You are on page 1of 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT


(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)
14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN
PULAU PINANG TEL: 057163580 FAX: 057164696

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021


BIL 3 / 2021
Tarikh : 24 September 2021 (Jumaat)
Masa : 9.15 malam
Tempat : Google Meet (Rumah masing-masing)
Kehadiran :
1. Pn Roslinda bt Mohd Khalib Penasihat/GB
2. Pn Janisha Bt Mohamad Dar PK Pentadbiran
3. En Alias Bin Din PK HEM
4. Pn Wan Maizatulhana Bt Wan Mahmud PK Pendidikan Khas
5. En Farid Suwardi B Mat Yusoff YDP
6. Pn Nor Asyikin Bt Abdullah NYDP
7. Pn Nurul Wahida Bt Hamdan Setiausaha
8. Pn Siti Soleha Bt Shafiee Pen Setiausaha
9. Pn Kamalia Bt Abd Karim Bendahari
10. En Mohamed Fauzi B Packeer Mohamed AJK
11. Pn Noor Zuraini Bt Md Daud AJK
12. Pn Hariy Binti Pauzi AJK
13. En Rasidi B Saidin AJK
14. En Mohd Firdaus B Mat Saad AJK
15. Pn Syalinda Bt Wan Chek AJK
16. Pn Noor Zuriani Binti Md Daud AJK
17. En Mohamad Fairulnizam Bin Mohamad Hassan AJK
18. Pn Hariy Bt Pauzi AJK
19. En Ahmad Saifuddin Bin Abdullah AJK
20. Pn Suhana Bt Che Hamid AJK Guru
21. Datin Shamshinar Bt Hasanuddin Pengerusi PIBK
22. En Zazolnizam bin Zakaria AJK Guru
1
23. Pn Siti Zubaidah Binti Haji Abdullah AJK Guru
24. Pn Noor Mila Binti Mohd Sahimi AJK Guru

Minit Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga/2021


1.0 Perutusan Pengerusi (YDP)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Quran dan ucapan terima kasih
kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ketiga sesi 2021 ini.
1.2 Beliau mendoakan yang terbaik agar dihindari daripada jangkitan Covid-19 dan
kita memainkan peranan yang penting untuk menjaga SOP yang telah
ditetapkan.
1.3 Beliau memberitahu bahawa akan membincangkan beberapa perkara untuk
menyelesaikan beberapa isu-isu yang akan dibangkitkan sebelum ini.
Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Penasihat (Guru Besar SKPTM)


2.1 Guru Besar memberi salam kepada semua yang hadir untuk mesyuarat PIBG
kali kedua dalam tempoh PKP.
2.2 Melafazkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir
dan semoga semua AJK PIBG SKPTM sesi 2020/2021 setelah pejumpaan
ketiga.
2.3 Guru Besar memaklumkan jumlah guru yang masih kurang, dua orang iaitu
seorang Bahasa Melayu dan seorang Pendidikan Islam.
2.4 Guru Besar menyatakan keadaan infrastruktur dan fizikal sekolah.
a) Projek penyelenggaraan sedang dijalankan di Blok C melibat bumbung dan
siling.
b) Sejumlah 8 unit tangki air ditukar.
c) Pemohonan projek festigasi cili dan cendawan tiram di pondok PPKI. Proses
menaikkan binaan pondok cendawan tiram.. Pihak sekolah menerima pondok
cendawan tiram melalui YB Zulkifli yang telah memohon dari Jabatan
Pertanian Pulau Pinang.
2.5 Guru Besar menyatakan perancangan dan pembangunan sekolah
a) Prasekolah PPKI masih tertangguh kerana PKP dan sedang menunggu
untuk disahkan oleh JKR tentang bangunan tersebut samada masih selamat
digunakan atau perlu diruntuhkan.
b) Pihak sekolah telah membuat pemohonan Program DLP dan diluluskan satu
kelas DLP berkapasiti 20 orang murid berdasarkan soal selidik yang telah
dijalankan.
c) Pihak sekolah telah menerima watikah Program Tranformasi Sekolah 2025
(TS25). Program dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Tahun pertama,
1
latihan untuk guru dan barisan pentadbir serta mengalu-alukan penglibatan
ibu bapa.

