You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNDOR

71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47

TARIKH : 09 OKTOBER 2021


HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TGH HARI
TEMPAT : DI STESEN MASING-MASING (GOOGLE MEET)

KEHADIRAN:
1. Sharizam Bin Shamsudin (Ex-Officio)
2. Rohayu bt Daud (YDP)
3.Mohd Nazri Bin Ahmad (NYDP)
4.Norazmi bin Ab Latib (Gpk 1)
5.Rosmawarni bt Mat Jusoh (Setiausaha)
6.Munira bt Mohd Hatta (Bendahari
7.Mohamad Rosli bin Udin (AJK Guru)
8.Wan Mohd Huzairi bin Wan Md Nor (AJK Guru)
9.Mairozi bt Mohd Jan (AJK Guru)
10.Mohd Radhi bin Mohd Rosli (AJK Ibubapa)
11.Rozita bt Abu Hassan(AJK Ibubapa)
12.Azlina bt Hj Jantan (AJK Ibubapa)
13.Amirah bt Abu Hassan (AJK Ibubapa)
14.Ts NurAzemah bt Aminludin(AJK Ibubapa)
15.Mohd Rizal Hadi bin Rusli (Guru)
16.Nuzaimah bt Mohd Noor(Guru)
17.Rozana bt Mohd Yatim(Guru)
18.Mohd Shahril bin Md Shah(Guru)
19.Sumathy a/p Narayanan(Guru)
20.Azmil Fazrul bin Ahmad Puad (Guru)
21.Maizura binti Mohd Mokhtar (Guru)
22.Suvithra a/p Chanthira Kumar (Guru)
23.Mohd Al Hafiz bin Abdul Rahman (Guru)
24.Nur Fadzlina binti Haji Zamani (Guru)
25.Norazlina bt Sulaiman
26.Puteri Shafina bt Abdullah
27.Sharifah Bte Amin
28.Nur Amira bt Mohd. Yusoff
29.Abu Bakar bin Puteh
30.Norbaiti bt Abdul Hamid
31.Nurasyura bt Abdul Rahman
32..Firdaus Izlihar bt Othman
33.Kalsom bt Tunggal
34..Muhammad Hanafi bin Husop
35.Meriam bt Husin
36..Norumairah bt Ab.Aziz
37.Hafzaniza bt Mohd Hussin
38.Siti Kamisah bt Yahya
39.Mas Ayu bti Jailani
40.Narsiah bt Nayan
41.Yusof bin Mohamed Aris
42.Azliya bt Ithnin
43.Nooreme bin Abd Rahman
44.Siti Norhasnu
45.Siti Noordiana bt Abd Razak
46.Norasyikin bt Ibrahim
47.Rohaziana Hassan
48.Razanif Bin Abdul Razak
49.Najmah Nur Binti Mohd Yusof
50.Suhatini Bt Sulaiman
51.Siti Madihah Binti Shamsuddin
52.Nina Faziaton Binti Mohamad Yusof
53.Mazlan Bin Muslim
54.Rahidah Bt Rahim
55 Nurin Aina Bt Hadi
56.Mazura Binti Mohd
57.Mohd Naim Mohd Nasfi
58.Hafiziatul Akhmal Binti Md Khalib
59.Ezwanrahimy Zakaria
60.Rosnah Binti Selamat
61.Mohd Sukri Deraman
62.Rozita Pilus
63.Hisam B. Mohamed Zain
64.Mahadi Sudin
65. En Zaihan Bin Ismail
66. Rohaizani Bt Nazri
67.Nor Busrah Ismail
68.Anis Amirah Azmi
69..Muhaini Bt Mokhtar
70.Nurul Syahada bt Norzimi
71.Norita bt Borhan

TURUT HADIR:
1.Normala Bt Shariff (Gpk Hem)
2.Norizan Binti Hassan (Gpk Kokurikulum)

1.0 UCAPAN PN ROHAYU BT DAUD (YANG DIPERTUA PIBG SK KUNDOR)


1.1 Pn Rohayu binti Daud mengalu-alukan kehadiran ibubapa, guru dan AJK
ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 47.
1.1.1 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru atas
komitmen yang baik sepanjang PDPR.
1.1.2 Penglibatan ibubapa khususnya amat penting dalam menjayakan
pembelajaran dalam norma baharu untuk memastikan murid-murid tidak
tercicir dalam pelajaran.
1.1.3 PIBG dan sekolah perlu sentiasa seiring dalam memastikan
kelangsungan PdP ,bukan hanya meletakkan tugas dan tanggungjawab
kepada guru sahaja.
1.1.4 Hikmah disebalik pandemik Covid 19 antaranya memberi ruang
kepada ibubapa dan penjaga untuk lebih dekat dengan anak seterusnya
merapatkan lagi hubungan dalam keluarga.
1.1.5 YDP berharap semua ibubapa dapat memantau aktiviti anak-anak
dan memastikan kehadiran anak-anak mencapai 100% setelah sesi
pembelajaran secara bersemuka dijalankan.
1.1.6 Ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan semua
pihak dalam menerajui PIBG SK Kundor sepanjang sesi 2020/2021.
Makluman

