You are on page 1of 5

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah


SEKOLAH KEBANGSAAN PAYOH
24210 KEMASEK, KEMAMAN,
TERENGGANU
Nama Pengkaji
KHAIRUL HASMI BIN MAMAT
Tajuk Kajian
MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID-MURID TAHUN 5 BESTARI TERHADAP
PERUBAHAN WARNA DAN SIFAT KIMIA BAHAN PADA KERTAS LITMUS
MENGIKUT KAEDAH INGAT SUHU
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu.
PPSMI ialah susunan huruf yang sentiasa dibibir guru-guru pada masa kini. Umum mengetahui
PPSMI ialah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Guruguru sains tidak akan terlepas daripada dasar ini. Saya selaku tenaga pengajar terlibat dalam
pengajaran dan pembelajaran cara ini.
Pada tahun 2008 saya telah mengajar subjek sains untuk murid-murid tahun lima. Apa
yang saya dapati murid-murid luar bandar ini amat sukar mempelajari sains dalam bahasa
Inggeris .Berdasarkan analisa pada soalan OTI, rata-rata murid-murid tidak dapat menjawab
soalan yang berkaitan dengan asid dan alkali. Biasanya soalan-soalan berkaitan dengan asid dan
alkali akan ditanya dua atau tiga soalan di bahagia A dan satu soalan di bahagian B.
Di dalam makmal murid telah membuat ujikaji penggunaan kertas PH terhadap bahanbahan yang dibawa oleh murid-murid supaya murid-murid dapat melihat keadaan sebenar
perubahan warna yang berlaku. Dari situlah murid-murid dapat menentukan sifat kimia bahan.
Di dalam buku amali, murid-murid dapat menjawab dengan sempurna. Namun permasalahan
yang timbul ialah murid gagal menghafal atau mengingati penggunaan warna kertas PH dan
perubahan warna yang berlaku untuk mengetahui sifat kimia bahan berasid atau beralkali apabila
diuji dengan bahan. Kebanyakan mereka tahu akan sifat rasa setiap bahan seperti masam, masin,
pahit, tawar dan tiada rasa.Tetapi mereka gagal memahami untuk menjawab soalan yang
berkenaan dengan pengujian bahan dengan indikator kertas PH dalam peperiksaan.
Penggunaan kertas PH adalah sebagai alat untuk mengukur sifat kimia sesuatu bahan
berdasarkan kepada perubahan warna. Sebahagian besar terutamanya murid lemah dan sederhana
masih keliru perubahan warna pada kertas PH untuk menentukan bahan yang diuji itu asid atau
alkali. Bertunjangkan kepada pemasalah ini, saya berazam pada tahun 2009 akan mengguna satu
kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya anak didik saya pada tahun ini tidak akan
terjadi seperti murid pada tahun 2008. Kegagalan menjawab soalan-soalan yang boleh dikatakan
tidak sesukar topik-topik yang lain akan memberi kesan percapaian markah lulus atau A untuk
mata pelajaran sains.

Fokus Kajian
Murid luar bandar boleh dikatakan amat lemah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, menjadi
kewajipan kepada guru menghasilkan satu kaedah untuk permudahkan pengajaran dan
pembelajaran murid .Di dalam tajuk Asid dan Alkali, murid-murid seringkali melakukan
kesalahan menjawab soalan. Antarannya ialah:
Murid tahu akan sifat bahan seperti masin, masam, pahit dan tawar. Namun mereka
gagal menentukan sifat kimia bahan tersebut selepas diuji dengan perubahan warna pada
kertas PH.
Murid tahu akan perubahan warna kertas PH daripada biru kepada merah, merah kepada
biru dan tiada perubahan langsung, tetapi mereka tidak dapat menentukan sifat kimia
bahan yang diuji.
Oleh itu, Kajian saya kali ini adalah berfokuskan kepada topik yang agak kecil iaitu memahami
secara pantas tentang perubahan warna pada kertas PH untuk menentukan sifat kimianya samada
asid atau alkali. Selain itu juga, dengan cara ini juga kita dapat menentukan perubahan warna
pada kertas PH setelah diuji dengan bahan-bahan berasid, beralkali atau neutral.
Dengan menggunakan kaedah ini, saya berharap soalan-soalan yang berkaitan dengan asid dan
alkali dapat dijawab oleh murid dengan betul dan tepat. Dengan cara ini sudah pasti akan
membantu meningkatkan peratusan kelulusan murid-murid dalam OTI.
Objektif kajian

Selepas kajian pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan, diharapkan murid-murid akan
dapat mencapai objektif berikut:

i) Objektif Umum
Meningkatkan percapaian mata pelajaran sains dan seterusnya
menambahkan peratusan lulus semua mata pelajaran (LSMP)
ii) Objektif Khusus
Memudahkah murid menghafal sesuatu fakta.
Memberikan keyakinan murid menjawab soalan tanpa sebarang
keraguan.
Menjimatkan masa berfikir untuk menjawab soalan.
Meningkatkan peratus murid menjawab soalan dengan betul bagi tajuk
asid dan alkali pada bahagian A dan B.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan 23 orang murid Tahun 5B yang terdiri daripada 12 lelaki dan 11
perempuan. Kesemua murid berbangsa melayu.
Tindakan Yang Dicadangkan
Sebelum menjalankan kajian ini, saya akan meninjau persoalan yang berlaku semasa dan selepas
P&P dijalankan.
Pada mulanya saya akan menerangkan berulang-ulang kali tentang pengujian kertas PH
dan perubahannya.
Selepas P&P, melalui ujian formatif, saya akan mengulangi soalan-soalan secara lisan
yang berkaitan ujian kertas PH biru dan merah terhadap bahan.
Pada masa ini akan terdapat murid yang keliru dan memakan masa yang lama untuk
menjawab soalan dengan betul.

