You are on page 1of 5

MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS BIL.

3 / 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN RUNGKUP 36200 SELEKOH, PERAK
Tarikh : 25 Jun 2020
Hari : Khamis
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan SK Rungkup
Pengerusi : Pn. Hjh Siti Saniah binti Bangi
Urusetia : Pn. Zubaidah binti Zubir

Kehadiran :

Bil Nama Guru Jawatan


.
1. Pn.Hjh. Rubaiah Adawiah binti Tahir Guru Besar

2. En. Abdullah bin Mat Abas Penolong Kanan Pentadbiran

3. En. Mohd Yusni bin Mohd Yunos Penolong Kanan HEM

4. Pn. Hjh Siti Saniah binti Bangi Penolong Kanan Pendidikan Khas

5. Pn. Zubaidah binti Zubir Guru Penolong Pendidikan Khas

6. Pn. Izzah Hayati binti Tarmizi Guru Penolong Pendidikan Khas

7. Pn. Badariah binti Rahmat Guru Penolong Pendidikan Khas

8. Cik Noor Hashimah binti Mohd Sabari Guru Penolong Pendidikan Khas

9. En. Mohd Hafiz bin Ahmad Subaker Guru Penolong Pendidikan Khas

10 En. Mohd Syukri bin Md Rafi’i Guru Penolong Pendidikan Khas


.
11 Pn. Noraishah binti Zamri Pembantu Pengurusan Murid
.
12 Pn. Nabbatul Akhya binti Noor Azhar Pembantu Pengurusan Murid
.

Tidak Hadir
1. Pn. Siti Hajar binti Mohd Malek (cuti bersalin)

AGENDA:
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua barisan pentadbir dan
guru yang hadir.
Tindakan: Makluman

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.2 Mengucapkan selamat kembali ke sekolah selepas daripada cuti covid-19.
Diharapkan kepada semua guru dan pembantu pengurusan murid dapat
bekerja dengan baik dalam norma baharu.
2.3 Diminta kepada semua pihak memberikan kerjasama sebelum pembukaan
sekolah dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman

3.0 iFile
3.1 iFile perlu dikemaskini dari masa ke semasa mengikut panduan yang telah
ditetapkan. Mohon kepada pembantu pengurusan murid untuk membantu
dalam mengemaskinikan fail.
3.2 Fail pengurusan perlu dilabelkan nombor untuk memudahkan
penggunaannya. Ianya juga perlu dikemaskini mengikut tahun semasa.

Tindakan: Guru-guru dan PPM

4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA COVID-19


4.1 PPKI juga telah melaksanakan PDPc secara alam maya kepada murid-
murid semasa cuti covid-19. Kebanyakan murid-murid hanya memberikan
tindak balas di awal pemberian kerja sekolah.
4.2 Murid-murid juga mempunyai kekangan untuk menjawab kerja sekolah
yang diberikan kerana ada di antara ibu bapa/penjaga yang tiada
kemudahan telefon pintar dan capaian internet serta masalah kewangan
untuk membeli topup.
4.3 Pemberian kerja sekolah ini mengikut guru mata pelajaran dan diberikan
mengikut jadual yang telah ditetapkan samada menggunakan google form
atau whatsap. Murid akan menjawab dan menghantar semula kepada guru
masing-masing.
4.4 Guru-guru diminta meneruskan menghantar kerja sekolah (latihan) kepada
murid-murid sehinggalah sesi persekolahan dibuka semula.

Tindakan: Guru-guru PPKI

5.0 PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH SEMULA


5.1 Murid-murid PPKI akan bersekolah semula pada 15 Julai 2020. Hanya murid
yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan sahaja yang akan
dibenarkan bersekolah.
5.2 Justeru itu semua guru dan PPM diminta menyediakan kelengkapan dan
alatan mengikut panduan pembukaan sekolah dalam norma baharu.

Tindakan: Guru-guru dan PPM

6.0 PENYELENGGARAN DI BAWAH PERUNTUKAN RM60K


6.1 Pihak PPD telah meminta PPKI SK Rungkup menyenaraikan permohonan
penyelenggaraan PPKI di bawah peruntukan RM60K. Di antara permohonan
yang akan dilakukan ialah seperti berikut :

i. Partisyen (dinding) di antara kelas PKB 1 Anggerik dan PKB 3


Bakawali.
ii. Baik pulih tandas PPKI.
iii. Menukar bumbung dewan (lama) dan susur gajah PPKI.
iv. Tempat wuduk PPKI.
v. Stor PPKI.
Tindakan: Makluman
7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
7.1 Guru-guru dikehendaki menulis catatan ringkas sebagai ganti RPH. Catatan
ringkas tersebut adalah hasil daripada pemberian kerja sekolah kepada murid-
murid PPKI semasa covid-19.
Tindakan: Makluman

8.0 KOKURIKULUM
8.1 Semua aktiviti atau pertandingan yang melibatkan murid PPKI ditangguhkan
atau dibatalkan akibat Covid-19.
8.2 Aktiviti Kokurikulum setiap hari Rabu juga ditangguhkan sehingga dapat
makluman baru dari PPD atau JPN keran SOP yang dikeluarkan sekarang
melarang aktiviti diluar kelas.
8.3 Pertandingan Adab & Nilai(PADNI) secara dalam talian akan diadakan di
peringkat Negeri Perak.
8.4 Pn. Siti Saniah mengarahkan Cikgu Syukri menggantikan Cikgu Izzah yang
sedang cuti bersalin.
8.5 Minta kemaskini fail kokurikulum mengikut format baru daripada JPN.
Pemantauan JPN bermula pada bulan Oktober.
Tindakan: Makluman

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Diharapkan kepada semua guru dan PPM memberikan kerjasama
sepenuhnya menyiapkan keperluan sebelum pembukaan sekolah dalam
norma baharu.
8.2 Bersama-samalah kita berdoa semoga wabak covid-19 dapat dihapuskan
dengan segera dan kita semua dilindungi daripada wabak tersebut.

Tindakan: Makluman
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Ucapan terima kasih kepada barisan pihak pentadbir, guru-guru dan ppm
kerana sudi hadir dalam mesyuarat ini. Diharapkan semua pihak
memberikan kerjasama yang baik demi anak-anak PPKI meneruskan
pembelajaran dalam norma baharu. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan
surah Al Asr dan tasbih kifarah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00
petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(ZUBAIDAH BINTI ZUBIR) (SITI SANIAH BINTI BANGI)


Urusetia, Penolong Kanan Pend. Khas,
Pendidikan Khas SK Rungkup.
SK Rungkup

Disahkan oleh:

(RUBAIAH ADAWIAH BINTI TAHIR)


Guru Besar,
SK Rungkup

You might also like