You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PATI

23000 DUNGUN, TERENGGANU


NO. TEL: 098457342EMEL: TBA1039@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 2 2022/2023

Tarikh : 19 Jun 2022

Hari : Ahad

Masa : 1.30 Tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat As-Sakeena

Kehadiran :

1. Cikgu Adnan bin Haji Awang


2. Cikgu Saidi bin Abdullah
3. Cikgu Malik Husin bin Mohd Said
4. Cikgu Zailina binti Hj Sepit
5. Cikgu Muharini binti Rozab
6. Cikgu Anisha binti Zakariya
7. Ust. Asmawi bin Sarifudin
8. Cikgu Che Mazlan bin Ab Rashid
9. Cikgu Cik Ku Norlizawani binti CW Husin
10. Ustzh. Fairuzzah binti Mamat
11. Ustzh. Fatimah binti Ramli
12. Cikgu Fatimah@Norlina binti Mustaffa
13. Cikgu Marina binti Abidin
14. Cikgu Mohamad Azri bin Reping
15. Cikgu Mohd Hanafie bin Mohd Junaidi
16. Cikgu Mohd Muhaimin bin Nur Anuar
17. Ustzh. Normariani binti Mohd Noor
18. Cikgu Norziana binti Mamat
19. Cikgu Anisah binti Osman
20. Cikgu Mohamad Jamil bin Yahya@Ja’afar
21. Ustzh. Rosmarina binti Hamzah
22. Cikgu Nor Asura binti Arsad
23. Cikgu Rosminzana binti Mohamed Wardapi
24. Cikgu Siti Khairiah binti Ismail
25. Cikgu Siti Nur Fatihah binti Harun
26. Ustzh. Salwa binti Abdul Haziz
27. Cikgu Wahida binti Wahab
28. Ustz. Yuhadli bin Mohd Yuznah
29. Cikgu Zalilah binti Abu Hassan
30. Cikgu Norhasyimah binti Mohd Noor
31. Ustzh. Zainab binti Ismail
32. Cikgu Zainon binti Awang
Tidak Hadir bersebab :

1. Tiada

AGENDA 1: Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Dimulai dengan bacaan Ummul kitab.


1.2 Mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat JKS Bilangan 2 bagi sesi
2022/2023.
1.3 Berharap mesyuarat kali ini dapat memberi manfaat dan kebaikan dalam
meningkatkan kerja buat pada hari ini dan hari mendatang.

AGENDA 2: Ucapan Guru Besar

2.1 Bersyukur kerana dapat mengadakan mesyuarat JKS kali kedua bagi sesi 2022/2023
seperti yang dirancangkan.

2.2 Mengalu-alukan kehadiran Cikgu Norhasyimah binti Mohd Noor yang menggantikan
Cikgu Zainab binti Abdul Rahman yang bersara wajib dan yang terbaharu Cikgu
Anisha binti Zakariya, yang menggantikan Cikgu Aidatul Akmal binti Alias yang bersara
pilihan.

2.3 Guru Besar menaruh harapan yang tinggi dengan kehadiran guru baru ini dapat
membantu sekolah untuk menaikkan kecemerlangan SERENTAP JAYA.

Tindakan : Makluman

2.4 Memaklumkan SKTP masih kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris. Berharap
dapat pengganti lebih cepat untuk mengisi kekosongan tersebut .

Tindakan : Makluman

2.5 Daripada mesyuarat yang telah dihadiri oleh Guru Besar pada minggu lepas , Pegawai
JPN iaitu Ustaz Azman bin Tawang menyatakan terdapat beberapa faktor kegagalan
daripada pihak sekolah. Setelah beliau melawat ke beberapa sekolah beliau meminta
guru besar menyampaikan kepada semua guru. Beliau mahu guru-guru melakukan
perubahan. Antara faktor kegagalan antaranya adalah guru tidak mahu
membudayakan perubahan iaitu cara pengajaran guru-guru tidak mengikut arus
perubahan dan masih lewat masuk ke dalam kelas. Ada juga guru yang hadir lewat ke
sekolah. Sikap guru yang tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik iaitu kekal
datang lewat ke sekolah sepanjang tahun. Tiada perubahan sikap.

Tindakan : Semua Guru


2.6 Faktor yang kedua pula iaitu tidak wujud pakatan kuat untuk membudayakan
perubahan. Tidak mahu buat aktiviti dalam kumpulan. Contohnya tidak mahu terlibat
sama dalam gotong royong.

