You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/ 2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAGING 26080 KUANTAN, PAHANG.

Tarikh/Hari : 24 Februari 2022 (Khamis)

Masa : 1.45 petang

Medium : GM

KEHADIRAN

KEHADIRAN

1. Pn. Narina Jan bt Mustafa Kamal GURU BESAR


2. En. Zainol ‘Asri bin Mat Husin PK KURIKULUM
3. En. Asri bin Mohamed PK HEM
4. Pn Rahimah bt Sentat PK KO
5. Pn. Noraida bt Ibrahim PK KPKP
6. Pn. Siti Zuraiha bt Mapol Guru penolong
7. Cik Zatil Aqmar bt Mohammad Guru penolong
8. Pn. Nor Azlina bt Che Muda Guru penolong
9. Pn. Nurazizah bt Omar Guru penolong
10. Pn. Khatijah bt Hj. Ali Guru penolong
11. Pn. Ku Masitah bt Ku Wil Guru penolong
12. Pn. Nur Fatihah bt Mohd Shukri Guru penolong
13. Pn. Wan Nurul Aisyah bt Wan Hamat Guru penolong
14. Pn. Nasyratul Fathiah bt Mohd Farid Guru penolong
15. Pn. Maryam Jamilah bt Hassan Guru penolong
16. Pn. Solehah bt Ibrahim Guru penolong
17. Pn. Masitah bt Zainon Guru penolong
18. Pn. Norafiza bt Jusoh Guru penolong
19. Pn. Noraidah bt Hashim Guru penolong
20. Pn. Siti Zarinah bt Abdullah Guru penolong
21. Mohd Zuhari bin Jusoh Guru penolong
22. Mohd Bakrul Affendi bin Zakaria Guru penolong
23. Pn. Norizan bt Mamat Guru penolong
24. En. Muslan bin Mohamed Guru penolong
25. Nornalizalane binti Marlan Guru penolong
1
26. Pn. Najahatul Abadiah bt Abas Guru penolong
27. Pn. Arifah Salehah bt Mat Yasin Guru penolong
28. Pn. Norolhadawiyah bt Che Abd. Hakim Guru penolong

Tidak hadir:

1. En. Mohd Rozaimi bin Mahmod


2. En. Rezaie bin Rustam
3. En. Mohd Zuhari bin Jusoh

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimaklumkan memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Najahatul Abadiah bt Abas mencadangkan minit kurikulum kali 4/2021

disahkan dan disokong oleh Pn. Nor Azlina bt Che Muda.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

4.0 ISU-ISU PERBINCANGAN

4.1 PELANTIKAN AJK KURIKULUM 2021

- Dengan ini semua guru dilantik sebagai AJK Kurikulum sepertimana di dalam
buku pengurusan sesi 2022/2023.
- Semua guru diminta tandatangan surat penerimaan jawatan.
- Diharap semua guru dapat menerima jawatan yang diberi dengan hati
terbuka.
- Diharap semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh
amanah dan bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan.

Tindakan: Makluman semua guru

2
4.2 JADUAL WAKTU

- Jadual waktu untuk sesi 2022/2023 sudah disiapkan dan akan diedarkan
kepada semua guru pada 25/02/2022 (Jumaat)
- Waktu persekolahan:
 Isnin hingga Khamis - 7.30 pagi sehingga 12.50 petang (Tahap 1)
7.30 pagi sehingga 1.20 petang (Tahap 2)
 Jumaat - 7.30 pagi sehingga 11.50 pagi

4.3 JADUAL BERTUGAS

- Jadual bertugas adalah secara harian. Setiausaha kurikulum akan menyusun


jadual penggiliran.
Tindakan: Makluman semua guru

4.4 DSKP & RANCANGAN PEMBELAJARAN TAHUNAN (RPT)

- Ketua Panitia perlu mainkan peranan dalam memastikan RPT selaras dan
terkini mengikut tarikh takwim dan mengikut penjajaran baru kurikulum.
- Terdapat 43 minggu persekolahan
- DSKP dan RPT perlu disimpan di dalam folder e-rph supaya mudah diakses.

