You are on page 1of 61

SINTAKSIS BAHASA

MELAYU
Oleh:
Dr. Habibah binti Mohd Samin
IPG KAMPUS IPOH

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Klausa
Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat,
yang menjadi konstituen kepada ayat.
Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada
dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Klausa
Klausa bebas klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat
sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna.
Contohnya:
1. Kamu pandai
2. Saya akan hadir

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai, dan
sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa
tersebut akan menjadi ayat lengkap: Kamu pandai.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga
menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks,
seperti dalam contoh yang berikut:

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
Saya akan hadir kalau waktu mengizinkan.

Konstituen kamu pandai merupakan klausa bebas yang


terbentuk dalam ayat yang mengandungi satu klausa lain,
iaitu kerana kamu rajin belajar.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Bagaimanapun, klausa kerana kamu rajin belajar yang
mengandungi subjek kamu, predikat rajin belajar dan kata
hubung kerana ialah klausa tak bebas, kerana klausa tersebut
tidak dapat berdiri sendiri.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut klausa tak bebas.
Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tak bebas, klausa
bebas disebut klausa utama, seperti dalam rajah berikut:

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Frasa
Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Frasa
Frasa berbeza daripada klausa, kerana binaan frasa tidak
mengandungi subjek dan predikat, dan dalam suatu susunan
tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun
konstituen frasa itu sendiri.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Dalam ayat-ayat yang berikut, susunan perkataan yang ditulis condong ialah
contoh frasa:
Burung merpati terbang melayang.
Anak kecil itu sedang tidur.
Abu mengahwini anak Pak Haji Osman.
Frasa dapat juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang
mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan
atau lebih.

Dr. HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2016


Misalnya, bentuk kata burung ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh
diperluas menjadi seekor burung, burung merpati, seekor burung merpati,
seekor anak burung merpati

Dr. HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2016


Sebaliknya, bentuk-bentuk ujaran seperti orang ramai, bunga api, jalan
mati tidak boleh digolongkan sebagam bentuk perkataan kerana masing-
masing masih boleh diperkecil kepada bentuk yang lebih kecil dengan
membawa erti atau fungsi tatabahasa iaitu orang + ramai, bunga + api,
jalan + mati, yang kesemuanya merupakan frasa.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa golongan perkataan yang utama
seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa golongan
perkataan bukan utama seperti kata sendi nama, kata hubung, dan
sebagainya.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa golongan perkataan yang utama
seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa golongan
perkataan bukan utama seperti kata sendi nama, kata hubung, dan
sebagainya.

HABIBAH MOHD SAMIN- JPM 2011


Frasa Nama (FN)

FN ialah binaan yang dari sudut nahu


boleh terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh
berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Frasa Nama (FN)

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri


daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan
predikat.
Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen
utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri
daripada:
(i) FN+FN
(ii) FN+FK
(iii) FN+FA
(iv) FN + FS

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


FN berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat
dalam pola FN + FN sahaja.
Contoh:

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Frasa Nama (FN)

FN ialah binaan yang dari sudut nahu


boleh terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh
berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Frasa Nama (FN)

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri


daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan
predikat.
Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen
utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri
daripada:
(i) FN+FN
(ii) FN+FK
(iii) FN+FA
(iv) FN + FS

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


FN berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat
dalam pola FN + FN sahaja.
Contoh:

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Binaan Frasa Nama
Konstituen Frasa Nama
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri
daripada kata nama sebagai unsur intinya.
Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan
sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau dan sesudah
frasa nama.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Konstituen Frasa
Nama

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi
pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh
saling berganti dengan unsur-unsur nama.
Misalnya:
Senaman menyihatkan badan.

Kata nama senaman sebagai pengisi frasa nama


boleh diganti oleh kata kerja bersenam, seperti
dalam contoh yang berikut:
Bersenam menyihatkan badan

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang dianggap boleh menjadi
pengisi frasa nama ialah kata kerja seperti berolahraga, merokok, bersawah,
dan perli-memperli,
Frasa kerja seperti berlagak ke sana ke mari dan makan suap, dan kata
adjektif seperti putih misalnya dalam ayat-ayat yang berikut:

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


a) Berolahraga menjadi kegemaran remaja.
b) Merokok kebiasaan ayah saya.
c) Bersawah kurang menarik perhatian para belia.
d) Berlagak ke sana ke mari tabiat orang sombong.
e) Perli-memerli boleh mengakibatkan pergaduhan.
f) Makan suap perbuatan yang keji.
g) Putih melambangkan kesucian.

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Frasa nama dalam ayat-ayat di atas bukan
pengisi sejati, tetapi penerang kepada unsur inti
yang telah dihilangkan.
Jika unsur-unsur inti frasa nama bagi ayat-ayat
(a) dan (b) misalnya dinyatakan, maka binaannya
adalah seperti ayat-ayat yang berikut:
a) Kegiatan bersenam menyihatkan badan.
b) Aktiviti berolahraga menjadi kegemaran
remaja.

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Oleh itu, unsur-unsur inti yang menjadi
pengisi inti frasa nama adalah daripada
golongan kata nama juga, iaitu: kegiatan,
aktiviti, tabiat, pekerjaan, kebiasaan,
perbuatan, dan warna.
Jika dipandang dari sudut kehadirannya,
jenis-jenis kata kerja dan kata adjektif di
dalam ayat di atas boleh juga dianggap
sebagai inti subjek frasa nama.

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Kesimpulannya, inti frasa nama pada
hakikatnya dibentuk oleh kata nama,
tetapi di peringkat kewujudannya inti
frasa nama itu dapat juga dibentuk oleh
kata kerja dan kata adjektif.

