-kurikulum telah menganjurkan Pertandingan Video Pendek dan hanya menerima satu
penyertaan sahaja. Oleh itu, beliau berharap agar guru kelas dapat mewarwarkan lagi
mengenai pertandingan tersebut.

3.2 Sukan Tahunan Sekolah terpaksa ditunda kerana PKP ini.

3.3 PAJSK : Data bagi kelab/persatuan telah dikemaskini. Bagi unit beruniform ianya masih
tertangguh kerana belum menerima Buku Laporan.

4.0 Hal-hal Lain

4.1 Antara persediaan untuk pembukaan semula sekolah :

 Rombakan jadual bertugas mingguan guru. Bilangan guru dalam seminggu akan
ditambahkan. Sekurang-kurangnya dua orang guru di setiap laluan masuk sekolah bagi
mengendalikan pemeriksaan suhu badan dan penyemburan bahan sanitasi.

 Mengurangkan aktiviti perhimpunan. Sekiranya perlu, pihak sekolah perlu memastikan


berlakunya pematuhan SOP.

 Jadual waktu akan disusun semula agar sesi rehat dapat dijalankan sebanyak 3
peringkat.
 Susunan murid di dalam kelas perlulah adanya penjarakan sosial.

 Guru perlu memantau penggunaan tandas murid.

4.2 Bagi guru-guru Tahun 6, walaupun UPSR telah dibatalkan, guru-guru perlulah bersedia untuk
pentaksiran lain seperti PBD.

4.3 Murid-murid yang menghantar tugasan boleh direkodkan sebagai amalan baik dalam SSDM
kerana menjayakan program sekolah.

4.4 Panitia diminta bermesyuarat dan merancang aktiviti dan penggunaan wang PCG. Panitia
boleh menganjurkan pertandingan sepanjang tempoh PKP dan membuat kertas kerja bagi
menggunakan wang PCG. Wang PCG adalah untuk kegunaan tahun semasa.

4.5 Guru diingatkan agar memberi tugasan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan dan
pastikan ianya dihantar pada masa yang sesuai. Guru diminta membuat catatan murid yang
menghantar tugasan dan kekangan murid yang tidak dapat menyelesaikan tugasan.

4.6 Guru tidak perlu membuat e-rph atau memberi tugasan sepanjang tempoh cuti sekolah.
Hanya perlu dicatatkan sebagai cuti sekolah atau cuti PKP.

Ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

Disediakan oleh :

...............................................
(SURAIYA BINTI TAJUDDIN)
Setiausaha Kurikulum,
SK Bandar Hilir, Melaka.

You might also like