You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH

JALAN THEAN TEIK


AYER ITAM, PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 3 / 2021

TARIKH: 20 MEI 2021


MASA: 10:00 PAGI
HARI: KHAMIS
TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING (GOOGLE MEET)

Kehadiran:

1. En. Ahmad Kaber Bin K. Ismail (Guru Besar)


2. En. Patrick Charles a/l Anthony Dass (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn. Nariza binti Abdullah (Penolong Kanan HEM)
4. En. Nantha Kumar a/l Rajenthiran (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. En. Zulkifli bin Moksin
6. Pn. Sri Devi a/p Apparao
7. Pn. Arina Wahidah binti Azizan
8. Cik Nur Diyana binti Noordin
9. Pn. Vivitha binti Said Amir
10. Pn. Ainur Nazura binti Mohd Joni
11. Pn. Norita binti Yusof
12. Pn. Norliza binti Abdul Aziz
13. En. Adnan bin Abd. Halim
14. En. Muhammad Mursyid bin Hithayathulla
15. Cik Noor Ina Shafiza binti Ismail
16. Pn. Jamnatul ‘Amar binti Basri
17. Pn. Ruhaida binti Mansor
18. En. Ong Chin Wei
19. En. Mior Qayyum Naim bin Mior Tajal Ariff
20. En. Ramkumar a/l Manisakaram
21. Pn. Yeap Gaik Choo
22. Pn. Maitthili a/p Subramaniam

1
23. En. Muhammad Ridha bin Rahimi
24. Pn. Hasmaniza binti Haron
25. Pn. Jothimani Sinnapillay @ Krishnan
26. Pn. Fatimah binti Samsudin
27. Pn. Noraidah binti Mat Jini
28. Pn. Norhamiah binti Mohd Salleh
29. Pn. Rabaiyah binti Yahaya
30. Pn. Noor Fadzilah binti Abd Hamid
31. Cik Zarina binti Mat Said
32. Pn. Zabedah binti Mohammad
33. En. Muhammad bin Maliki
34. Pn. Norashikin binti Othman
35. En. Mohd Nazir bin Rosli
36. En. Syed Mohd Khairi bin Syed Hasbullah
37. Pn. Norwanishah binti Ahmad
38. Cik Thurgaiammbal a/p Muniandy
39. En. Ahmad Uzaimi bin Abdul Mutalib
40. Pn. Intan Norliana binti Mohd Shukri

Tidak Hadir (Dengan Maaf)


1. Pn. Thamilvaani a/p Thilahar
2. Cik Zuraydah binti Aboo Bakar @ Abu Bakar

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Amanat Guru Besar
5. PK Pentadbiran
6. PK Kokurikulum
7. Hal-Hal Lain

2
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Encik Kaber selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada
semua yang menyertai mesyuarat guru secara dalam talian melalui Google
Meetpada kali ini.Beliau juga mengharapkan semua guru sentiasa mematuhi
segala Standard Operating Procedure (SOP) yang berkaitan dengan covid-19
serta menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


Dicadang:Pn. Jothimani Sinnapillay
Disokong: Pn Rabaiyah Binti Yahaya

3. Perkara Berbangkit

3.1 eRPH tidak perlu dibuat sepanjang PdPR

4. Amanat Guru Besar Berkaitan SPdPR


4.1 Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah atau SPdPR dibina
oleh KPM sebagai penambahbaikan sistem Google Form sebelum ini.
4.2 Perkara-perkara yang diisi sebelum ini di dalam Google Form sebenarnya adalah
sama cuma ia lebih stabil bagi memudahkan pihak sekolah, JPN dan KPM
memantau dan membuat analisis berkaitan PdPR.
4.3 SPdPR merupakan aplikasi pelaporan secara dalam talian dan boleh diakses
menggunakan peranti desktop, komputer riba, telefon bimbit dan tablet dan
sebarang pelayar seperti Google Chrome, Mozila Firefox, Microsoft Edge, dan
Safari untuk mengisi SPdPR.
4.4 Tindakan utama Penolong Kanan Pentadbiran perlu daftar masuk ke SPdPR
dengan mendaftar masuk semua kelas sebelum guru boleh membuat pengisian
laporan.
4.5 Tempoh Pengisian SPdPR wajib diisi oleh semua guru selepas melaksanakan
PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah.
4.6 JPN/PPD/PGB/PKP boleh membuat pemantauan pelaporan PdPR melalui sistem
ini.
3
4.7 Admin sekolah bagi SPdPR iaitu cikgu Zulkifli merupakan guru yang dilantik
bagi membantu pihak sekolah .
4.8 Data guru akan diambil dari e-operasi dan akan dikemaskini oleh JPN secara
bulanan.
4.9 Tarikh penting persediaan Penggunaan SPdPR adalah Khamis 20 Mei 2021
hingga Jumaat 23 Mei iaitu Taklimat JPN kepada Guru Besar dan PKP serta
taklimat kepada guru pada 21 Mei manakala guru boleh mula mengisi SPdPR
pada Isnin 24 Mei selepas PdPR selesai dijalankan.
4.10 Laman sesawang yang digunakan adalah http://sppenang.moe.gov.my

5. PK Pentadbiran
5.1 SPdPR telah dibangun oleh KPM untuk tujuan pengisian rekod setiap kali cikgu
ada PdPR mengikut jadual yang telah diedarkan.

