You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL.

2/2018

Tarikh : 31 October 2018


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, 21020 Kuala Nerus,
Terengganu

Kehadiran AJK
1. Encik Nor Shafizan bin Husain - Timbalan Pengerusi
2. Puan Zaleha bt Muhamad - Naib Pengerusi 1
3. Encik Mat Saad bin Abdullah - Naib Pengerusi 2
4. Pn. Siti Suraya Binti Ismail - Setiausaha
5. Pn. Sarkhiyah bt Manshor - Penyelaras Makmal Komputer
6. Pn. Noorazira bt Ahmad Zaki - Penyelaras NILAM
7. Pn. Afifah bt Ismail - Penyelaras Bilik BBM
8. Pn. Zulyati bt Abd Rahman - Penyelaras Bilik Tayang

Agenda mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Encik Nor Shafizan mengucapkan tahniah keapda semua yang dapat hadir dan
memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Beliau menyerahkan kepada Puan Siti Suraya untuk mempengerusikan
mesyuarat pada hari ini.

2. Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Pn. Zulyati mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn.
Noorazira.

3. Maklum Balas

3.1 Tiada perkara berbangkit

4. Laporan Aktiviti PSS 2018

4.1 Pn Siti Suraya melaporkan aktiviti-aktiviti di bawah kelolaan Pusat Sumber


Sekolah sepanjang tahun 2018 berjalan dengan lancar.
4.2 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama AJK dan guru-guru dalam
memastikan kejayaan setiap program yang dijalankan.

Tindakan : Makluman
5. Naik Taraf dan Keceriaan Perpustakaan Sekolah

5.1 Puan Siti Suraya memaklumkan proses naik taraf dan keceriaan PSS berjalan
lancar dan telah pun siap sehingga 90%.
5.2 Beliau juga memaklumkan PSS akan dapat digunakan sepenuhnya pada awal
Januari 2019.
5.3 Beliau menggalakkan guru-guru menggunakan Pusat Sumber Sekolah dan
mengisi buku rekod penggunaan bilik-bilik khas di bawah pusat sumber.

Tindakan : Makluman

6. Kewangan

6.1 Puan Siti Suraya membentangkan penyata kewangan.


6.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pembelanjaan pada tahun 2018 adalah lebih
kepada penambahan stok buku.

Tindakan : Makluman

7. Program NILAM

7.1 Pn Noorazira memaklumkan data NILAM sekolah telah selesai pun dihantar pada
pihak PKG Mengabang Telipot.
7.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantu
mengumpul data NILAM dan memberikan kerjasama yang baik.

Tindakan : Makluman

8. Hal-hal lain

8.1 Encik Nor Shafizan berharap AJK PSS dapat terus bekerja keras untuk
kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah dan beliau juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua.
8.2 Puan Siti Suraya memaklumkan ada lantikan baru pengawas pss bagi sesi tahun
2019 yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6.
8.3 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK dan semua guru yang
membantu melancarkan program tahun 2018 dan mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang ke tarikh yang akan dimaklumkan oleh
Setiausaha kelak.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

---------------------------------------- -----------------------------------
(SITI SURAYA BINTI ISMAIL) (MOHD FADLI BIN SIDIK)
Setiausaha PSS Guru Besar
SK Darat Batu Rakit SK Darat Batu Rakit

You might also like