You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENDOR, 77000 JASIN MELAKA

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK KEMENDOR

BIL-4 TAHUN 2022/2023

Tarikh : 16 Januari 2023


Hari : Isnin
Masa : 2.15 petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Kemendor

Kehadiran :

Hadir :

1) En Mohd Nazri bin Ahmad Penasihat PIBG (Guru Besar)


2) Tn. Hj. Mustaffar bin Ahmad Yang Dipertua PIBG
3) Pn. Waridatul Hasanah binti Mat Nor Setiausaha
1) Pn. Sabariah binti Hj Pet Bendahari
4) Pn. Hjh Sabariah binti Alias AJK (GPK kurikulum)
5) En. Mohd Dahalan bin Samat AJK (GPK Hem)
6) En. Mohd Hamidee bin Abu Bakar AJK (GPK Kokurikulum)
7) Pn. Siti Arnida binti Latif AJK Guru
8) En Yusle bin Yusof AJK Guru
9) Pn. Siti Nur Hanisah binti Mohd Karib AJK Guru
10) Pn. Zuraidah binti Basir AJK Ibu Bapa
11) En. Mohd Firdaus bin Abu AJK Ibu Bapa
12) Pn. Zubaidah binti Abdullah AJK Ibu Bapa
13) Pn. Rosfahizah bte Rosli AJK Ibu Bapa

Tidak Hadir dengan makluman:

2) En.Sukri bin Sulaiman Naib Yang Dipertua PIBG


3) Pn. Norzulaini binti Mohamed Aris AJK Guru
4) Mohamad Asry bin Abas AJK Ibu Bapa
5) Pn. Rusiha binti Achau AJK Ibu Bapa
14) Pn. Masnah binti Ali AJK Ibu Bapa
15) En. Abdul Razak bin Harom AJK Ibu Bapa
16) Pn.Norazah binti Mansor AJK Ibu Bapa
17) En. Abdullah Mohd Som AJK Ibu Bapa

1
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG

1.1 YDP mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang
hadir pada perjumpaan kali keempat ini.
1.2 YDP menjelaskan perjumpaan kali ini adalah bertujuan untuk berbincang tentang
pajakan sewaan kelapa dan juga tentang mesyuarat agung.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar )

2.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran YDP PIBG serta ahli jawatankuasa yang hadir
dalam perjumpaan pada kali ini. Perjumpaan ini bagi membincangkan beberapa perkara
penting iaitu tentang pajakan kelapa.
2.2 Kebun pokok kelapa di kawasan ini telah dipajak selama 6 tahun. Terdapat beberapa
permohonan baru daripada pihak lain yang ingin memajak pokok kelapa.
Pemajak sedia ada telah membayar sewa bulanan sebanyak RM150
2.3 Berkenaan dengan mesyuarat agung pula, Guru Besar menyatakan mesyuarat perlu
dilaksanakan selewat-lewatnya hujung bulan Mac mengikut perlembagaan. Namun
begitu, maklumat terkini yang diperolehi dari pihak pendaftar pendidikan menyatakan
mesyuarat ditangguhkan selepas raya.
Tindakan: Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat AJK PIBG yang lalu.

3.1 Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat JK PIBG Bil 3.


3.2 Cadangan disahkan oleh Encik Mohd Hamidee bin Abu Bakar
Disokong oleh Puan Rosfahizah binti Rosli
Tindakan : Makluman

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Merujuk kepada perkara 4.1 : Puan Sabariah menyatakan sebanyak 79 daripada 171
keluarga dan seorang guru telah membayar yuran PIBG setakat ini. Sebanyak RM
3200 telah dapat dikumpul. Tuan YDP meminta setiausaha PIBG membuat dan mengedarkan
surat peringatan kepada ibu bapa yang masih belum membayar yuran. Ini kerana,
pungutan yuran ini penting untuk kemajuan dan keperluan sekolah.

Tindakan : Setiausaha PIBG

2
4.2 Merujuk kepada perkara 4.2 : Penapis air sekolah telah ditutup sementara kerana
terdapat kebocoran. Penapis air masih dalam ‘warranty’. Pihak sekolah telah
menghubungi pihak pembekal dan mereka akan mengambil tindakan.
4.3 Merujuk kepada perkara 4.6 : YDP telah berjumpa dengan En Khairi berkaitan dengan
pembaikpulih tandas Tahun 1 dan tempat wuduk. Pihak PIBG bersetuju untuk
memberikan RM1000 sebagai deposit untuk memulakan proses pembaikpulih.