Tindakan : Semua Guru

2.7 Faktor seterusnya ada guru-guru yang tidak tahu visi dan misi sekolah. Guru-guru juga
tidak dapat menerangkan visi dan misi sekolah jika ditanya pegawai PPD atau JPN
yang hadir ke sekolah.

Tindakan : Semua Guru

2.8 Faktor seterusnya iaitu tidak hapuskan halangan apabila visi sekolah tidak dapat
dicapai. Contohnya perubahan keceriaan sekolah dalam TS25. Tidak mahu hanya di
atas kertas sahaja. Perlu dilaksanakan dengan melakukan gotong royong untuk
menambahkan keceriaan sekolah. Seterusnya kecemerlangan dalam jangka masa
pendek sahaja iaitu tidak dapat mengekalkan kecemerlangan untuk jangka masa yang
panjang.

Tindakan : Semua Guru

2.9 Berkenaan dengan LADAP, bagi guru yang telah menghadiri taklimat atau PLC
hendaklah memaklumkan kepada setiausaha LADAP. Jika masih tidak mencukupi
mata kredit antara alternatifnya perlu baca buku dan buat refleksi. Cikgu Siti Khairiah
iaitu setiausaha LADAP memaklumkan jika kursus atau taklimat di luar , penganjur
kursus sahaja yang boleh daftarkan.

Tindakan : Semua Guru

2.10 Guru besar meminta dan mengingatkan sekali lagi pada waktu perhimpunan setiap
pagi guru-guru juga perlu berada bersama-sama di tapak perhimpunan. Guru bertugas
perlu bertindak lebih awal. Murid hendaklah turun ke tapak perhimpunan sebelum 7.30
pagi. Pada perhimpunan hari Ahad, guru-guru perlu bertindak segera untuk penuhkan
kerusi di atas pentas.

Tindakan : Semua Guru


AGENDA 3: Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.1 Minit mesyuarat Bil. 1 / 2022 telah dicadangkan untuk disahkan oleh Cikgu Nor Asura
binti Arsad dan disokong oleh Ustzh. Normariani binti Mohd Noor.

Tindakan: Makluman

AGENDA 4: Perkara Berbangkit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 / 2022

4.1 Maklum balas Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 / 2022 dibentangkan oleh Cikgu Muharini
binti Rozab selaku Setiausaha Kurikulum.

Tindakan: Makluman

4.2 Pengerusi mengingatkan mana-mana panitia yang masih belum selesai mengemaskini
fail panitia, perlu disegerakan. Pastikan RPT terkini ada dalam fail panitia masing-
masing. e-RPH juga mestilah selari dengan RPT yang kita buat. Pastikan buat
pendekatan dan strategi berdasarkan kebolehan murid.

Tindakan: Makluman semua guru

4.3 Pengerusi mengingatkan semua ahli mesyuarat untuk memastikan isu yang
ditimbulkan dan diputuskan dalam mesyuarat kurikulum mestilah diselesaikan sebelum
mesyuarat seterusnya.

Tindakan: Makluman

AGENDA 5 : Pentaksiran

5.1 Memaklumkan peperiksaan akan diadakan semula, soalan akan digubal oleh guru
mata pelajaran tersebut.

5.2 Untuk soalan akhir tahun KP perlu agihkan penggubal soalan dalam panitia.

5.3 Memaklumkan bahawa PdP kita terikat 36 minggu, pastikan guru-guru membiasakan
murid dengan pelbagai jenis dan bentuk soalan sepanjang tempoh PdP.

Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 6: Pelaporan dan Pembentangan

6.1 Pembentangan 1: Pembugaran TS25

6.1.1 Penyelaras TS25 memaklumkan bahawa bilik TS25 telah hampir siap dan
lokasinya di sebelah bilik guru. Makluman atau info mengenai TS25 ada pada
papan kenyataan di bilik tersebut dan juga di bilik mesyuarat.
6.1.2 Mengingatkan juga mengenai segala aktiviti sekolah perlu didokumentasikan
dan dihantar laporan tersebut kepada penyelaras TS25 untuk difailkan.

Tindakan: Makluman semua guru

6.2 Pembentangan 2: Pengisian Data PBD

6.2.1 Penyelaras PBD memaklumkan bahawa semua guru mata pelajaran


hendaklah mengisi laporan PBD dalam template offline yang telah disediakan
dalam komputer di dalam bilik guru. Pengisian data PBD adalah sebanyak 2
kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November.

6.2.2 Memohon kerjasama guru-guru mengisi data PBD sebelum tarikh akhir.
Penyelaras perlu membuat analisa data PBD yang telah diisi sebelum
menghantar laporan tersebut ke PPD. Namun semua guru diminta bersedia
lebih awal sebelum tarikh sebenar data tersebut diminta.

