You are on page 1of 3

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL 1/2021

HARI : Selasa
TARIKH : 9 Februari 2021
TEMPAT : Kediaman masing-masing
MASA : 4.00 – 5.00 petang
KAEDAH MESYUARAT : Google Meet

KEHADIRAN : 6/6

1. Pn Nurbaizura Zulkafri
2. Pn Rafidah Ahmad
3. Pn Foo Huey Koon
4. Pn Sazilah Hasbullah
5. Pn Mastempawan Kamaruddin
6. En Abu Bakar Tamby Hitam

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan – aluan Ketua Panitia
2. Isu dan Cabaran
3. Pelaksanaan Kurikulum 2021
4. Penjajaran Kurikulum 2021
5. Penjajaran Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran
6. Hal-hal lain

1. UCAPAN ALU-ALUAN KETUA PANITIA


Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran ahli Panitia Muzik bagi sesi 2021.

2. ISU DAN CABARAN

Ketua Panitia (KP) mengesahkan mengenai status silibus Pendidikan Muzik tahun 2020 yang
terjejas. Namun, telah dipastikan semua kandungan asas silibus telah dapat diselesaikan.
Guru subjek Muzik tahun 2020 telah menyerahkan kelas yang diajar kepada guru Muzik
tanpa 2021 tanpa sebarang kandungan asas yg terjejas.

Tahun / Kelas Kandungan Asas Kurikulum 2020 Yang Terjejas


Tahun 1 TIADA
Tahun 2 TIADA
Tahun 3 TIADA
Tahun 4 TIADA
Tahun 5 TIADA
Tahun 6 TIADA

3. PELAKSANAAN KURIKULUM 2021


3.1 Hasil perbincangan, ahli panitia akan menggunakan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
(DPK 2.0) tanpa menyisipkan DPK 1.0 kerana ahli panitia telah menyelesaikan kandungan
kurikulum tersebut bagi tahun 2020.

3.2 Pn Nurbaizura juga mengingatkan setiausaha Panitia Muzik untuk menyerahkan minit
mesyuarat pertama pada atau sebelum 15 Februari 2021.
4. PENJAJARAN KURIKULUM 2021

4.1 KP memaklumkan ahli panitia untuk muat turun DSKP dan DPK 2.0 mengikut tahun
yang diajar. KP telah menyediakan QR code bagi DSKP dan DPK 2.0 bagi memudahkan ahli
panitia muat turun dan untuk simpanan fail.

4.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu mempunyai bukti aktiviti yang dilaksanakan
dan hasil (2-3 gambar) bagi sesi pengajaran yang dijalankan.

4.3 KP menunjukkan contoh penulisan RPH kepada ahli panitia dan kami telah bersetuju
untuk menggunakan RPH tersebut bagi sesi 2021. (Rujuk lampiran 1).

4.4 KP mengingatkan agar ahli panitia menghantar RPH setiap hari JUMAAT kepada
pentadbir penilai dan bukan lagi dihantar ke ‘Google Drive' seperti sebelum ini.

4.5 KP memaklumkan pemantauan PdPR dan pencerapan PdPR.guru adalah dibawah


pegawai penilai masing-masing.

4.6 KP juga menerangkan sekiranya berlaku bencana seperti dikuarantin, banjir dan lain-lain,
jawatankuasa bencana yang ditubuhkan perlu menghasilkan modul, cari murid, hantar dan
ambil modul.

5.PENJAJARAN KURIKULUM, PEDAGOGI DAN PENTAKSIRAN

5.1 KP menggalakkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dilakukan melalui saluran


situasi semasa (Pandemik COVID-19) samada ‘Whatsapp atau ‘Telegram atau ‘Google
Meet/Zoom.

5.2 KP mengingatkan ahli panitia untuk mengutamakan kandungan asas kurikulum semasa
menjalankan PdPR. Kandungan asas merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai asas yang
pelu dikuasai oleh murid. Kandungan tambahan pula, menyokong kandungan asas, manakala,
kandungan pelengkap pula sebagai pelengkap atau mengharmonikan kandungan asas.

5.3 KP mengingatkan ahli panitia untuk membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
untuk 42 minggu mengikut SPI BIL 9/2012 dan SPI BIL 5/2019. 42 minggu ini termasuk
37 minggu PdPR, 3 minggu pentaksiran dan 1 minggu untuk program.

5.4 Pn.Siti Haszrah (GPK 1) menyatakan ahli panitia juga digalakkan menyediakan modul
berpandu untuk mencukupkan jam kredit selain PdPR online. Modul yang dibina mestilah
ada panduan, catatan langkah melaksanakan aktiviti dan perlu dibimbing.

5.5 Panitia Muzik bersetuju agar penggunaan buku kerja atau aktiviti yang dibeli oleh ibu
bapa bagi TAHAP 1 dan TAHAP 2 digunakan sepenuhnya semasa PdPR .

5.6 Pentaksiran Sumatif / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diputuskan oleh KP bersama
ahli panitia dengan menjalankannya setiap kali kemahiran bagi setiap unit selesai diajar.
Subjek Pendidikan Muzik tidak terlibat dalam Peperiksaan Dalaman Sekolah dan hanya
berfokus kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

5.7 Guru muzik perlu menyediakan borang transit perekodan bagi kelas yang diajar. (Rujuk
lampiran 2). Pentaksiran perlu direkod dan dikemaskini dalam ‘Google Drive – PBD 2021’
setiap 3 (tiga) bulan.
5.8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahun 2020 menunjukkan tahap penguasaan murid
dari TP 3 hingga TP6. Tiada murid yang mendapat TP1 dan TP2. (Rujuk lampiran 3).

6. HAL-HAL LAIN

6.1 KP mengingatkan ahli panitia untuk melengkapkan butiran yang diperlukan bagi buku
atau fail RPH yang digunakan bagi tahun semasa.

6.2 KP juga mengingatkan ahli panitia untuk menyediakan DSKP, DPK 2.0, RPT dan
dihantar kepada pentadbir penilai masing-masing pada 19 FEBRUARI 2021.

6.3 Panitia bersetuju untuk mengguna satu buah buku rampaian sekiranya perlu. Ini kerana,
buku aktiviti yang dibeli telah cukup kandungan asasnya dan sesuai untuk dijadikan
pentaksiran.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh:

(FOO HUEY KOON)


Setiausaha Panitia Muzik 2021
SK CIJ2

You might also like