You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA 2021

SJK ( C ) SEMAMBU, KUANTAN

TARIKH : 17 JULAI 2021 (SABTU)


TEMPAT : GOOGLE MEET (LOKASI MASING-MASING)
MASA : 3.00 PETANG
KEHADIRAN : Sila lihat lampiran.

Agenda

1. Ucapan Pengerusi ( Guru Besar)

i. Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat yang diadakan


pada hari ini.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

Pencadang : Cikgu Chia Wei Son

Penyokong: Cikgu Tang Poh Ling

3. Kurikulum

A. PDPR 3.0

a) Aduan PDPR
i. Daerah Kuantan telah menerima aduan paling banyak berbanding daerah lain di
negeri Pahang.
ii. Banyak guru tidak menghantar laporan PDPR semasa PDPR dijalankan.
iii.Banyak guru tidak menyemak kerja rumah melalui platform Google Classroom.
iv. Guru dan murid sentiasa menutup kamera semasa proses pembelajaran melalui
Google Meet. Guru haruslah mengingatkan murid-murid membuka kamera semasa
proses PDPR dijalankan atas talian.
b) Hari Pelaporan
i. Hari Pelaporan murid akan dijalankan pada 29 Julai 2021 iaitu dari pukul 10.00 pagi
sehingga pukul 1.00 petang.
ii. Guru kelas diminta menghantar pautan Google Form dan pautan untuk menyemak
tahap penguasaan PBD murid-murid kepada ibu bapa. Ibu bapa boleh mencetak PBD
berkenaan selepas menyemak tahap penguasaan murid-murid dengan menaip nombor
kad pengenalan.
iii. Ibu bapa diminta supaya mengisi pautan Google Form yang diberikan oleh guru
kelas bagi melancarkan Hari Pelaporan bersama dengan guru subjek teras masing-
masing untuk mengetahui perkembangan pembelajaran bagi anak mereka.
iv. Google Form tersebut haruslah diisi sebelum atau pada hari Rabu iaitu 31 Julai
2021.
v. Guru subjek diminta untuk menghubungi ibu bapa yang mempunyai sebarang
pertanyaan berkenaan pelajaran anak mereka. Masa untuk menghubungi ibu bapa
adalah pada 29 Julai 2021, Khamis iaitu dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
vi. Semua kelas atas talian PDPR pada hari pelaporan ditukar kepada kelas bawah
talian.

c) Guru Yang Menghadiri Mesyuarat Atau Taklimat Di Luar Sekolah


i. Semua guru yang akan menghadiri mesyuarat PPD dan lain-lain diminta untuk
menukar masa kelas dalam talian dengan guru yang lain supaya kelas dalam talian
dijalankan dengan lancar.
ii. Semua guru haruslah menghubungi ibu bapa bagi memberitahu masa terbaru kelas
talian yang disebabkan oleh mesyuarat yang harus dihadiri melalui whatsapp rasmi
kelas.

d) Buku Kerja Jilid 2


i. Guru kelas Tahun 5 dan Tahun 3 diminta untuk menguruskan buku kerja jilid 2 bagi
matapelajaran Bahasa Cina dan Sains sempena cuti sekolah bulan Julai iaitu 24 Julai
2021 sehingga 25 Julai 2021.
e) Pertandingan Dalam Talian
i. Panitia Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Muzik telah
menganjurkan pertandingan dalam talian. Pertandingan dalam talian mendapat
sambutan yang baik dari murid-murid. Ramai murid yang telah mendaftar untuk
menyertai pertandingan tersebut.

ii. Pertandingan dalam talian ini kesemuanya dijalankan sesama kelas.

f) Lain-Lain

i. Guru-guru diminta untuk menyemak dan mengemaskini maklumat dalam sistem


eoperasi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.


Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

….…………………… ………………………… ……….

……………..

(HII LEE LING) (CHIEN YOKE LING) (LOH SOH KOON )

Setiausaha, Guru penolong kanan Guru Besar


Mesyuarat Kurikulum Pentadbiran SJKC SEMAMBU
SJKC SEMAMBU SJKC SEMAMBU

You might also like