You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 2 / 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM

Hari : Selasa
Tarikh : 14 Julai 2020
Masa : 12.00
Tempat : Pusat Sumber SK Pangkalan TLDM

Kehadiran :

KEHADIRAN
1. Puan Siti Zaharah binti Mokhtar
2. Encik Mohd Shah bin Md Sani
3. Puan Aizam binti Omarudin
4. Encik Mohd Ikmal
5. Puan Nureha binti Mohamad
6. Puan Siti Nabila Assilah Binti Alias
7. Encik Mohd Ikmal

TIDAK HADIR BERSEBAB


- Tiada
Pengerusi Mesyuarat : Puan Siti Zaharah binti Mokhtar ( PK Pentadbiran)
AGENDA MESYUARAT

Agenda 1: KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1. Memulakan dengan mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-
guru yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral
Bil.2/ 2020.
Tindakan : Makluman

Agenda 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Ikmal

Disokong untuk pengesahan oleh Encik Khairudin bin Tahar


Tindakan : Makluman

Agenda 3: PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan.


Tindakan : Semua Guru

Agenda 4 : FOKUS MESYUARAT

4.1 Persediaan Sesi Persekolahan Sewaktu PKP .


4.1.1 Guru-guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan yang telah bermula
pada 7 Julai 2020 bagi murid tahun 5 dan tahun 6 manakala murid Tahun 1,2,3 dan 4
pada 22 Julai 2020. Pengerusi mahu pada setiap hari persekolahan PdP berjalan
mengikut jadual yang ditetapkan dan penegasan untuk pengamalan normal baru
kepada semua murid.

4.1.2 Setiap guru diminta memberi maklumat dan penerangan kepada murid berkaitan
pelaksanaan PdP , peraturan sekolah, adab belajar serta normal baru untuk musim
PKP INI. Guru juga perlu membantu guru kelas dalam menguruskan bilik darjah
dengan baik bagi menggalakkan pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja
mencukupi mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.
4.1.3Guru juga diminta menyediakan PdP pada hari pertama dalam buku
persediaan mengajar.
Tindakan : Semua guru
4.2 Kewangan
4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kewangan untuk Panitia Bahasa Inggeris bagi tahun
2020 adalah sebanyak RM250.00.
4.2.2 Pengerusi berharap agar guru-guru dapat membuat kertas cadangan program dan
menyenaraikan bahan bantu mengajar yang diperlukan seawal mungkin supaya dapat
menggunakan peruntukan yang diberi dengan lebih berhemah dan dapat
menggunakan peruntukan mengikut jadual yang dicadangkan.

Tindakan : Guru Pendidikan Moral

4.2.3 Pengerusi meminta semua guru untuk bersama-sama menjayakan program tahun
2020.
Tindakan: Guru Pendidikan Moral

4.3 Perkembangan Staff/PLC/LADAP


4.3.1 Pengerusi memberikan informasi berkenaan PdPc pasca covid19 untuk Pendidikan
Moral yang digunakan oleh murid tahun satu hingga enam.
4.3.2 Sebarang maklumat diharapkan dapat dikongsi bersama pengurusan dan panitia
melalui taklimat ringkas/laporan kecil.
.
Tindakan : Makluman
Agenda 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 PBD
5.1.1 Pengerusi meminta guru-guru untuk mengemaskini rekod PBD.
Tindakan : Guru-Pendidikan Moral

5.1.2 Pengerusi memberi peringatan tarikh serahan buku latihan murid meengikut jadual
yang terdapat dalam buku pengurusan sekolah 2020 tetapi dipinda ke tarikh yang
akan diberitahu kelak kerana PKP yang telah dilaksanakan dan pindaan takwim
sekolah yang baru.

5.1.3 Pencerapan guru oleh Pengurusan Sekolah dan Ketua Panitia akan dilakukan
mengikut takwim sekolah.
Tindakan: Makluman
Agenda 6 : PENUTUP
1.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi.
1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tgh.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan Oleh:

.............................................. ...................................... ..............................................


(Pn. Siti Nabila Assilah Alias) (Pn. Siti Zaharah binti Mokhtar)
(En.Mohd Shah bin Md
Setiausaha Panitia Pendidikan PK Kurikulum,
Sani) Ketua Panitia
Moral, Pendidikan Moral, Sesi 2020.
Sesi 2020. Sesi 2020. SK Pangkalan TLDM
SK Pangkalan TLDM SK Pangkalan TLDM

You might also like