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi
pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh
saling berganti dengan unsur-unsur nama.
Misalnya:
Senaman menyihatkan badan.

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Kata nama senaman sebagai pengisi frasa
nama boleh diganti oleh kata kerja
bersenam, seperti dalam contoh yang
berikut:
Bersenam menyihatkan badan

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang dianggap boleh menjadi
pengisi frasa nama ialah kata kerja seperti berolahraga, merokok, bersawah,
dan perli-memperli,
Frasa kerja seperti berlagak ke sana ke mari dan makan suap, dan kata
adjektif seperti putih misalnya dalam ayat-ayat yang berikut:

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


a) Berolahraga menjadi kegemaran remaja.
b) Merokok kebiasaan ayah saya.
c) Bersawah kurang menarik perhatian para belia.
d) Berlagak ke sana ke mari tabiat orang sombong.
e) Perli-memerli boleh mengakibatkan pergaduhan.
f) Makan suap perbuatan yang keji.
g) Putih melambangkan kesucian.

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Pendapat mengatakan bahawa unsur-unsur
yang menduduki tempat subjek frasa nama
dalam ayat-ayat di atas bukanlah merupakan
pengisi sejati, tetapi pada hakikatnya ialah
penerang kepada unsur inti yang telah
dihilangkan.

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Jika unsur-unsur inti frasa nama bagi ayat-ayat
(a) dan (b) misalnya dinyatakan, maka binaannya
adalah seperti ayat-ayat yang berikut:
a) Kegiatan bersenam menyihatkan badan.
b) Aktiviti berolahraga menjadi kegemaran
remaja.

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Oleh itu, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi
inti frasa nama adalah daripada golongan kata
nama juga, iaitu: kegiatan, aktiviti, tabiat,
pekerjaan, kebiasaan, perbuatan, dan warna.
Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-
jenis kata kerja dan kata adjektif di dalam ayat
di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek
frasa nama.

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Kesimpulannya, inti frasa nama pada
hakikatnya dibentuk oleh kata nama, tetapi di
peringkat kewujudannya inti frasa nama itu
dapat juga dibentuk oleh kata kerja dan kata
adjektif.

Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Frasa Kerja
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau
lebih dan kata intinya kata kerja.
Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja
transitif.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Frasa Kerja

Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau
sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta
unsur-unsur lain.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Binaan Frasa Kerja
Terdiri daripada 2 jenis, iaitu:
o Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu
disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
o Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Binaan Frasa Kerja
o Contoh ayat:

i) Ali menang.
ii) Kami sedang tidur.
iii) Hujan turun dengan lebatnya.
iv) Belukar itu terbakar perlahan-lahan.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2015


Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut
oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.
Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Seterusnya
objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Contoh ayat:

i. Mereka makan ayam goreng itu.


ii. Budak itu sedang membaca buku.
iii.Anaknya menghidangkan sedulang makanan.
iv.Pemburu menembak harimau itu dengan
senapangnya.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2015


Binaan Frasa Kerja Tanpa
FrasaObjek
kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri
daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak
transitif.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2015


Binaan Frasa Kerja Tanpa
Kata Objek
kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut
oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2015


Binaan Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang
dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang
mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambuthya.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Binaan Frasa Kerja dengan Objek
Contohnya ialah ayat-ayat di atas. Ayat-ayat yang mengandungi frasa
nama sebagai objek itu boleh dipasifkan menjadi ayat (b).

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


(a) Mereka makan ayam goreng itu.
(b) Ayam goreng itu dimakan oleh mereka.
(a) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.
(b) Harimau itu ditembak oleh pemburu
dengan senapangnya.
(a) Budak itu membaca buku.
(b) Buku dibaca oleh budak itu.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Frasa nama sebagai objek ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata
kerja transitif dalam ayat aktif dan boleh mengalami proses pasif.
Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja
dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif dan oleh itu tidak berobjek.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


Ada tiga jenis kata kerja tak transitif:
i. Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.
ii. Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya.
iii. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai
penerang.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


i. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa
Pelengkap
Tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya:
i. Semua penonton bangun.
ii. Pokok itu tumbang.
iii. Mereka semua pulang.
iv. Kanak-kanak itu menangis.
v. Bendera-bendera berkibaran.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


i. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa
Pelengkap
Contoh-contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan
pelengkap ialah kata kerja yang mempunyai makna yang
sempurna.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016


ii. Kata Kerja Tak Transitif dengan
Pelengkap

Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap ialah kata kerja yang tidak
mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2015


ii. Kata Kerja Tak Transitif dengan
Pelengkap

Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.
Antara contoh kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur, tinggal,
menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dan sebagainya.

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2015


Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai
kata intinya.
Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Frasa Adjektif
Frasa adjektif yang dibincangkan adalah yang berfungsi sebagai predikat
dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan
sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Contoh:
1. Adiknya sangat pandai.
2. Markahnya tinggi.
3. Orang muda itu baik sungguh.
4. Perangainya tentu baik.
5. Anaknya masih kecil lagi

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


FRASA SENDI NAMA
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada
satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada kata sendi nama.

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


FRASA SENDI NAMA
Kata sendi nama ialah bentuk morfem kata yang letaknya di
hadapan frasa nama.

Contoh: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi,
hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan sebagainya.

Habibah Mohd Samin - JPM 2011


Habibah Mohd Samin - JPM 2011
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, FS ialah satu binaan yang boleh dibentuk
daripada beberapa unsur sebagaimana yang terdapat dalam
gambar seperti yang berikut:

Dr. Habibah Mohd Samin - JPM 2016

You might also like