1.2 UCAPAN GURU BESAR ( EN SHARIZAM BIN SHAMSUDIN - EX


OFFICIO PIBG)
1.2.1 Ucapan alu-aluan kepada kepada semua ibubapa hadir ke
Mesyuarat Agung kali ke 47.
1.2.2 Beliau menyatakan kesyukuran dan terima kasih kepada
pengurusan Hal Ehwal Murid SK Kundor dan kepada semua ibubapa dan
guru yang dapat bersama menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini
secara atas talian.
1.2.3 Menerangkan tentang Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) dan memaklumkan motto sekolah “ Sepakat Ke arah
Kecemerlangan” ditambah dengan tagline #GoHard4ABC.
1.2.4 Membentangkan slaid mengenai konsep Program TS25.
1.2.5 Peperiksaan UPSR telah dimansuhkan dan pemerkasaan
Pentaksiran Bililk Darjah(PBD) sedang dibangunkan untuk semua murid.
1.2.6 Memaklumkan sekolah sedang melaksanakan beberapa
pembaharuan dan pembangunan dari segi prasarana di seluruh kawasan
1.2.7 Pengoperasian sekolah kerajaan khususnya di Negeri Sembilan
mengikut ketetapan pengoperasian Fasa 4 PPN.
1.2.8 Ibubapa dan penjaga diingatkan tentang tanggungjawab
menghantar anak-anak mengikuti pembelajaran secara bersemuka
bermula 18 Oktober 2021 secara penggiliran. Pastikan kesihatan anak-
anak sentiasa dipantau dan memaklumkan sebab sekiranya tidak hadir
kepada pihak sekolah.
1.2.9 Mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua
ibubapa/penjaga yang melibatkan diri dalam membantu sekolah dari
semua aspek
1.2.10 Penglibatan ibubapa ,SARANA, PIBG, PIBK sangat diharapkan
dalam meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak di sekolah.
Makluman
2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46
2.1 Mesyuarat telah bersetuju mengesahkan minit mesyuarat seperti tersebut
di atas tanpa pindaan.
Cadangan : En Norazmi bin Ab Latib
Sokongan : Pn Rozana bt Mohd Yatim
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Guru Besar memaklumkan kutipan bayaran tambahan bagi murid bukan
warganegara pada tahun 2021 adalah mengikut kadar yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Kewangan bil 8/2012 adalah berjumlah RM 24.50.
( Perkara 5.6)
Tindakan: Pihak sekolah

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI


4.1 Setiausaha PIBG, Pn Rosmawarni binti Mat Jusoh membentangkan
aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020.( Rujuk buku program yang lalu).
4.2 Laporan aktiviti tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Makluman

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN PIBG BERAKHIR


PADA 31 DISEMBER 2020.
5.1 Pn Munira binti Hatta selaku bendahari PIBG membentangkan laporan
kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 untuk diterima dan
disahkan.
Pencadang : En Mohd Rosli bin Udin
Penyokong : Pn Azlina bt Jantan
Makluman

6.0 PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL YANG DITERIMA


6.1 Sumbangan PIBG bagi tahun 2021 dikekalkan sebanyak RM 70.00.
Pencadang : Guru Besar
Maklumbalas :
Cadangan mendapat sokongan sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan: Bendahari
6.2 Meningkatkan lagi langkah langkah keselamatan pada anak anak
sekolah.
Pencadang : Mohammad Azril bin Ashar@Adzhar

Maklumbalas:
Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah mewajibkan
pemakaian pelitup muka semasa di sekolah.Kehadiran ke sekolah juga
dilakukan secara penggiliran. Sekolah juga telah membuat sanitasi di
setiap kelas.
Tindakan : Pihak sekolah

6.3 Subjek utama seperti Matematik,Bahasa Melayu & English kalau boleh
buatlah google meet sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Pencadang: Siti Kamisah binti Yahya

Maklumbalas:
Guru Besar memaklumkan bahawa PdPR dijalankan mengikut
keupayaan murid dan guru.Pihak sekolah sentiasa menggunakan kaedah
yang terbaik untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang
sempurna.

