You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KEMASUL

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3 / ( 2019 )

Tarikh : 10– 09 – 2021

Masa : 1:30 p.m.

Tempat : Google Meet

Pengerusi : En Loo Foo Wah ( Guru Besar)

Kehadiran : 7 Orang

Turut : 1. En. Loo Foo Wah ( Guru Besar)


Hadir 2. En. Wang Kwang Sung
3. Pn Tan Su Rui
4. Cik Hooi Chye Ru
5. Pn. Chua Huei Ching
6. Pn. Woo Hui Shan
7. En. So Chan Leng

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Walaupun kekangan masa akibat Pandemik Covid, diharapkan semua guru Sains dapat
menggunakan masa selama 24 minggu untuk menghabiskan semua sukatan pelajaran.
1.3 Berharap semoga semua AJK dapat bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang diberi
dengan baik dan terus berjaya meningkatkan lagi pencapaian akademik Sains.

2. 0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit mesyuarat yang lepas dibentang dan diluluskan sebulat suara dan tiada
perkara berbangkit

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN


4.1 Jadual waktu semasa PKPP
 Mesyuarat peringkat panitia memutuskan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan
(PDPc)bagi mata pelajaran Sains dijalankan oleh guru Sains kelas masing-masing.
Walau bagaimanapun, guru yang mengajar dalam aliran yang sama perlu sama-sama
membantu dalam penyediaan bahan pengajaran.
 Kaedah pembelajaran melalui Google Meet boleh dilaksanakan setiap kali apabila
bersama dengan murid.
Tindakan: Guru Sains
4.2 Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
 Pengerusi mengingatkan semua guru Sains mengenai pengisian tahap penguasaan murid
dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu mempunyai justifikasi tertentu jika murid
tidak mencapai tahap minimum iaitu Tahap Penguasaan 3. Setakat ini tiada murid yang
mendapat Tahap Penguasaan di bawah 3.
 Guru-guru telah mentaksir murid-murid dengan holistik dan memastikan terdapat
perkembangan dalam pembelajaran murid.
 Guru-guru telah mengisi templat pelaporan PBD.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Guru Besar berharap semua guru akan membantu antara satu sama lain untuk
memastikan pencapaian sekolah dapat dipertingkatkan.

Penutup
a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
b. Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. …………………………
( Tan Su Rui) ( Loo Foo Wah)
Setiausaha Panitia Sains Pengerusi Panitia Sains
SJK (C) Kemasul SJK (C) Kemasul
Tarikh : 10 - 09 -2021 Tarikh : 10 - 09-2021

You might also like