You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS

KM 10, JALAN HUTAN KAMPONG,

06200 ALOR SETAR, KEDAH.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA 3K KALI KEEMPAT 2015

Tarikh : 15 November 2015


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKKB

Kehadiran :

1. Pn. Yuhanis Binti Mahmud


2. En. Suhiza Bin Yusuf
3. Pn. Siti Aminah Binti Hassan
4. Pn. Rosliana Binti Ahmad Ramli
5. Pn. Fauziah Binti Ali
6. Pn. Dollina Binti Abdul Ghafar
7. Pn. Rehan Qistina Binti Abu Bakar
8. Pn. Fathiyah Binti Md. Yusof
9. Pn. Roosilawaty Binti Umran
10.Pn. Jamilah Binti Md. Isa
11.Pn. Siti Rosnani Binti Hassan
12.Pn. Fatimah Binti Ahmad@Ayob
13.En. Azizan Bin Hassan
14.Pn. Rushda Adiba Binti Hamid
15.Pn. Siti Rahmah Binti Rahmat
16.Pn. Rokiah Binti Ishak
17.Pn. Che Embun Binti Ahmad
18.Pn. Maryati Binti Ahmad
19.Pn. Romlah Binti Md Isa
20.Pn. Misah Binti Mansor
21.Pn. Zawiyah Binti Ismail
22.Pn. Junaidah Binti Ismail
23.En. Mazlan Bin Ismail
24.Pn. Jamilah Binti Md Isa
25.Pn. Fatimah Binti Ahmad
26.Pn. Yeoh Liew Kee
27.Pn. Rushela Binti Othman
28.Pn. Shuhaila Binti Jamaludin
29.Pn. Norzatul Rosnisham Binti Radzi

1 Aluan Pengerusi

1.1 Tuan pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua


ahli jawatankuasa kerana telah memberi penglibatan penuh
sepanjang tahun ini dan diharapkan pada tahun hadapan juga
semua ahli akan memberikan komitmen yang lebih tinggi dalam
membantu pihak sekolah bagi semua program atau aktiviti
khususnya yang melibatkan para pelajar. Pn. Yuhanis juga selaku
pengerusi mesyuarat juga mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua ahli jawatankuasa untuk mesyuarat kali keempat.

2 Membentang dan mengesahkan mesyuarat yang lalu.

2.1 Pn. Setiausaha membentang minit mesyuarat yang lalu.


2.2 Pn. Fauziah mencadang dan disahkan oleh Pn. Roosilawaty.
2.3 Pn. Zawiyah menyokong.

3 Perkara perkara berbangkit.

3.1 Pn. Fauziah membangkitkan masalah tandas yang rosak dan


disfungsi di blok B. Hal ini mengganggu keselesaan guru guru
yang menggunakan tandas tersebut.
3.2 Tuan pengetua melaporkan bahawa peruntukan membaiki
kemudahan sekolah yang diberikan kepada pihak sekolah telah
digunakan sepenuhnya bagi membaiki pintu kelas dan tandas
pelajar.Oleh itu, diharapkan semua guru bersabar dan menunggu
peruntukan tahun hadapan bagi pembaikan tandas guru tersebut.

4 Pelan Strategik 2016 2018

4.1 Pn. Yuhanis melaporkan pelan strategik yang dirujuk adalah seperti
tahun sebelumnya (tiga tahun dahulu ) kerana pelan yang terkini
adalah dalam tempoh jangka panjang.
4.2 Pn. Yuhanis juga berharap agar semua guru yang terlibat dapat
memberikan pelan strategik lebih awal kepadanya untuk tujuan
laporan.

5 Pelan Taktikal 2016

5.1 Pn. Yuhanis meminta semua guru yang terlibat untuk menyediakan
pelan taktikal seperti yang dirancang dan menyerahkan kepadanya
sebelum atau pada 19 November 2015 untuk tujuan laporan.

6 Hal hal lain

6.1 Tuan pengetua memaklumkan bahawa keceriaan dan kebersihan


sekolah perlu dipertingkatkan kerana baru baru ini sekolah
dikompoun oleh Pejabat Kesihatan Kota Setar senayak RM 500 atas
kesalahan membiarkan air bertakung di dalam kawasan sekolah.
6.2 Oleh itu, pihak pentadbir sekolah mengharapkan semua guru
terutama bahagian keceriaan sekolah untuk mengembleng tenaga
membantu meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah.
6.3 Unit HEM juga mengharapkan agar semua unit khususnya unit 3K
untuk memberi tumpuan penuh ke atas maslah tersebut. Skuad
denggi juga perlu ditambah ahli pada tahun hadapan bagi
mengatasi masalah ini.

7 Penutup
7.1 Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang hadir dan memberi komitmen penuh terhadap tanggungjawab
masing masing. Kesemua program yang dilaksanakan adalah
untuk mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.Adalah
diharapkan semua guru dapat memberi muafakat dan bersama
sama menyokong pihak pentadbir dalam menguruskan hal hal
sekolah.

7.2 Guru perlu menghayati visi, misi dan piagam pelanggan sekolah
babgi meningkatkan kecemerlangan sekolah selain dapat
membantu pelajar ke arah pendidikan yang lebih berkualiti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4 petang.

Disediakan oleh, Disemak dan


disahkan oleh

(Rehan Qistina bt. Abu Bakar) (Yuhanis binti


Mahmud)
Setiausaha unit 3K Penolong
Kanan HEM

You might also like