You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM

32100 LUMUT
PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1


TAHUN 2022/2023

Tarikh : 9 April 2022


Hari : Sabtu
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing ( Google Meet)
Pengerusi : Pn. Fatimah binti Sulaiman
Kehadiran : 15 orang

Kehadiran :

1. Pn. Zalina binti Zakaria (Penolong Kanan Pentadbiran)


2. Fatimah Binti Sulaiman
3. Nor Herda Yanti Binti Mohamed Isa
4. Zanainah Binti Aziz
5. Noryuhaida Binti Yusoff
6. Azmar Binti Omaruddin
7. Mazlifah Binti Mashur
8. Mohd Fahmi Bin Omar
9. Siti Nabila Assilah Binti Alias
10. Masrani Binti Hashim
11. Ratna Saerah Binti Zainal Abidin
12. Noor Hafizah Bt Md Ali
13. Raizatul Azora Binti Ab Rashid
14. Nor Ibriziah Binti Mat Shahizan
15. Rasidah Binti Abd Wahab

Tidak Hadir :
1. Mohd Firdaus Bin Abdul Rashid
2. Mosaireen Bin Makhtar
3. Ahmad Hamdan Bin Isa

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Bacaan Al-Fatihah dan Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.
Zalina binti Zakaria dan kepada semua guru matematik yang hadir terutamanya guru
matematik yang baru menyertai Panitia Matematik bagi tahun 2022/2023.
Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.
Tindakan : Makluman

1.3 Beliau menyatakan penggunaan CIDS adalah diteruskan dan sekiranya guru
mempunyai masalah untuk membuat CIDS boleh rujuk kepada Ketua Panitia.

Tindakan Makluman

1.4 Sesi persekolahan bagi tahun 2022/2023 adalah sebanyak 40 minggu bagi murid
Tahun 1 hingga Tahun 5.

Tindakan : Makluman

1.5 Penggunaan buku bagi subjek Matematik adalah hanya sebanyak 2 buah tulis untuk
latihan, buku aktiviti yang dibekalkan oleh KPM dan juga buku teks sahaja bagi
menyahut seruan KPM untuk meringankan beg sekolah murid.

Tindakan : Semua Guru Matematik

1.6 Beliau menegaskan terdapat perubahan pada DSKP Semakan 2017 bagi Tahun 6 dan
guru yang terlibat perlu peka dan membuat rujukan pada DSKP tersebut.

Tindakan : Semua Guru Matematik Tahun 6

1.7 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan
lebih baik dan lancar.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Pn. Zalina binti Zakaria selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua guru Matematik.

2.2 Beliau juga berharap agar semua guru Matematik bekerjasama supaya dapat
meningkatkan prestasi subjek ini.
2.3 Beliau juga menyeru supaya guru-guru menilai murid-murid secara telus semasa
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah ataupun PBD.

Tindakan : Makluman

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat akhir panitia pada sesi persekolahan yang
lepas.
3.2 Minit Mesyuarat Panitia Matematik yang pertama 2022/2023 dicadang dan disokong
untuk disahkan.
Pencadang : Pn. Mazlifah binti Mashur
Penyokong : Noryuhaida Binti Yusoff

Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada
Tindakan : Makluman

5.0 PENGURUSAN PANITIA


5.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) dan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT )
5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa DSKP dan RPT boleh dapatkan dalam link
google drive yang disediakan oleh SU panitia Math yang akan diberikan di
dalam Telegram.

5.1.2 Pengerusi juga menegaskan bahawa RPT perlu diselaraskan bagi semua tahun.
5.1.3 Pengerusi juga berharap agar semua guru menyediakan salinan DSKP dan
RPT dalam bentuk cetak dan juga digital.
Tindakan : Semua guru

5.2 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan

5.2.1 Semua guru Matematik perlu menggunakan buku teks dan buku aktivti yang
dibekalkan oleh KPM sahaja bagi murid Tahap 1.

5.2.2 Buku kerja yang dibelikan oleh murid perlu disimpan sendiri oleh guru dan
digunapakai sebagai kerja rumah bagi murid Tahap 2.

5.2.3 Sebarang buku kerja tidak boleh berada di dalam kelas kecuali buku yang
dibekalkan oleh KPM dan buku tulis sahaja.

5.2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa bilangan buku latihan untuk setiap tahap
ditetapkan seperti berikut,
Tahap 1 : 2 Buah buku latihan
Tahap 2 : 2 buah buku latihan
Tindakan : Semua guru

5.2.2 Pengerusi menegaskan bahawa buku teks wajib digunakan semasa PDPc.
Buku kerja dan buku latihan harus sentiasa disemak oleh guru .Beliau juga
memohon kepada guru-guru supaya memberi penekanan terhadap penulisan
tarikh,hari,garis tepi dan tulisan murid yang kemas.
Tindakan : Semua guru

5.3 Penetapan Latihan Matematik untuk Murid.

5.3.1 Bagi murid tahap 1, sebanyak 2 hingga 5 soalan akan diberikan


sebagai latihan pada setiap kali PDP kepada murid sebagai pengukuhan dan
pengayaan.
Tindakan: Semua Guru

5.3.2 Bagi murid Tahap 2, panitia telah menetapkan sebanyak 5 hingga 10 soalan
yang akan diberikan kepada murid. Soalan latihan yang akan diberi adalah
mengikut tahap perkembangan murid.
Tindakan: Semua Guru

5.3.3 Pn Fatimah mencadangkan aktiviti congak asas pada 5-10 minit waktu PDP
kepada semua murid tahun1 sehingga tahun6, bagi membiasakan mereka
untuk mengira secara pantas.
Tindakan: Semua Guru

5.4 Perancangan Aktivti Panitia Tahun 2022/2023

5.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa beberapa kumpulan yang melibatkan guru


matematik akan diwujudkan untuk mengemaskini papan dan sudut Matematik
di sekitar sekolah.

Tindakan: Semua Guru

5.4.2 Aktiviti bagi murid yang telah dibincangkan adalah :

i. Program Bijak Sifir


 Murid akan diberikan ganjaran pada setiap bulan bagi setiap kelas dimana
guru matematik setiap kelas akan mengenalpasti murid yang paling
banyak menghafal sifir
 Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 akan terlibat.

ii. Program Pantas Sifir


 Murid yang paling pantas menghafal sifir akan dipilih oleh guru
Matematik mengikut kelas dan akan diberikan ganjaran pada setiap bulan.
Tindakan: Semua Guru

5.5 Pengurusan Kewangan dan Perbelanjaan Panitia

5.5.1 Pengerusi memaklumkan peruntukan sebanyak RM1581.00 telah diberikan


kepada Panitia Matematik.
Tindakan: Makluman

5.5.2 Pengerusi menyatakan sekiranya ada peralatan atau BBM yang diperlukan
untuk memaklumkan kepada beliau untuk disenaraikan.
Tindakan: Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi mencadangkan untuk membuat tempahan baju bagi Panitia Matematik.

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat panitia matematik kali kedua sesi
2022/2023.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:50pm.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................. .......................................................
(SITI NABILA ASSILAH BINTI ALIAS) (FATIMAH BINTI SULAIMAN)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Pangkalan TLDM, Lumut SK Pangkalan TLDM, Lumut
Tarikh : 13 April 2022 Tarikh : 13 April 2022

Disahkan oleh,

.............................................................
(ROHAIZAN BIN MOHAMED HANIF)
Guru Besar
SK Pangkalan TLDM, Lumut
Tarikh :

You might also like