You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEEMPAT 2021

SJK ( C ) SEMAMBU, KUANTAN

TARIKH : 23 OKTOBER 2021 (SABTU)


TEMPAT : GOOGLE MEET (LOKASI MASING-MASING)
MASA : 10.00 PAGI
KEHADIRAN : Sila lihat lampiran.

Agenda

1. Ucapan Pengerusi ( Guru Besar)

i. Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat yang diadakan


pada hari ini.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

Pencadang : Cikgu Chew Ing Ing

Penyokong: Cikgu Ching Su Siew

3. Kurikulum

A. PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0

a) Jadual Waktu Bersemuka


i. Minggu persekolahan dari 25 Oktober 2021 sehingga 29 Oktober 2021 adalah
berdasarkan jadual waktu bersemuka PDPR sekolah.
ii. Minggu persekolahan dari 1 November 2021 sehingga 11 Disember 2021 adalah
berdasarkan jadual waktu bersemuka tahun 2021.
b) ERPH
i. 25 Oktober 2021 sehingga 29 Oktober 2021, eRPH guru menggunakan jadual
semasa PDPR.
ii. 1 November 2021 sehingga 11 Disember 2021, eRPH guru menggunakan jadual
bersemuka di sekolah.

c) Pengisian Pelaporan
i. Mulai 25 Oktober 2021, tiada pengisian pelaporan PDPR untuk murid Tahap 1
kerana kelas bersemuka telah bermula.
ii. Mulai 11 November 2021, tiada pengisian pelaporan PDPR untuk murid Tahap 2
kerana kelas bersemuka telah bermula.
iii. Pengisian pelaporan PDPR hanya diperlukan jika kelas dijalankan secara PDPR.

d) Kehadiran Guru
i. Guru-guru yang mempunyai kelas bersemuka hendaklah hadir ke sekolah sebelum
7.00 pagi.
ii. Guru-guru yang mempunyai kelas bersemuka dan PDPR dalam talian juga
dikehendaki hadir ke sekolah.
iii. Guru-guru yang mempunyai PDPR secara talian sahaja boleh melakukan PDPR di
lokasi masing-masing.
iv. Guru-guru tidak dibenarkan untuk menukar jadual waktu kelas dengan rakan guru
yang lain semata-mata untuk tidak hadir ke sekolah kerana jadual waktu bersemuka
yang lebih kurang.
v. Guru-guru diminta untuk hadir sebelum 7.00 pagi dan menjalankan tugas masing-
masing tepat pada pukul 7.00 pagi.
vi. Waktu pulang guru adalah selepas 1.30 petang.
vii. Guru-guru haruslah memakai pakaian rasmi atau baju sukan untuk guru yang ada
waktu Pendidikan Jasmani pada hari tersebut.
e) PDP Secara Bergilir
i. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
ii. Berikut merupakan jadual penggiliran kelas mengikut kumpulan.

iii. Tiada lagi kelas atas talian untuk murid-murid yang tidak menghadiri kelas
bersemuka di sekolah. Guru-guru subjek akan memaklumkan kerja rumah sekolah
bagi murid-murid yang tidak hadir menggunakan apa jua platform kecuali dalam
bentuk Google Classroom. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tidak digalakkan
untuk menghantar kerja rumah melalui gambar.
iv. Murid-murid yang menjalankan PdPR di rumah dikehendaki menyemak tugasan
melalui Google Classroom berdasarkan jadual yang diberikan seperti berikut.

v. Latihan yang dibuat haruslah dihantar semasa kelas bersemuka diadakan.


f) Kehadiran Anak Guru
i. Anak-anak untuk guru sekolah dibenarkan hadir ke sekolah setiap minggu.
ii. Anak-anak untuk guru sekolah masuk ke kelas seperti biasa untuk minggu yang
belajar secara bersemuka. Manakala, minggu yang belajar secara PDPR hanya
dibenarkan hadir ke sekolah dengan mengulang kaji di bilik Sains.
iii. Layanan istimewa ini akan terbatal jika didapati mereka tidak berdisiplin di
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.


Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

….…………………… ………………………… ……….

……………..

(HII LEE LING) (CHIEN YOKE LING) (LOH SOH KOON )

Setiausaha, Guru penolong kanan Guru Besar


Mesyuarat Kurikulum Pentadbiran SJKC SEMAMBU
SJKC SEMAMBU SJKC SEMAMBU

You might also like