5.0 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG

5.1 Sila merujuk Laporan Kewangan yang telah diedarkan kepada semua ahli PIBG
5.2 Pembentangan Laporan kewangan oleh Puan Sabariah binti Hj Pet
Cadangan oleh Encik Mohd Dahalan bin Samat
Disokong oleh Pn. Siti Nor Hanisah binti Mohd Karib
5.3 Pn Sabariah menyatakan sebanyak 79 keluarga dan 1 orang guru telah pun membayar
yuran PIBG
5.4 Sebanyak RM1000 telah dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan sempena Hari
Penyampaian Hadiah pada 10 Februari 2023 nanti.

Tindakan : Makluman

5.0 Perbincangan Pembaharuan Pemajak Kelapa Untuk tempoh akan datang

5.1 Guru Besar memaklumkan pemajak kelapa sedia ada iaitu Encik Mazlan telah pun
memajak kelapa selama 6 tahun sebanyak RM150 dan perjanjian pemajakan akan
berakhir tidak lama lagi.
5.2 Pada tahun ini, pihak sekolah ada menerima permohonan baru daripada komuniti felda
yang ingin memajak pokok kelapa ini. Oleh itu, sebuah perjanjian bertulis telah
disediakan oleh Guru Besar dan ingin dibincangkan butiran secara lebih lanjut bersama
AJK PIBG selaku pemegang amanah.
5.3 Guru Besar menjelaskan bahawa sekolah masih boleh mendapatkan hasil daripada
pajakan ini kerana tanah ini masih merupakan tanah felda selagi tidak diambil alih oleh
kerajaan.
5.4 Guru Besar menyatakan salah seorang calon pemohon pajakan ialah Tuan Hj Khamis,
Imam Felda Kemendor. Namun begitu, masih belum tahu jumlah sebenar yang
ditawarkan oleh calon pemajak baru.
5.5 Notis perlu dikeluarkan kepada pemajak lama iaitu En Mazlan dan beberapa tarikh telah
diutarakan dalam lampiran (borang pajakan) untuk persetujuan dan perbincangan
bersama AJK PIBG
5.6 En Firdaus mencadangkan bahawa notis perlu diperbaharui 30 hari sebelum tamat
tarikh pajakan supaya bayaran bulan akhir dapat diperolehi daripada pemajak lama.
Notis dan iklan boleh dikeluarkan pada masa yang sama iaitu pada awal Februari.

3
5.7 Tarikh yang telah dipersetujui oleh AJK PIBG ialah pada 30 Januari 2023. Tender akan
dibuka dalam lingkungan komuniti kemendor sahaja untuk memberi keutamaan kepada warga
felda kemendor. Cadangan tarikh :

Notis dan pengiklanan Awal Februari


Lawatan tapak 30 Januari 2023
Sebut harga 6 Februari 2023
Mesyuarat pemilihan 7 Februari 2023
Tandatangan surat perjanjian 27 Februari 2023

5.8 Antara kandungan perjanjian, pihak PIBG mempunyai kuasa menamatkan perjanjian ini
pada bila-bila masa dan tidak akan terikat serta bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang
dialami oleh pihak pemajak sekiranya syarat-syarat di dalam perjanjian ini tidak dipatuhi atau
ingkar.

Tindakan: Makluman

6.0 Penangguhan Mesyuarat Agung Selepas Raya

7.1 Guru Besar memaklumkan Mesyuarat Agung Kali ke 47 ditangguhkan pada 1 tarikh yang
akan dinyatakan kemudian.

Tindakan : Guru Besar dan YDP PIBG


8.0 Hal-hal lain.

8.1 Pihak FELDA perlukan sedikit maklumat tentang robotik. En Hamidee menyatakan
laporan telah dihantar kepada FELDA. Mesin pencetak 3D teah dipasang cuma belum
digunakan lagi.
8.2 En Hamidee juga memaklumkan tentang Majlis Apresiasi dan Akreditasi Hari
Kecemerlangan SK Kemendor yang akan berlangsung pada 11 Februari 2023. Murid-
murid telah diberi surat jemputan untuk hadir pada majlis tersebut dan bagi murid yang
tidak menerima anugerah juga boleh hadir.
8.3 Guru Besar menyatakan tentang PIBKS - telah mewujudkan kumpulan Whatsapp bagi
tujuan dokumentasi dan juga memudahkan ibu bapa mengetahui program-program
yang diadakan untuk murid-murid.
8.4 Bunting bagi kemasukan Tahun 1 telah dipasang dan sekolah telah menerima 22 orang
murid setakat ini.
8.5 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Diharap setiap perkara yang
dibincangkan akan diusahakan sebaiknya.

4
Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh,

….………………………………..

(WARIDATUL HASANAH BINTI MAT NOR)


Setiausaha PIBG sesi 2022/2023,
Sekolah Kebangsaan Kemendor,
77000 Jasin, Melaka.

You might also like