You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


KLUANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG


BIL. 1/ 2019

Tarikh : 22 Januari 2019 (Selasa)

Masa : 1.45 tengah hari

Tempat : Bilik Pemulihan SK Tunku Mahmood 2

Pengerusi : Tn. Hj. Samran bin Selamat

Kehadiran(Bilangan) : 13 orang

1. Tn. Hj. Samran bin Selamat


2. Pn. Angelina a/p Henry
3. Pn. Siti Norlina binti Mohamd Saleh
4. Pn. Azrina binti Mohd Sahil
5. Pn. Faedatul Adawiyah binti Mohd Mokri
6. Pn. Navanita a/p Sangarasivam
7. Pn. Hasriana binti Basri
8. Pn. Martina anak Tanggai
9. Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno
10. Pn. Siti Nurul Iklimah binti Sazali
11. Pn. Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali
12. En. Mohd Hasifuddin bin Md Noor

Turut Hadir (Jika ada) :

1. En. Abdul Rahman Talib bin A. Karim – Guru Besar

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang dengan kehadiran semua
ahli jawatankuasa PIBG untuk mesyuarat kali pertama untuk tahun 2019.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru besar kerana sentiasa berada di
pagar A dan B untuk menyambut kehadiran murid ke sekolah.

1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang
menjayakan semua program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018.

1
2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar, En. Abdul Rahman Talib b. A. Karim mengalu-alukan kehadiran
kesemua ahli jawatankuasa PIBG dalam mesyuarat pertama bagi tahun 2019.

2.2 Beliau memaklumkan latihan sukan sekolah bermula pada jam 7.20 pagi hingga
9.30 pagi, setiap hari sehingga 28 Januari 2019. Hari sukan akan dilaksanakan
pada 29 Januari 2019 (Selasa) dan berharap agar AJK PIBG dapat turut hadir
sebagai pegawai jemputan.

2.3 Beliau memaklumkan bahawa pentas di dewan sedang diubahsuai kerana pentas
yang asal telah diserang anai- anai. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
pihak PIBG dengan sumbangan pondok dan kerusi batu dan telah digunakan
secara maksimum oleh murid terutamanya pada waktu rehat.

2.4 Makluman enrolmen guru dan murid terkini :

Bilangan guru : 46 orang


Bilang murid tahun 1 hingga 6 : 597 orang
Bilangan murid pra : 50 orang

2.5 Beliau memaklumkan program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Januari
iaitu :

2.5.1 Perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6 : 26 Januari 2019


2.5.2 Pertandingan bola jaring peringkat daerah : 27 dan 28 Januari 2019

Tindakan : Makluman

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Navanita a/p Sangarasivam

Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Jamuan untuk meraikan kejayaan murid- murid yang telah bertanding ke peringkat
negeri dan kebangsaan sepanjang tahun 2018 akan dikelolakan oleh AJK PIBG
(guru) pada 27 Februari 2019 (Rabu). Guru- guru yang membimbing dan mengiringi
murid juga dijemput hadir.

Tindakan : Jawatankuasa PIBG dan Pengerusi Permuafakatan

5.0 FOKUS MESYUARAT

5.1 Mesyuarat Agung PIBG


2
5.1.1 Cadangan tarikh Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 43 ialah pada 3 Mac 2019,
jam 2.00 petang.
5.1.2 Perasmi ialah Yang Berhormat Puan Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang
dan sekaligus merasmikan Bilik Bestari Sekolah Kecemerlangan.
5.1.3 Mohon ibu bapa mencadangkan agar kutipan sumbangan PIBG bagi tahun
2019 dan 2020 dikekalkan sebanyak RM50.00 perkeluarga.

6.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN

6.1 Pembentangan Penyata Kewangan

6.1.1 Penyata Kewangan PIBG dibentangkan oleh bendahari iaitu Pn. Azrina binti Mohd
Sahil berakhir 31 Disember 2018 berbaki RM10,213.38 dalam akaun semasa PIBG.

Cadangan : Pn. Pn. Hasriana binti Basri


Sokongan : Pn. Azlina binti Ahmad

6.2 Mesyuarat Agung PIBG

6.2.1 Pn. Siti Norlina membentangkan anggaran perbelanjaan untuk Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke- 43 seperti berikut :

BIL
PERKARA KUANTITI SEUNIT JUMLAH

1 Ganjaran UPSR 4A 3 RM40 RM120


Jamuan ibu bapa, guru dan
2 murid persembahan, kompang, 300 RM3.00 RM900
flower girl
Jamuan VIP (vip, Guru Besar,
3 15 RM10 RM150
GPK, AJK Ibu Bapa)
4 Hamper cabutan bertuah 25 RM20 RM500
5 Kain rentang 2 RM64 RM128
6 Cenderamata Perasmi 1 RM80 RM80
7 Buku Program 200 RM2 RM400
Kertas sijil, glossy paper, plastik
8 RM50
laminate
9 Belanja Runcit RM100
10 Cenderamata AJK PIBG 18 RM20 RM360
11 Keluarga Prihatin 1 RM50 RM50
JUMLAH RM2838

Tindakan : Makluman

3
7.0 HAL- HAL LAIN

7.2 Takwim PIBG Tahun 2019 merujuk kepada Takwim Sekolah SKTM2 iaitu program
yang melibatkan kerjasama dengan pihak PIBG. Pengerusi berharap agar AJK
PIBG dapat memberi kerjasama yang baik dalam setiap program yang akan
dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

8.0 PENUTUP

7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Disediakan oleh,

.................................................................
PN. SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH
Setiausaha PIBG
SK Tunku Mahmood 2

Tarikh : 24 JANUARI 2019

You might also like