You are on page 1of 3

PIBG SEBUDI SESI 2018/2020

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MENDI

28320 TRIANG, PAHANG

TARIKH : 19 APRIL 2019

TEMPAT : DEWAN SMK BUKIT MENDI

MASA : 3.00 PETANG

KEDATANGAN IBU BAPA

FELDA BUKIT MENDI : 45 orang

FELDA BUKIT PUCHONG: 30 orang

FELDA SG.KEMAHAL : 25 orang

SUNGAI TUANG : 10 orang

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Ke-44
3. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan sesi 2018/2019
4. Laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2018/2019
5. Menerima dan membahaskan usul
6. Hal-hal lain
7. Ucapan penangguhan

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Ucapan aluan kepada barisan pentadbir sekolah, guru-guru, dan semua
hadirin.
1.2 Pengerusi memohon kerjasama supaya mesyuarat lancar.

1
PIBG SEBUDI SESI 2018/2020

2.0 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-44


2.1 Cadangan pengesahan :Pn.Asmawati Binti Ramli
2.2 Sokongan : Sokongan sebulat suara ahli PIBG
2.3 Perkara berbangkit:

2.3.1 En.,Mat Noor membangkitkan isu 5.1 dan 5.2 (halaman 10) berkenaan
kenaikan bayaran sumbangan PIBG dan semua ahli bersetuju memulakan
kenaikan pada tahun 2020.

3.0 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan sesi 2018/2019


3.1 Cadangan pengesahan : Pn.Normah Binti Mat Jan
3.2 Sokongan : Sokongan sebulat suara
3.3 Perkara berbangkit:
3.3.1 En.Noor Azlan bertanya tentang pembelian tudung dan tie guru.
Pengetua menjelaskan DKPF ialah dana bagi saguhati guru dan atas
persetujuan YDP, digunakan sedikit sebagai cenderahati guru.
3.3.2 Pn. Zarina Binti Masri membangkitkan atlet memanah tiada bantuan
ke MSSP dan YDP menjelaskan tentang kekurangan dana PIBG.
3.3.3 En.Noor Azlan membangkitkan pembelian Hard Disk CCTV dan
saguhati staff. YDP menjelaskan pembelian melalui dana DKPF bukannya
dana PIBG.

4.0 Laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2018/2019


4.1 Pengerusi membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memaklumkan
penglibatan lebih ramai ibubapa adalah perlu bagi melancarkan sebarang
aktiviti.

2
PIBG SEBUDI SESI 2018/2020

5.0 Menerima dan membahas usul


5.1 Bayaran tambahan sebanyak RM5.00 untuk aktiviti kokurikulum.
5.2 (Usul daripada En.Mohd Tan Bin Kassim)
Usul diterima semua ahli yang hadir.
5.3 Penggunaan sistem kehadiran online yang boleh dipantau ibubapa dan
penjaga. Kos diperlukan adalah RM1.00 sebulan yang dijangka bermula Jun
2019 (Usul daripada En.Ahmad Nazli Bin Sadali)
Usul diterima sebulat suara semua ahli yang hadir.

6.0 Hal-hal lain


6.1 En. Noor Azlan bertanyakan tentang keputusan UP1. Pengetua
memaklumkan SAPS tidak dibuka bagi UP1. Namun sekolah melakukan
analisis manual bagi tingkatan 3 dan 5.

7.0 Ucapan penangguhan


7.1 Pengerusi membuat ucapan penangguhan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

_______________________ ____________________

(AHMAD ZAHRI BIN ASBANI) (MAT NOOR BIN NAYAN)

Setiausaha PIBG YDP PIBG

You might also like