You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT STAF BIL.

1 2021

Masa : 9.00 pagi


Hari : Rabu
Tarikh : 20 Januari 2021
Tempat: Lokasi masing-masing (Google Meet)

AGENDA:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
3. Perkara berbangkit
4. Enrolmen staf SKNT 2021
5. Persediaan Persekolahan Sesi 2021
6. Kehadiran Bertugas Staf
7. Program Transisi Tahun 1
8. Latihan SPLG
9. Cuti Persekolahan 2021
10. Cuti KPM-Perayaan
11. Cuti Peristiwa
12. Peruntukan Kewangan KWK
13. Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah
14. Model Pengawalan Keberadaan Murid Di Pintu Pagar
15. Bahan PdPc
16. Hal-hal Lain

HADIR:
1. Cikgu Mikem Anak Longiok – Guru Besar
2. Cikgu Evelyn Anak Jarit – PK Pentadbiran
3. Cikgu Angela Anak Luai – PK HEM
4. Cikgu Terrence Juan Ak. Bundong – PK Kokurikulum
5. Cikgu Christopher Anak Gaing – Guru Pemulihan Khas
6. Cikgu Peter Anak Mack Emcee – Guru Akademik Biasa
7. Cikgu Anchang Anak Empeni – Guru Prasekolah
8. Cikgu Norrizah Binti Lemin – Guru Prasekolah
9. Cikgu Runny Anak Saba – Guru Akademik Biasa
10. Cikgu Amir Asyraff Bin Jamin – Guru Akademik Biasa
11. Cikgu Larry Anak Tandang – Guru Akademik Biasa
12. Cikgu Marissa Maureen Abdullah – Guru Akademik Biasa
13. Cikgu Beatrice Anak Sibuar – Guru Akademik Biasa
14. Christina Kiu Siaw Ling – Guru Akademik Biasa
15. Cikgu Iskandar Shah Bin Ibrahim – Guru Akademik Biasa
16. Cikgu Nur Ella Husna Binti Lebak – Guru Akademik Biasa
17. Cikgu Lawrence Hii – Guru Akademik Biasa
18. Cikgu Zulhilmi Bin Mustapa – Guru Akademik Biasa
19. Ustaz Mohd Izzul Firdaus Bin Abdul Patah – Guru Akademik Biasa
20. Cikgu Mamora Nepok Anak Mege – Guru Akademik Biasa
21. Cikgu Muhd Hisham Bin Husin – Guru Akademik Biasa
22. Cikgu Monica Anak Bangau – Guru Prasekolah
23. Cikgu Audrie Anak Joseph – Guru Akademik Biasa
24. Cikgu Aniss Ting Siew Hee – Guru Akademik Biasa
25. Puan Naja Anak Kilut – Penyelia Asrama
26. Puan Jovita Anak Babai – PPM Prasekolah
27. Puan Sim Siew Ting – PPM Asrama
28. Encik Herman Meringai Anak Aji – PPM Asrama
29. Puan Winny Anak Bayak – PPM Prasekolah
30. Cik Roselind Sentin Anak Menoa – PPM Prasekolah
31. Encik Terrence Anak Lin – Juruteknik Komputer
32. Encik Phillip Anak Andreas Jampie – Pembantu Operasi Pejabat
33. Cikgu Timothy Lim – Guru Akademik Biasa
34. Cikgu Hedya Sasha Binti Abdullah – Guru Akademik Biasa
35. Cikgu Donny Stephen Sekai – Guru Akademik Biasa
36. Cikgu Alice Jonathan – Guru Pemulihan Khas
37. Cikgu Noor Anisah – Guru Akademik Biasa
38. Encik Desmond Buyu Sedin – Pembantu Tadbir

TIDAK HADIR BERSEBAB:


Tiada

LAPORAN DARIPADA GURU BESAR


1. Kata Alu-Aluan Pengerusi
1.1 Cikgu Mikem anak Longiok (Guru Besar) mengalu-alukan kehadiran semua staf ke
Mesyuarat Staf Bilangan 1 bagi tahun 2021.
1.2 Guru Besar mengucapkan selamat datang kepada dua orang guru baharu berpindah ke SK
Nanga Tada iaitu Cikgu Alice Jonathan dan Cikgu Noor Anisah.
1.3 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Cikgu Donny Stephen Sekai di atas kenaikan
pangkatnya.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas


2.1 Pencadang: Cikgu Runny Saba
Disokong: Cikgu Peter Mack Emcee

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit

4. Enrolmen Staf SKNT 2021


4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa enrolmen terkini staf SK Nanga Tada bagi tahun 2021
adalah berjumlah 38 orang.
4.2 Daripada jumlah 38 orang tersebut, guru seramai 29 orang dan 9 orang anggota kumpulan
pelaksana.
Tindakan: Makluman Semua Staf
5. Persediaan Persekolahan Sesi 2021
5.1 Guru Besar mengingatkan semua untuk memastikan kelas, asrama, kerusi ,meja, dewan
makan dan kebersihan persekitaran sekolah dalam keadaan yang baik sebelum sesi persekolahan
2021 bermula.
5.2 Guru Besar mengingatkan Unit HEM untuk memastikan bekalan buku teks adalah
mencukupi untuk kegunaan semua murid-murid sebelum pembukaan sekolah.
Tindakan: Makluman semua staf

6. Kehadiran Bertugas Staf


6.1 Guru Besar mengingatkan jam kehadiran bertugas untuk semua guru sebelum pukul 7.20
pagi kerana PdPc akan bermula tepat jam 7.30 pagi.
6.2 Manakala bagi Anggota Kumpulan Pelaksana mesti hadir ke sekolah tidak lewat daripada
pukul 8.00 pagi.
Tindakan: Makluman semua staf

7. Program Transisi Tahun 1


7.1 Guru Besar memaklumkan bahwa Cikgu Hedya Sasha binti Abdullah merupakan Penyelaras
Program Transisi Tahun 1 sesi 2021 dan semua guru-guru mata pelajaran tahun 1 adalah ahli-
ahlinya.
7.2 Guru Besar memaklumkan bahawa beliau telah menghantar panduan perlaksanaan program
tarnsisi di dalam kumpulan whatsapp untuk rujukan penyelaras dan guru-guru mata pelajaran
tahun 1.
7.3 Guru Besar memaklumkan perlaksanaan program transisi tahun 1 mesti bermula pada 20
Januari 2021.
Tindakan: Makluman semua staf

8. Latihan SPLG
8.1 Guru Besar menetapkan Key Performance Index (KPI) bagi semua staf SK Nanga Tada
mencapai 7 hari berkursus menjelang akhir bulan Julai 2021 iaitu bersamaan mencapai 1 hari
berkursus untuk setiap bulan.
8.2 Guru Besar juga menetapkan supaya SK Nanga Tada menjadi 5 sekolah terawal yang
mencapai 7 hari berkursus di peringkat PPD Kanowit.
8.3 Guru Besar ingin semua staf SK Nanga Tada mencapai sekurang-kurangnya 7 hari berkursus
walaupun JPN Sarawak hanya menetapkan 5 hari sahaja.
Tindakan: Makluman semua staf

9. Cuti Persekolahan 2021


9.1 Guru Besar memaklumkan tarikh-tarikh cuti persekolahan bagi tahun 2021 adalah seperti
dibawah ini:
a) 27 Mac 2021 hingga 4 April 2021 – Cuti Pertengahan Penggal 1
b) 29 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021 – Cuti Pertengahan Tahun
c) 17 Julai 2021 hingga 25 Julai 2021 - Cuti Pertengahan Penggal 2
d) 11 September 2021 hingga 19 September 2021 – Cuti Pertengahan Penggal 2
e) 11 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021 - Cuti Akhir Tahun
Tindakan: Makluman semua staf