Selain itu, saya juga akan melakukan ujian bertulis yang hanya tertumpu kepada asid dan
alkali. Di sini saya jangkakan peratus kelulusan yang diperolehi hanya 20% daripada 23
orang murid.

Kaedah ingat SUHU ( Susun Huruf)


1. Pada mulanya murid akan didedahkan dengan instrument kertas PH warna biru dan
merah.
2. Kemudian diterjemahkan Biru kepada BLUE dan Merah kepada RED.
3. Murid akan diperjelaskan lagi dengan tujuan penggunaan kertas PH biru adalah untuk
menguji asid dan merah untuk alkali.
4. Sebelum itu, guru perlu pastikan murid sudah tahun akan sifat/rasa sesuatu bahan iaitu
masam untuk asid, pahit untuk alkali dan selain daripada itu adalah neutral.
5. Semasa menjawab soalan pengujian bahan melalui penggunaan kertas PH, dua persoalan
akan timbul. Antaranya.
Apakah jenis bahan sekiranya kertas PH biru berubah menjadi merah dan kertas
PH merah berubah menjadi biru?
Apakah perubahan warna akan berlaku pada kertas PH biru atau merah apabila
diuji pada bahan-bahan tertentu?
6. Biasanya murid akan keliru mencari jawapan kerana keliru tentang persoalan di atas.
7. Akhirnya untuk memudahkan murid-murid, mereka diminta menghafal 2 perkataan
mudah iaitu BRACID dan REBAK.
8. Guru akan menjelaskan makna BRACID dan REBAK yang dibentuk melalui kaedah
SUHU iaitu susunan huruf menjadi akronim. Susunannya adalah seperti berikut,
B

ACID

Blue

RE

AK

Red
Red

Blue
Acids
Alkali

Baca ikut susunan dari kiri ke kanan . Kertas limus Blue berubah menjadi Red ialah

Acids

Baca ikut susunan dari kiri ke kanan juga . Kertas limus Red berubah menjadi Blue
ialah Alkaline.

10. Apabila penerangan seperti di atas diberikan, maka murid akan faham dan mudah untuk
mereka menjawab soalan-soalan berikut.
Contoh soalan 1.
The informations below shows the result of a fair test.
R Changes blue litmus paper to red

B R ACID

Sifat bahan = ACIDS

S - Changes red litmus paper to blue


Sifat bahan = Alkaline

RE B AK
Which of the following is true ?
R
Shampoo
Palm oil
Vinegar
Salt solution

A
B
C
D
o
o

S
Lime Juice
Milk
Toothpaste
Tomato

Apa yang perlu murid lakukan ialah baca dahulu maklumat yang diberikan dan tuliskan
susunan BRACID dan REBAK di bahagian maklumat atau soalan. Selepas itu padankan
dengan jawapan.
Jawapannya ialah C.

Contoh soalan 2.
Table below shows changes of limus paper for three substances.
Substances
J
K
L
Which of the following substances is alkaline?
A
B
C
D

Colour changes of litmus paper


Blue
Red
Blue

Red ( BRACID)
Blue ( REBAK)
Blue

J only
K only
K and J only
K and L only
o

Tuliskan susuan huruf BRACID dan REBAK pada J dan K . Maka jawapannya ialah K
Iaitu B kerana huruf AK pada susunan huruf REBAK mewaklili Alkaline.

Kaedah yang ditunjukkan di atas boleh diaplikasikan untuk apa jua subjek. Guruguru boleh merekacipta sendiri susunan huruf yang boleh menghasilkan bunyi yang
mudah dihafal. Kaedah ini amat praktikal untuk sesuatu fakta yang perlu banyak
dihafal oleh murid.
Jadual Perlaksanaan Kajian
Bil

Aktiviti

Tarikh Perlaksanaan

1
2
3
4
5
6

Mengenalpasti masalah P & P yang lalu bagi satu sub topik


Menulis proposal kajian
Menghantar proposal
Merancang tindakan
Memulakan P & P tajuk ACIDIC and ALKALINE
Melaksanakan tindakan 1 ( Aktiviti 1 ujian lisan secara

8 Februari 2009
9 16 Februari 2009
17 Februari 2009
19 Februari 2009
Minggu 1 dan 2 bulan Mac
Minggu ke 3 bulan Mac

formatif )
Melaksanakan tindakan 2 ( Aktiviti 2 Ujian bertulis

Minggu ke 3 bulan Mac

secara formatif )
Menganalisa atau membincangkan maaslah yang timbul

Minggu 4 bulan Mac

9
10
11
12

daripada aktiviti 1 dan 2


Mengadakan ujian sebenar menggunakan kaedah SUHU
Refleksi
Menulis laporan
Menghantar Kajian Tindakan

Minggu 4 bulan Mac


Minggu 1 bulan April
Minngu 1 bulan April
9 April 2009

Kos Kajian
Kertas A4 ( 1 rim)

RM 10.00

Fotostat bahan dan laporan kajian

RM 50.00

Printer cartridge

=
RM 90.00
_______________
RM 150.00
==============

You might also like