6.2.3 Penilaian PBD adalah amat penting secara berterusan samada sumatif
ataupun formatif. Manakala PBS adalah berbentuk holistik merangkumi semua
termasuk PAJSK.

Tindakan: Makluman semua guru

6.3 Pembentangan 3: Transisi Tahun 1

6.3.1 Penyelaras Transisi Tahun 1 menyatakan bahawa program transisi telah


berjalan seperti yang dirancang mengikut tema-tema yang telah ditetapkan.

Tindakan: Makluman

6.4 Pembentangan 4: Pendekatan Bertema

6.4.1 Penyelaras Pendekatan Bertema memaklumkan kepada semua Ketua Panitia


untuk memastikan setiap guru subjek mengikut panitia telah menyiapkan RPT
Pendekatan Bertema dan mengisi template Excel yang disediakan dalam
Whatsapp sebelum pemantauan daripada pihak PPD berjalan.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

6.5 Pembentangan 5: Hala tuju PINTAS, OPPM

6.5.1 Pengerusi membentangkan hala tuju, pintas dan OPPM sekolah


sebagai panduan dan rujukan semua guru.

Tindakan: Makluman
6.6 Pembentangan 6: Tugas-tugas Ketua Panitia

6.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak PPD akan membuat lawatan


bagi menyemak fail-fail panitia dan meminta agar setiap Ketua Panitia
menyemak serta mengemaskini fail-fail berkaitan.

Tindakan: Ketua Panitia

6.7 Pembentangan 7: Pusat Sumber Sekolah dan Bilik-bilik Khas

6.7.1 Penyelaras pusat sumber Sekolah memaklumkan bahawa JK Pusat


Sumber akan mengedarkan jadual penggunaan pusat sumber dalam
masa terdekat.

6.7.2 Selain itu, penyelaras pusat sumber juga memaklumkan bahawa JK


Pusat Sumber sedang dalam proses mengemaskini carta organisasi,
pembelian bahan bacaan tambahan dan menyediakan platform
perekodan bahan bacaan nilam.

6.7.3 Bilik-bilik khas yang lain juga, makmal komputer, bilik BBM, Sudut SAL akan
diceriakan dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tindakan: Makluman

6.7.4 Penyelaras pusat sumber memohon kerjasama setiap guru kelas agar
dapat menyediakan satu sudut nilam di dalam setiap kelas.

Tindakan: Semua guru kelas

6.8 Pembentangan 8: Pemulihan Khas

6.8.1 Penyelaras Pemulihan memaklumkan peratusan murid tidak menguasai literasi


dan numerasi yang agak tinggi. Akan melantik beberapa orang guru untuk
menjadi mentor kepada murid yang terlibat.

Tindakan: Makluman semua guru

6.9 Pembentangan 9: Keceriaan Kelas

6.9.1 Pengerusi mengingatkan semua guru kelas agar menyediakan semua


maklumat berkaitan di dalam kelas dan di setiap sudut mata pelajaran.

Tindakan: Semua guru kelas


6.10 Pembentangan 10: Program Panitia

6.10.1 Ketua Panitia Pendidikan Islam memaklumkan aktiviti sempena Program Ihya
Ramadan iaitu Tadarus Al-Quran, sedekah Ramadan, pemberian duit raya
kepada murid, Khatam Quran dan iftar perdana telah dapat dilaksanakan.
Mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Tindakan: Makluman

AGENDA 7: Hal-hal Lain

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Muhaimin kerana jadual dapat
disiapkan sepenuhnya dan telah diedarkan kepada semua guru. Jadual ini juga
diharapkan dapat menyelesaikan isu beg berat di kalangan murid.

Tindakan: Makluman

7.2 Pengerusi mengingatkan semua guru agar sentiasa peka dalam penggunaan
mesin ketik kad kehadiran agar tiada yang terlupa merekod kehadiran masing-
masing dan menggunakan prosedur yang betul jika terlupa mengetik kehadiran. Begitu
juga semasa pulang.

Tindakan: Makluman

AGENDA 8: Penutup

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana
telah memberi kerjasama bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.55 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( MUHARINI BINTI ROZAB ) ( SAIDI BIN ABDULLAH )


Setiausaha Kurikulum Sekolah Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Dicatat oleh,
Urusetia Mesyuarat Kurikulum Bil. 2 2022
SK Tanjung Pati
Tarikh : 19 Jun 2022 (Ahad)

You might also like