10. Cuti Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Perayaan


10.1 Guru Besar memaklumkan tarikh-tarikh cuti perayaan yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti dibawah ini:
a) 10 dan 11 Februari 2021 – Cuti Tahun Baharu Cina
b) 11 dan 12 Mei 2021 – Cuti Hari Raya Aidilfitri
c) 5 November 2021 – Hari Deepavali
Tindakan: Makluman semua staf
11. Cuti Peristiwa
11.1 Guru Besar memaklumkan beliau akan memohon 4 hari cuti peristiwa untuk SK Nanga
Tada seperti dibawah ini:
a) 26 Februari 2021 – Cuti Peristiwa Pesta Tanglung
b) 9 Ogos 2021 – Cuti Awal Muharam
c) 18 Oktober 2021 – Cuti Maulidur Rasul
d) 2 November 2021 – Cuti All Soul’s Day
Tindakan: Makluman semua staf

12. Peruntukan Kewangan KWK


12.1 Guru Besar memaklumkan terdapat 3 panitia yang belum menghabiskan PCG bagi tahun
2020 iaitu Panitia Matematik sebanyak RM144.84, Pendidikan Kesihatan sebanyak RM266.46
dan Pendidikan Seni Visual sebanyak RM561.81.
12.2 Guru Besar juga turut memaklumkan LPBT masih berbaki sebanyak RM1229.00.
Tindakan: Makluman semua staf

13. Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah


13.1 Guru Besar memaklumkan bahawa KPM telah menyediakan panduan Pengurusan
Pembukaan Sekolah untuk kegunaan semua sekolah.
13.2 Semua staf boleh merujuk dan memuat turun panduan tersebut di laman web
http://bit.ly/senaraisemakKPM2021.
13.3 Pihak pentadbir dikehendaki mengisi senarai semak dalam 3 bahagian iaitu sebelum,
semasa dan selepas pembukaan sekolah.
13.4 Pihak PPD Kanowit mengingatkan semua sekolah agar mengutamakan keselamatan murid
semasa pembukaan sekolah.
Tindakan: Makluman semua staf
14. Model Pengawalan Keberadaan Murid Di Pintu Pagar
14.1 Guru Besar memaklumkan bahawa KPM melarang perkumpulan murid-murid di luar pagar
sekolah selepas tamat sesi persekolahan.
14.2 KPM telah merangka 5 model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar supaya murid
terus balik ke rumah dengan selamat selepas sesi persekolahan.
14.3 Guru Besar menetapkan SK Nanga Tada menggunakan Model 5 iaitu murid keluar dari
kelas ke kelas secara berperingkat bagi mengelakkan murid keluar beramai-ramai secara
serentak.
14.4 Guru Besar mengingatkan semua guru hanya boleh balik selepas semua murid habis
bersurai.
Tindakan: Makluman semua staf

15. Bahan PdPc


15.1 Guru Besar memaklumkan bahan-bahan PdPc seperti Kit Program Transisi Tahun Satu
2021, Kit Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 boleh
dimuat turun sebagai rujukan melalui portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://bpk.moe.gov.my .
Tindakan: Makluman semua staf

16. Hal-Hal Lain


16.1 Jadual Penggiliran Bertugas - Guru Besar memaklumkan akan mengeluarkan Jadual
Penggiliran Bertugas untuk semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang mula akan
digunakan pada 21 Januari 2021.
16.2 PDPR – Guru Besar memaklumkan hanya mata pelajaran teras yang perlu diajar semasa
PdPR. Lembaran kerja murid boleh diletakkan di pondok pengawal untuk diambil oleh ibu bapa
dan penjaga murid.
Tindakan: Makluman semua staf
17. Mesyuarat Staf Bilangan 1 2021 ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.
Disokong: Cikgu Terrence Juan ak Bundong
Dicadang: Encik Terrence Lin

Dicatat oleh: Disemak oleh:

_______________________ ______________________
(LARRY ANAK TANDANG) (MIKEM ANAK LONGIOK)
Pencatat Mesyuarat Staf, Guru Besar,
SK Nanga Tada. SK Nanga Tada.
Tarikh:______________ Tarikh:_______________

You might also like