You are on page 1of 2

SPSK PK 07/2

SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARY


JALAN INTAN BAIDURI 5D, TAMAN INTAN BAIDURI,
52100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT Unit SPBT BIL 1/2019

Tarikh : 27 Disember 2019


Masa : 8.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Puan Siti Norlisa binti Norsham
Kehadiran
1. Cik Ngan Wei Fun ( GuruBesar )
2. Puan Halizah Abd Hamid ( PK Pentadbiran )
3. Puan Siti Norlisa Norsham ( PK HEM )
4. Puan NorAsmaruzie Mohd Zain (PK Kokurikulum)
5. Puan Naizah binti Abd Wahab (Ketua Unit SPBT)
6. Puan Nur Anis Atiqah binti Yahya (Pencatat)
7. Encik Muhammad Amin Shafiq bin Seman
8. Encik Muhammad Azran bin Radhi
9. En. Sabran Solihin Mohd Safian

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn Siti Norlisa Norsham mengucapkan terima kasih kepada semua


jawatankuasa guru Unit SPBT kali pertama bagi sesi 2020.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Disahkan oleh Pn. Naizah

2.2 Disokong oleh Encik Azran.

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. PERKARA BARU

4.1 Pn, Siti Norlisa menjemput Puan Naizah selaku ketua Unit SPBT untuk
memberikan laporan mengenai aktiviti SPBT sepanjang Tahun 2019
4.2 Puan Naizah selaku ketua Unit SPBT 2020 dijemput untuk memberikan
ucapan.

4.3 Pn. Naizah telah melaporkan tentang aktiviti - aktiviti sepanjang Tahun 2019
iaitu :
i. Ikrar Penjagaan Buku Teks oleh murid- murid pada hari Rabu minggu ketiga
setiap bulan.
ii. Taklimat Penjagaan Buku Teks kepada murid- murid Tahun 1 dalam minggu
orientasi.
iii. Pemeriksaan buku teks oleh guru kelas/mata pelajaran.
iv. Pengisian data pesanan buku teks bagi pembekalan Tahun 2020.
v. Pelupusan buku teks.
vi. Pemulangan dan peminjaman buku teks.
Tindakan: AJK UNIT SPBT

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pn.Naizah mengucapkan terima kasih kepada guru – guru yang baru dilantik
dan diharapkan dapat memberikan kerjasama dengan baik bagi menjayakan aktiviti
– aktiviti SPBT Tahun 2020 ini dengan lebih cemerlang.
Tindakan: AJK Unit SPBT

6. PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………… ……………………
(NUR ANIS ATIQAH BINTI YAHYA) (NGAN WAI FUN)
Pencatat Unit SPBT. Guru Besar,
SK St. Mary, Kuala Lumpur.

You might also like