5.2 Layari laman sesawang http://sppenang.moe.gov.my

5.3 Guru perlu masukkan ID pengguna dan kata laluan .

5.4 ID pengguna perlu masukkan nombor KP tanpa perlu ada tanda sempang

manakala kata laluan ialah 6 digit terakhir kad pengenalan.

5.5 Masukkan Kod keselamatan dan klik butang masuk.

5.6 Laman seterusnya tukar kata laluan di mana cikgu perlu tukar kata laluan . User

Name masih sama. Tukar kata laluan bergantung kepada guru untuk

menggunakan kriteria yang ditetapkan iaitu mengandungi sekurang-kurangnya

8 aksara iaitu kombinasi huruf kecil , huruf besar dan nombor.

5.7 Paparan pilih pautan : Sistem Pelaporan PdPR harian , klik serta masukkan ID

DELIMA.

5.8 Guru perlu mengikuti langkah demi langkah semasa proses pengisian maklumat

seperti maklumat kelas iaitu kelas aliran perdana serta bilangan murid.

5.9 Bagi guru-guru yang mengajar kelas agama, PKP telah menetapkan semua kelas

4
iaitu 1B/1G/1U sebagai kelas agama dan guru yang terlibat hanya perlu klik

sahaja.

5.10 Bagi guru Pendidikan Moral pula, klik kelas 1B/1G/1U pada Pendidikan Moral.

Bagi Bahasa Arab , guru terlibat diminta menggunakan kelas agama sebagai

contoh Bahasa Arab IB gunakan 1B sebagai kelas agama kerana jumlah murid

adalah sama.

5.11 Mata pelajaran BCSK klik BCSK begitu juga dengan BTSK klik 1B/1G /1U.

Apabila klik akan ada di situ bilangan murid dan isi seperti Goole form sebelum

ini.

5.12 Guru-guru diingatkan agar tidak menekan butang Offsite semasa pengisian

kerana tidak berkaitan.

5. 13 Semua maklumat perlu diisi dengan lengkap sebelum pukul 6 petang kerana jika

tidak ia akan masuk pada rekod hari yang berikutnya.

5.14 Jadual Modul yang telah diedarkan perlu dilengkapkan dengan baik supaya

tidak berlaku masalah di mana ibubapa tidak dapat membantu anak mereka

kerana maklumat seperti buku dan lembaran kerja serta muka surat tidak

dinyatakan dengan jelas.

6. PK KOKURIKULUM

6.1 Guru-guru yang mengisi borang kenaikan pangkat , perlu muatnaik borang
kriteria kecemerlangan 1A untuk DG41- 44.
6.2 Panduan untuk mengisi borang ada di bahagian bawah portal dan ada disediakan
skor markah penilaian kriteria kecemerlangan.

5
7. Hal-Hal Lain
7.1 Hubungi Admin jika menghadapi masalah dalam SPdPR. Tolong jangan diamkan
diri.
7.2 Guru diharapkan agar bersedia dari semasa ke semasa untuk menjalankan PdPR
dan beri bimbingan kepada murid menerusi modul yang diberikan.
7.3 Guru-guru tidak digalakkan hadir ke sekolah selama dua minggu ini kecuali ada
urusan penting seperti urusan kenaikan pangkat .
7.4 Memandangkan kes covid 19 dilihat semakin meningkat, guru-guru dan panitia
diharap dapat merancang dari sekarang apakah persediaan PdPR yang akan
dijalankan sekiranya keadaan ini berterusan.
7.5 KPM memberi kebebasan kepada guru untuk menjalankan aktiviti PdPR yang
sesuai asalkan ia tidak membebankan guru dan murid.
7.6 Kehadiran guru semasa PdPR hanya dibenarkan 30 % sahaja .Sebarang aktiviti
tidak dibenarkan untuk dijalankan. Jika ada urusan kecemasan dan sebagainya,
perlu dimaklumkan kepada pentadbir supaya tidak timbul masalah kemudiannya.
7.7 Sekolah telah menghantar dua orang guru mengikuti kursus JOM ICT iaitu cikgu
Zulkifli dan cikgu Norwanishah.
7.8 Pegawai PPD PdPR sekolah ialah En, Tamrin yang akan melihat data bersama
pegawai SISC+. Sekiranya cikgu ada masalah boleh berhubung dengan pihak
pentadbir.

7.9 Guru Kaunseling tidak perlu mengisi SPdPR kerana tidak terlibat dengan PdP

sebaliknya isi seperti biasa menggunakan e-laporan yang akan disahkan oleh Guru

Besar.

7.10 Guru-guru diingatkan agar kekal di rumah dan patuhi SOP sekiranya ada urusan

yang perlu diselesaikan di luar.

7.11 Mohon kerjasama semua guru sentiasa melihat maklumat terkini dan aplikasi

whatsapp dan teleguru untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Disediakan oleh:

6
Puan Ainur Nazura binti Mohd Joni
Setiausaha Mesyuarat Guru,
SK Seri Indah

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:45 pagi.

You might also like