You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH

21700 Kuala Berang ,Terengganu Darul Iman

TAKLIMAT PENGAJARAN DAN PENGAJARAN DI RUMAH 2.0 2021

Tarikh : 21 Februari 2021 (Ahad)

Masa : 8.45 pagi

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : Pn. Erniwati Binti Mohamad

KEHADIRAN :

Hadir :
1. Nik Aliza Binti Wan Mohd Mohayidin
2. Erniwati binti Mohamed
3. Abd Rahman bin Mohamad
4. Zamijan bin Ismail
5. Rosnizal binti Mohamed
6. Sakinah binti Ali
7. Fatimah binti Mohamad
8. Nazatul Hashima bt Md Razali
9. Siti Nor Azlina Binti Mohamad Nor
10. Tuan Nuraznida Binti Tuan Ngah
11. Mohd Ridhwan bin Omar
12. Gaddafi bin Alias
13. Mohd Nasir bin Kassim
14. Zalina binti Abd Wahab
15. Norma binti Mokhtar

Tidak Hadir:
1. Zulkifli Bin Ismail (cuti sakit)
2. Abdul Halim bin Isa
AGENDA :
1. Kata alu-aluan pengerusi
2. Jadual PDPR versi 2.0
3. Hal-hal lain
4. Penutup

1.0 Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Cikgu Erniwati Binti Mohamed memohon guru-guru bersedia menghadapi


PDPC norma baharu. Semua guru perlu bekerjasama untuk memastikan perjalanan
PDPR berjalan lancar.
1.2 Murid akan mula bersekolah secara bersemuka pada 1 Mac 2021 untuk murid
pra sekolah, tahun 1 dan tahun 2. Manakala murid tahun 3 hingga 6 mula bersekolah
mulai 8 Mac 2021. Murid tahun 3 hingga 6 masih lagi mengikuti pembelajaran secara
online iaitu, PDPR. Seperti kita sedia maklum, banyak kekangan pembelajaran
secara online. Lebih baik belajar secara bersemuka. Oleh itu, cikgu perlu
mengingatkan murid tentang SOP. Guru akan mula datang ke sekolah mulai 1 Mac
2021.
1.3 Jadual PDPR 2.0 perlu cukup unit seminggu mengikut masa setiap mata
pelajaran. Tuan PPD, En Fendi telah memberi taklimat secara menyeluruh kepada
GPK 1. Guru boleh menggunakan buku teks dan buku aktiviti, tidak perlu
menyediakan modul seperti sebelum ini. Guru boleh dapatkan buku teks naskhah
guru dengan guru SPBT, Ustazah Rosnizal binti Mohamed.

2.0 Jadual PDPR versi 2.0

2.1 Guru perlu melaksanakan PDPR mengikut jadual yang terbaharu. Setiap sesi
pengajaran perlu ada tajuk, objektif, set induksi, isi pengajaran dan tutorial (latihan).
2.2 Guru akan mula menulis e-RPH mengikut jadual PDPR 2.0 mulai 23 Mac
2021. Jika hari tiada T (Tutorial), guru tidak perlu beri latihan kepada murid. Guru
boleh memberi penerangan kepada murid sahaja.
2.3 Jika ada lambang ‘G’ dalam jadual guru, mewakili guru ganti. Masa tersebut
akan diambil oleh guru ganti yang bakal menggantikan Cikgu Zulkifli bin Ismail yang
sedang cuti sakit.
Tindakan : Untuk makluman
3.0 Hal-hal lain
3.1 Jika terdapat sebarang perubahan mengenai jadual waktu, pihak pentadbiran
akan maklumkan kepada guru secepat ,mungkin.
3.2 Waktu PdP akan bermula pukul 7.45 pagi mulai 1 Mac 2021. Murid boleh
hadir ke sekolah mulai 7.15 pagi. Manakala guru perlu hadir ke sekolah paling lewat
sebelum pukul 7.35 pagi. Waktu pulang bagi guru adalah pada pukul 2.00 petang.
3.3 Bagi murid tahun 1, program transisi masih lagi berlangsung sehingga 29 Mac
2021. Guru yang terlibat dengan transisi boleh mula menyelitkan isi kandungan
pembelajaran mata pelajaran masing-masing. Tidak terhad pada modul transisi
semata-mata.
3.4 Program RMT akan bermula 1 Mac 2021 mengikut SOP yang ditetapkan
sebelum ini iaitu, murid perlu makan di dalam kelas. Terdapat perubahan urusan
pembelian makanan, pada tahun ini guru tidak perlu mengambil tempahan, murid
perlu beratur ke kantin dan membeli makanan yan telah dibungkus. Manakala murid
yang terima RMT akan mengambil makanan di kantin juga.
3.5 Pada 28 Februari 2021, murid akan menghantar modul dan mengambil tag
nama QR code untuk penggunaan di sekolah.

Tindakan : Semua guru

5.0 Penutup
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana semua guru menyumbang idea
untuk memastikan perjalanan pembukaan semula sekolah berjalan lancar dan
menggunakan jadual PDPR versi 2.0.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

................................. ...................................
Siti Nor Azlina binti Mohamad Nor Erniwati Bt Mohamed
Setiausaha Kurikulum , Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Sungai Buloh. SK Sungai Buloh.

You might also like