Tindakan: Pihak sekolah

6.4 Mohon untuk terangkan kaedah penilaian semasa pdpr bagi pemahaman
ibubapa.
Pencadang: Mazlan bin Muslim

Maklumbalas:
Guru Besar memaklumkan penilaian dan pentaksiran murid dibuat
melalui beberapa kaedah antaranya melalui edaran modul, kuiz dan
projek.Tiada lagi jadual peperiksaan berkala seperti tahun-tahun yang
lepas.

Tindakan: Pihak sekolah.


6.5 Cadangan menyediakan tempat menunggu berbumbung kekal
bersebelahan pondok pengawal dalam ukuran lebih 20' x 20' bagi tujuan
murid-murid berteduh sebelum ibu bapa datang mengambil.
Pencadang: Mahadi bin Sudin

Maklumbalas:
NYDP memaklumkan bahawa kertas kerja pembinaan tempat menunggu
berbumbung telah dibuat tetapi proses kerja seterusnya tidak dapat
dijalankan berikutan pandemik Covid 19. PIBG akan cuba merealisasikan
projek tersebut bersama AJK yang akan dilantik. Khemah sementara
akan disediakan.
Tindakan: YDP

7.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2021/2022

7.1 En Mohd Nazri bin Ahmad selaku pengerusi dengan rasminya


membubarkan Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kundor bagi
sesi 2020/2021.
7.2 Beliau membuka peluang kepada semua hadirin untuk memilih AJK
PIBG yang baharu.
7.3 Pn Rahidah bt Rahim mencadangkan AJK PIBG lama dikekalkan.
7.4 Ts Nurazemah bt Aminludin mencadangkan NYDP dilantik sebagai YDP
untuk sesi 2021/2022.
7.5 Pn Azlina bt Jantan mencadangkan En Ezwanrahimy dilantik sebagai
YDP yang baharu.
7.6 En Ezwanrahimy mencadangkan Pn Amirah bt Abu Hassan dilantik
menjadi NYDP.
7.7 Ahli mesyuarat sebulat suara memilih En Mohd Nazri bin Ahmad sebagai
YDP dan En Ezwanrahimy bin Zakaria sebagai NYDP untuk sesi
2021/2022.
7.8 Berikut adalah Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022.

EX-OFFICIO : EN SHARIZAM BIN SHAMSUDIN


YANG DI-PERTUA : EN MOHD NAZRI BIN AHMAD
NAIB YANG DI-PERTUA : EN EZWANRAHIMY BIN ZAKARIA
SETIAUSAHA : PN ROSMAWARNI BT MAT JUSOH
BENDAHARI : PN MUNIRA BT MOHD HATTA
AJK IBU-BAPA/PENJAGA :
1. EN MUHAMMAD HANAFI BIN HUSOP
2. EN RAZANIF BIN ABDUL RAZAK
3. EN AHMAD ZAIHAN BIN ISMAIL.
4. PN AZLIYA BT ITHNIN
5. PN ROHAZIANA BT HASSAN
6. PN ROHAIZANI BT NAZRI
AJK GURU :
1. PN ROZANA BT MOHD YATIM
2. MOHD AL HAFIZ BIN ABDUL RAHMAN
3. PN NUZAIMAH BT MOHD NOOR
4. CIK MUNIRATUL AHYA BT MAHADI
5. PN SUMATHY A/P NARAYANAN

JURUAUDIT: EN AZMIL FAZRUL B AHMAD FUAD (GURU)


PN NURASYURA BT ABDUL RAHMAN (IBUBAPA)

Makluman
8. 0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 En Mohd Nazri bin Ahmad selaku YDP PIBG yang baru dilantik
mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada beliau
untuk memikul tanggungjawab mengetuai PIBG bagi sesi 2021/2022.
9.2 Mengharapkan sokongan dan kerjasama dari semua pihak terutama
barisan AJK sesi 2021/2022 ,pentadbir dan guru-guru untuk
mengendalikan dan melaksanakan program-program seterusnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


………………………… …………………………..
(ROSMAWARNI MAT JUSOH) (EN MOHD NAZRI BIN AHMAD)

Setiausaha PIBG, Yang Di Pertua PIBG,


Sekolah Kebangsaan Kundor Sekolah Kebangsaan Kundor
Disahkan oleh:
…………………………
( EN SHARIZAM BIN SHAMSUDIN),
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kundor

You might also like