Minit Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga/2021


d) Program pembudayaan KBAT disarankan juga salah seorang ahli
jawatankuasa di kalangan waris.
e) Pengoperasian pembukaan sekolah, pdpr diteruskan hingga bulan 12 bagi
arus perdana.
f) PPKI belajar secara bersemuka pada 4 Oktober 2021, begitu juga guru PPKI
dan PPM.
g) Prasekolah perlu dalam keadaan bersedia, dua minggu selepas
pengumuman Fasa 3, baru dibuka secara bersemuka untuk prasekolah.
2.6 Pdpr dilaksanakan hampir setengah tahun, antara isu yang paling ketara ialah
kehadiran murid untuk pdpr tidak mencapai sasaran 70%. Dapatan daripada
analisis SPDPR pada bulan Ogos, hanya 25 orang murid tidak mengikuti
langsung pdpr.
2.6.1 Punca tidak mengikuti pdpr, ibu bapa tidak dapat membantu kerana
kekangan kewangan. 10 orang murid bermasalah dari segi tambah
nilai untuk akses internet manakala 5 orang murid tiada peranti.
2.6.2 5 orang murid lagi ibu bapa memberi alasan anak bangun lambat,
tidak mahu mengikuti kelas pdpr dan murid kurang motivasi belajar
kerana murid pemulihan
2.6.3 5 orang murid tidak dapat dikesan.
2.7 Pembangunan sumber manusia dengan mendapatkan maklumat melalui soal
selidik keperluan guru dan pentadbir melaksanakan pemantauan kelas secara
maya.
2.7.1 Menekankan kualiti pdpr sepanjang tempoh pkp 3.0
2.7.2 Dapatan soalselidik, 11 orang guru yang tidak mahir dengan medium
digital. 89% mahir dalam penggunaan medium digital. 50% guru
menggunakan pelbagai aplikasi.
2.7.3 Intervensi dengan mengadakan bengkel kepada guru yang kurang
mahir dan kurang yakin. PLC untuk perkongsian bahan guru dan
murid.
2.8 Pelanjutan kontrak setahun untuk kantin sekolah dan kedai buku.
Tindakan : Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1 Pencadang: En Mohamad Fairulnizam Bin Mohamad Hassan
Penyokong: En Rasidi B Saidin
1
Tindakan : Makluman

4.0 Perkara Berbangkit

Minit Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga/2021


4.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir
pada mesyuarat kali ketiga sesi 2021 ini.
Tindakan : Makluman

5.0 Pembentangan Laporan Kewangan Terkini


5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan bermula 1 Januari 2021 sehingga
24 September 2021 bagi mesyuarat kali ketiga dan memaklumkan bahawa
5.1.1 Pendapatan RM 56,218.43
5.1.2 Perbelanjaan RM 38,228
5.1.3 Baki tabung PIBG RM 17,990.43
5.1.4 Hasil jualan kelapa sepanjang 2021 sebanyak RM 4,483
5.1.5 Hasil jualan limau kasturi RM 279.61
5.2 Penyata kewangan telah dapat disahkan.
Pencadang: En Rasidi B Saidin
Penyokong: En Mohamad Fairulnizam Bin Mohamad Hassan
Tindakan : Makluman

6.0 Mesyuarat Agung Secara Talian


6.1 Pengerusi menyatakan bahawa Mesyuarat Agung hendaklah dilaksanakan pada
atau sebelum 30 Oktober 2021.
6.2 Hasil perbincangan dan undian, semua ahli bersetuju Mesyuarat Agung 2021
diadakan pada tarikh 30 Oktober 2021, jam 2.00 petang dengan menggunakan
pelantar Zoom.
6.3 Pn Nor Asyikin mencadangkan, Google Form usul serta kehadiran akan
dimaklumkan kepada waris pada 27 September hingga 5 Oktober 2021.
6.4 Pengerusi menetapkan satu waris, satu usul sahaja. Pemberi usul perlu hadir
semasa mesyuarat berlangsung.
6.5 Semua ahli bersetuju, perasmi samaada YDP atau guru besar.
6.6 Pengerusi menetapkan 10 hadiah cabutan bertuah.
6.7 En Zazolnizam mencadangkan, diadakan sesi ujilari sebelum mesyuarat
dijalankan untuk menyesuaikan diri dengan pelantar yang digunakan terutama
bahagian belakang tabir dan teknikal.
Tindakan : Makluman

