You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH SJK C WEE SIN

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL 2/2020

Tarikh : 8 Julai 2020

Masa : 1.00p.m-2.00p.m

Tempat : Pusat sumber sekolah

Pengerusi : Pn Lim Lee Peng

Kehadiran(Bilangan) :10

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir untuk
menjayakan mesyuarat kali ini..

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Tang Pei Ni
Disokong untuk pengesahan oleh En Tay Soon Teck

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1 Kebersihan diri murid harus diberi perhatian oleh semua guru terutamanya kepada
guru Muzik. Guru perlu memastikan kebersihan persekitaran sekolah dan anak
muridnya dari semasa ke semasa supaya bebas daripada wabak COVID-19.

Tindakan: Semua Guru Muzik


4.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun
Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak dapat dijalankan kerana perintah kawalan
pergerakan berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia.

Makluman:Semua Guru Muzik

4.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun murid Tahap I di sekolah rendah
telah dimansuhkan mulai tahun 2019 dengan merujuk Surat Siaran KPM Bil 14.
Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun murid
Tahap I bertarikh 19 Disember 2018 (KPM. 100-1/7/2/Jld 6 (17)).
Semua guru yang terlibat dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
diingatkan agar dapat melengkapkan pelaporan dengan pentaksiran bagi setiap
mata pelajaran menggunakan tapak terkini yang telah disediakan oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum (BPK) walaupun sekolah ditutup kerana perintah
kawalan pergerakan berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia.

Murid boleh ditaksir dan dinilai melalui aktiviti, tugasan dan sebagainya yang
dijalankan secara maya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Tindakan:Semua Guru Muzik

4.4 Perubahan Rancangan Pengajaran Tahunan


Sepanjang cuti perintah kawalan pergerakan sehingga PKPP dilaksanakan ,
Pdpc matapelajaran Pendidikan Muzik telah ditundakan sehingga pembukaan
semula sekolah. Jadi, RPT yang telah dirancangkan awal tahun perlu
diubahsuai berdasarkan pindaan takwim sekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian pendidikan Malaysia.
Tindakan:Semua Guru Muzik

4.5. SKPMg2
Penilaian SKPMg2 untuk panitia kali pertama pada bulan Mac perlu disertakan eviden

Makluman:Semua Guru Muzik

4.6 Perancangan dan Aktiviti Panitia Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan


Pergerakan

Disebabkan PKPP, sambutan Hari Guru telah diadakan pada 16 Mei 2020 melalui
Whats App group ibu bapa dan guru serta Facebook sekolah akibat perintah
kawalan pergerakan berikutan penularan wabak COVID-19. Aktiviti penghargaan
oleh murid terhadap guru mereka dengan cara yang bebas dan kreatif seperti
mencipta kad Hari Guru ,menyanyi, menari dan sebagainya secara maya telah
mendapat penyertaan yang aktif daripada murid-murid.

Murid-murid menjalankan pelbagai aktiviti seperti menari, mendengar muzik dan


perlakonan di rumah semasa masa lapang, mereka merakamkan video dan
menghantarkan video ke laman web sekolah. Walaupun tidak bersekolah, murid
masih sangat bersemangat belajar di rumah..

Makluman: Semua guru Muzik

4.7. Guru-guru perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan membuat
persediaan awal untuk pembukaan sekolah selepas hampir empat bulan sekolah
diarah tutup berikutan penularan COVID-19. Guru-guru wajib menjalankan
pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai
urusan dengan pihak sekolah.
Makluman:Semua guru Muzik

5 HAL-HAL LAIN
Kebiasaan baharu di sekolah melalui pematuhan SOP perlu diteruskan dan diterima
baik semua pihak termasuk ibu bapa.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya pada bulan Oktober.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00p.m

Disediakan oleh,

Urus Setia
TANG PEI NI
Mesyuarat Panitia Muzik
8-7-2020

You might also like