You are on page 1of 5

FORMAT MINIT MESYUARAT

PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS DAERAH TANGKAK

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BIL 1 / (2020)

Tarikh : 23 Jun 2020

Masa : 11.30 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Serom 8

Pengerusi : Cikgu Mohd Fadhli Bin Che Musa (Pengerusi PGPK)

Kehadiran (Bilangan) : 14 orang

Turut Hadir (Jika ada) :


1. Cikgu Saifulbahri Bin Mohamad (Penolong PPD Pendidikan Khas)
2. Cikgu Masnorliza binti Othman (Setiausaha MPPK Tangkak)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua
khususnya kepada Ahli Jawatankuasa PGPK ke Mesyuarat Jawatankuasa
Pertubuhan Guru Pendidikan Khas Daerah kali pertama sesi 2020.
1.2. Pengerusi memohon maaf atas panggilan mesyuarat dalam keadaan yang
tergesa-gesa dan berharap semuanya terus mematuhi SOP yang telah
ditetapkan dengan norma baharu dalam pendidikan.
1.3. Mesyuarat kali pertama ini akan membincangkan dan melantik jawatankuasa
kerja disamping penyerahan tugas Ahli Jawatankuasa PGPK 2019 kepada
jawatankuasa yang baharu.
1.4. Pengerusi memperkenalkan sekali lagi AJK PGPK Sesi 2020/2021.
(rujuk lampiran yang)

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada.

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1 Ucapan Cikgu Saifulbahri Bin Mohamad (Penolong PPD Pendidikan Khas) :
4.1.1 Semua guru akan mula bertugas pada 24 Jun 2020 dengan mematuhi
segala SOP baru yang telah ditetapkan.
4.1.2 PdPc juga akan berjalan seperti biasa dengan norma baharu dalam dunia
pendidikan dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara yang paling
mudah di akses oleh murid khususnya ibu bapa.
4.1.3 PGPK perlu memberikan kerjasama yang baik dengan MPPK untuk
memastikan kelancaran program pendidikan khas pada masa akan
datang.
4.1.4 Selain yuran ahli, PGPK boleh cuba mencari dana atau sumbangan lain
bagi tujuan menampung perjalanan aktiviti dan program yang akan
dilaksanakan.
4.1.5 Diharapkan PGPK pada tahun ini akan terus mengekalkan kecemerlangan
dan menambahbaik program-program khususnya yang melibatkan anak-
anak istimewa ini.

Tindakan : Makluman

4.2. Ucapan En. Md Jaffry Bin Janjam (Mantan Pengerusi PGPK 2019/2020) :
4.2.1 Ucapan terima kasih atas jemputan serta tahniah kepada semua AJK
PGPK baharu yang telah dilantik pada tahun 2020 ini. Semoga semuanya
dapat memberikan kerjasama dalam melaksanakan dan menjayakan
program-program PGPK pada masa akan datang. Walaupun baharu,
tetapi skop kerja setiap AJK tetap sama seperti yang lalu dan boleh rujuk
kepada perlembagaan yang ada jika timbul sebarang permasalahan.
4.2.2 PGPK 2019 telah mendapat pengiktirafan daripada PPD Tangkak atas
kejayaan-kejayaan program yang telah dilaksanakan terdahulu. Semoga
kejayaan PGPK yang lalu menjadi inspirasi serta pemangkin semangat
untuk AJK PGPK baharu menggalas tanggungjawab dan amanah yang
diberi.
4.2.3 PGPK Tangkak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai-
pegawai PPD Pendidikan Khas yang sentiasa memberikan sokongan dan
ianya menjadi sumber kekuatan kepada PGPK untuk terus bergerak aktif
pada setiap tahun.
4.2.4 Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa orang guru Pendidikan
Khas Daerah Tangkak yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2019. Semoga kejayaan guru-guru ini menjadi sumber inspirasi
dan semangat kepada guru-guru yang lain untuk terus berjaya.

Tindakan : Makluman

4.3 Pembentangan Kewangan 2019 oleh Cikgu Maslianna Binti Mohd Zainol
(Bendahari PGPK Sesi 2020/2021)
4.3.1 Penyata kewangan telah dikemaskini dan berakhir pada 31 Mei 2020.
4.3.2 Baki terkini adalah seperti berikut :

Tarikh Penerimaan Jumlah Tarikh Perbelanjaan Jumlah


(RM) (RM)
1.5.2020 Baki b/b 493.15 31.5.202 Baki h/b 493.15
0
JUMLAH 493.15 JUMLAH 493.15

4.3.3 Baki di Bank Rakyat : RM300.00


Baki tunai di tangan : RM193.15
4.3.4 PGPK perlu membuat permohonan ke bank bagi tujuan penukaran
tandatangan buku cek. Sehubungan itu, diminta setiausaha PGPK untuk
menyediakan laporan minit mesyuarat yang lengkap dan diserahkan
kepada bendahari untuk urusan selanjutnya.
4.3.5 Bendahari meminta bantuan pengerusi untuk berhubung dengan pegawai
bank yang berkenaan bagi tujuan permohonan tersebut.
Tindakan : Makluman

4.4 Perlantikan Jawatankuasa Biro PGPK Daerah Tangkak Sesi 2020/2021 :

BIL. BIRO JAWATANKUASA (K)