7.0 Perkembangan Projek Pertanian PIBG dan PIBKS


1
7.1 Pengerusi menyatakan kelulusan tertinggi di Pulau Pinang bagi Projek
Cendawan iaitu 40 ribu untuk PPKI di bawah pengawasan Pn Wan Maizatulhana,
PK Pendidikan Khas dan En Haikal selaku guru PPKI.

Minit Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga/2021


Tindakan : Makluman
7.2 Pn Roslinda meminta pendokumentasian lengkap untuk Projek Kelapa Pandan
dan Projek Limau Kasturi kerana kedua-dua projek telah mengeluarkan hasil. Hal
ini adalah untuk mengelakkan timbul isu audit kewangan. Antara dokumen yang
perlu disimpan, minit mesyuarat, kertas kerja, senarai jawatankuasa dan sumber
kewangan.
Tindakan : Setiausaha
7.3 Pengerusi minta guru mencari kertas kerja projek tersebut manakala transaksi
awal ada pada En Farid. Transaksi keluar masuk ada pada bendahari.
Tindakan : Bendahari & Setiausaha
7.4 Pn Suhana memaklumkan, dokumentasi Projek Kelapa boleh minta pada Pn
Norliza yang menjadi Setiausaha PIBG dan Pn Atiq, Setiausaha PIBK semasa
projek mula dilaksanakan.
Tindakan : Makluman
7.5 Pn Roslinda mengambil iktibar dan pengajaran dari Projek Cendawan dan
menjelaskan salah faham yang berlaku antara Pegawai Pertanian dengan pihak
sekolah sehingga melambatkan proses pembinaan pondok cendawan. Mengikut
prosedur, sekiranya projek bukan di bawah KPM yang melibatkan pembinaan
bangunan dalam kawasan sekolah, pihak sekolah perlu memohon kelulusan
daripada KPM.
Tindakan : Makluman
7.6 Pn Wan Maizatulhana, PK Pendidikan Khas mohon kerjasama daripada semua
pihak untuk menjayakan Projek Cendawan.
Tindakan : Makluman
7.7 En Haikal,guru PPKI mengucapkan terima kasih kerana memberi sokongan
kepada PPKI.
Tindakan : Makluman

8.0 Hal-hal lain


8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa YB Zulkifli berbesar hati untuk menyumbang
Testkit Covid-19 kepada semua guru dan kakitangan sekolah di seluruh Adun
Sungai Acheh. Hal ini telah dimaklumkan pada pihak PPD. Pada 2 Oktober
2021, Program Penyerahan Testkit di SKPTM melibatkan 4 buah sekolah yang
akan menghantar wakil iaitu SKPTM, SJK(T) Ladang Transkrian, SK Saujana
Indah dan SK Sungai Setar.
Tindakan : Makluman 1

Minit Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga/2021


8.2 Pn Wan Maizatulhana mengucapkan jutaan terima kasih kerana bilangan murid
PPKI seramai 24 orang hasil promosi PIBG kepada waris untuk masuk PPKI
SKPTM.
Tindakan :Makluman

8.3 Pengerusi mengucapkan terima ksih kepada PPKI dan prasekolah yang banyak
memberi sumbangan menaikan nama sekolah. Beliau juga memgucapkan
tahniah kepada En Zazolnizam dalam kejayaan inovasi. Tidak lupa juga kepada
Pn Siti Zubaidah yang memberi motivasi pada guru dan murid secara atas talian.
Tindakan : Makluman

9.0 Penutup
10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan berharap
agar segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan dapat
dijalankan atas sokongan bersama.
10.2 Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 11.30 malam.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh:

_______________________
(Nurul Wahida binti Hamdan)
Setiausaha PIBG SKPTM

Minit Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga/2021

You might also like