Tindakan: Panitia

4.5 PENGURUSAN PANITIA

- Pengurusan panitia adalah berdasarkan:


 Skpmg2 pada standard 3.1.2 (akan dicetak untuk rujukan panitia)
 Peningkatan kualiti guru
 Kualiti pencapaian murid

- Belanjawan kewangan pada sesi yang lepas telah dijalankan dengan sebaik-
baiknya.
- Mesyuarat kali pertama panitia perlulah membincangkan:
 Jumlah peruntukan kewangan panitia dan pembelian yang akan dibuat
pada sesi baru.
 Membuat perancangan yang tersusun untuk sesi baru persekolahan.

- KP perlu mengemaskini papan kenyataan masing-masing sekurang-


kurangnya telah ada diletakkan carta organisasi yang terkini untuk sesi
2022/23.
- Taklimat akan diberikan kepada KP teras jika ada sebarang maklumat lanjut.

3
4.6 TEMPOH PEMBELAJARAN PADA SESI 2022/2023

- Jadual pembelajaran berasaskan 40 minggu.


- Setelah edaran jadual waktu dibuat, guru boleh mula mencari dskp dan rpt
yang berkaitan.
- RPT mestilah disusun mengikut 40 minggu tempoh pembelajaran
- RPT mesti dirancang mengikut PAK21.

4.7 E-RPH
- Pada sesi 2022/2023 e-rph masih menggunakan kaedah yang sama cuma
tapak akan dikemaskinikan menggunakan tapak yang baru versi 6.0.
- Langkah seterusnya akan dimaklumkan oleh admin erph melalui medium
aplikasi what's up.

4.8 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

- PBD akan dinilai dari semasa ke semasa.


- Guru perlu menyimpan rekod PBD – guru perlu mengadakan rekod transit
untuk bukti guru menjalankan PBD.
- Data akan dikutip mengikut penggal dan ada 4 penggal persekolahan.
- Data-data PBD ini adalah isu yang sangat sensitif jadi kutipan data perlu teliti
dan kemas dari guru dan akan dibincangkan bersama KP masing-masing
mengenai prestasi TP murid sebelum data akhir di lepaskan untuk laporan ke
PPD.
- Perbincangan perlulah menyeluruh termasuk justifikasi setiap TP yang
diberikan.

4.9 TRANSISI TAHUN 1

- Di dalam e-rph, guru perlu nyatakan Program Transisi dan tidak perlu taip
mata pelajaran yang diajar.
- Program ini akan dilaksanakan selama 4 minggu bermula 21 Mac – 14 April
2022.
- Murid perlu mengikut tatacara yang betul ketika pulang dan murid perlu diiring
hingga ke pintu pagar sekolah.

4
4.10 PENGURUSAN KEWANGAN

- Rancang peruntukkan yang diterima.


- Membuat anggaran perbelanjaan tahun bagi sesi 2022.
- Perancangan perlulah melihat daripada aspek keperluan dan secara
menyeluruh.
- Perbincangan perlulah ikut prosedur yang ditetapkan.
- Penggunaan wang perlu diminitkan semasa Mesyuarat panitia.
- Cadangan dari panitia perlu dibincang dan diserahkan kepada PKP.
- Kertas Kerja perlu dihantar kepada Guru Besar sebulan sebelum
perlaksanaan program.
- Perlu tunggu kelulusan daripada pihak pentadbir barulah program boleh
dilaksanakan.

Tindakan: Makluman semua guru

4.11 PDPC

- Berdasarkan standard dalam skpmg2 4.0.


- Guru sebagai pemudahcara dalam pdpc untuk mengembangkan potensi
murid.

Tindakan: Semua Guru Kelas

4.12 SUDUT MATA PELAJARAN

- Papan kenyataan setiap sudut mata pelajaran perlu dikemaskini dengan


menampal bahan yang sesuai dan dilabelkan.
- Perkara yang perlu ada ialah carta organisasi, aktiviti tahunan dan bahan-
bahan panitia yang sesuai.

Tindakan: Guru Mata pelajaran

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PK1 mengucapkan selamat menjalankan tugas disesi 2022/2023.

5
6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan selamat menjalankan tugas disesi 2022/2023.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.22 petang.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

( Ku Masitah binti Ku Wil ) (En. Zainol ‘Asri bin Mat Husin)


Setiausaha Kurikulum PK Kurikulum

You might also like