You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KE 4/2018

SMK TUANKU MUHAMMAD, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 19 NOV 2018


HARI : ISNIN
TEMPAT : MAKMAL ICT
MASA : 02:30 – 03:30 PTG

KEHADIRAN

1. Pn. Norsufiza Binti Muhammad (GKMP Sains & Matematik)


2. En. Mohammad Harun bin Endut (Ketua Panitia Matematik ) – Pengerusi
3. Pn. Norafidah Binti Nordin (Pen Ketua Panitia Matematik )
4. Cik Nurhazrina Binti Ahmad (Setiausaha)
5. Pn. Azrinda Binti Bunaim
6. Pn. Cheeh Oi Muei
7. Pn. Siti Noraizah Binti Hamdi
8. Pn. Yusniza Binti Jamaluddin
9. En. Mohamad Shahir bin Ismail
10. En. Zulkifli bin Muhamad
11. Pn. Azlina binti Puteh

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Matematik.
Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru kerana
memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjalankan setiap aktiviti
panitia dalam membantu meningkatkan kecemerlangan Panitia Matematik
bagi tahun 2018.
Tindakan : Semua Panitia Matematik

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 3/2018 yang lalu. Pn.
Azrinda Binti Bunaim mencadangkan minit mesyuarat kali ke 3/2018 untuk
disahkan dan telah disokong oleh En. Mohamad Shahir bin Ismail. Minit
disahkan tanpa sebarang pindaan.

Tindakan : Guru Matematik


3.0 BANGKITAN MINIT

3.1 Pengerusi mengingatkan guru Matematik bagi Tingkatan 1 & 2


mengemaskinikan rekod PBD offline dan Tingkatan 3 untuk rekod PBS
offline untuk memudahkan guru jika ada pemantauan dari pihak JPN dan juga
PPD. Selain itu, rekod tersebut juga memudahkan guru melaporkan prestasi
pelajar kepada ibu bapa serta bagi perpindahan pelajar.

Tindakan : Guru Matematik Men Ren

1
4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi memaklumkan tentang aktiviti panitia sepanjang tahun yang perlu
disenaraikan untuk penambahbaikan atau pun dihentikan.

Tindakan : Semua guru Matematik

4.2 Rancangan strategik panitia matematik sesi 2019 perlu dihantar salinan
kepada PK1 dan GKMP .

4.3 Laporan PLC perlu dihantar kepada penyelaras bagi proses dokumentasi.
4.4 Guru subejk tingkatan 3 dan 5 perlu menghabiskan silibus lebih awal iaitu
selewat-lewatnya bulan julai untuk ulangkaji peperiksaan umum.

Tindakan : Semua guru Matematik

5.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
Semoga Allah membalas kita dengan kebaikan di atas semua usaha kita dalam
menyampaikan ilmu.

Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 3:30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………………….

Cik NurHazrina Binti Ahmad En. Mohammad Harun bin Endut

Setiausaha Panitia Matematik, Ketua Panitia Matematik

You might also like