1 Promosi, Ekonomi dan Dana Cikgu Norlaili Binti Anuar
2 Hubungan Luar dan Lawatan Penanda Aras Cikgu Rosniza Binti Osman
3 Peningkatan Profesionalisme Guru Cikgu Norazura Binti Roslan
4 Pengaduan, Kebajikan dan Komunikasi Cikgu Normaria Binti Salleh
5 Multimedia dan Dokumentasi Cikgu Noor Effin Bin Noordin
6 Keagamaan, Kerohanian dan Etika Guru Cikgu Norhasna Binti Yaakob
7 Kesenian dan Kebudayaan/Sukan dan Cikgu Noor Fariza Binti Mohd
Rekreasi Faizail

4.5 Cadangan aktiviti-aktiviti PGPK bagi tahun 2020 :


4.5.1 Majlis anugerah untuk guru-guru Pendidikan Khas Daerah Tangkak
4.5.2 Kursus pengendalian makanan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Cikgu Fathilah Binti Ani mencadangkan agar diadakan satu kursus bahasa
isyarat untuk guru-guru pendidikan khas memandangkan Daerah Tangkak
mempunyai dua orang guru opsyen pendengaran.

5.2 Cikgu Masnorliza Binti Othman mengucapkan terima kasih atas jemputan ke
mesyuarat Jawatankuasa PGPK kali pertama ini. Semoga wujud
kesinambungan di antara PGPK dan MPPK dalam memastikan kejayaan dan
kecemerlangan yang berterusan untuk Pendidikan Khas Daerah Tangkak.

5.3 Cikgu Norfaizah Binti Mahapop memaklumkan tentang kewangan PGPK 2019
dimana yuran keahlian adalah sebanyak RM10 dan perlu dibayar oleh ahli
PGPK yang baharu, manakala yuran tahunan adalah sebanyak rm100 dengan
pembahagian PGPK RM50 dan MPPK RM50 bagi setiap ahli.

5.4 Cikgu Md Jafry Bin Janjam telah memaklumkan beberapa perkara :


5.4.1 Semua guru Pendidikan Khas akan menjadi ahli PGPK secara automatik
tetapi mestilah berdaftar dengan cara mengisi borang pendaftaran ahli.
5.4.2 PGPK Daerah Tangkak telah mempunyai facebook sebelum ini dan
diharap ianya boleh diteruskan oleh jawatankuasa baharu. Tujuan
facebook ini adalah untuk berkongsi maklumat, program serta kejayaan
Pendidikan Khas Daerah Tangkak di mata umum.
5.4.3 Mencadangkan untuk membuat satu T-Shirt bagi setiap ahli PGPK
Daerah Tangkak.

5.5 Cikgu Nur Faizah Binti Abdul Hadi mengharapkan agar AJK PGPK 2020 dapat
meneruskan kecemerlangan Pendidikan Khas Daerah Tangkak pada masa akan
datang. Semoga lebih banyak program-program dapat dilaksanakan pada tahun
hadapan memandangkan untuk tahun 2020 ini telah banyak program terpaksa
ditangguh dan dibatalkan atas sebab penularan wabak Covid 19.
5.6 Cikgu Izma Binti Muhammad Hanafiah memaklumkan bahawa satu google form
akan dibuat untuk mendapatkan maklumat lengkap dan terkini ahli PGPK
Daerah Tangkak.

Tindakan :
Makluman
6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
6.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang baik
oleh AJK PGPK 2019 dan berharap AJK PGPK 2020 dapat melaksanakan tugas serta
tanggungjawab dengan lebih cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 tengah hari.

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Jawatankuasa PGPK Sesi 2020/2021 Bil. 1/2020

Tarikh : 28 Jun 2020

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.
JAWATANKUASA PGPK DAERAH TANGKAK
TAHUN 2020/2021

PENGERUSI
CIKGU MOHD FADHLI BIN CHE MUSA
(SMK TUN SRI LANANG)

NAIB PENGERUSI (MENENGAH)


CIKGU HAMIDAH BINTI HARUN
(SMK PESISIRAN PERDANA)

NAIB PENGERUSI (RENDAH)


CIKGU FATHILAH BINTI ANI
(SK BUKIT GAMBIR)

SETIAUSAHA
CIKGU IZMA BINTI MUHAMMAD HANAFIAH
(SK SEROM 3)

NAIB SETIAUSAHA
CIKGU NOOR EFFIN BIN NOORDIN
(SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR)

BENDAHARI
CIKGU MASLIANNA BINTI MOHD ZAINOL
(SK SEROM 8)

NAIB BENDAHARI
CIKGU NUR SYAFIQAH BINTI AMARUDIN
(SJKC NAN HWA)

AHLI JAWATANKUASA
CIKGU NORMARIA BINTI SALLEH (SK SIMPANG LIMA PEKAN)
CIKGU ROZITA BINTI BUHADI (SK ABDULLAH)
CIKGU MARYAM FASIHAH BINTI MOHD SO’OD (SK BUKIT RAHMAT)
CIKGU ATIQA NABILA BINTI AZMAN (SK PARIT BUNGA)
CIKGU NORLAILI BINTI ANUAR (SJKC CHI MING 1)
CIKGU ROSNIZA BINTI OSMAN (SMK SERI TANGKAK)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

You might also like