You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JELI (1)

17600 JELI
KELANTAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KURIKULUM


BIL. 1 / 2019

Tarikh : 3 Januari 2019


Hari : Khamis
Masa : 1.15 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKJ (1)

Hadir :

1. En. Che Roslan bin Ab Razak


2. En. Abdul Malik b Kiman
3. Pn. Azizah bt Mohamed Lazim
4. En. Mohamad Radi b Mohamed Rosly
5. Pn. Rohayati bt Ismail
6. Pn. Zinatul Ashiqin bt Safii
7. Pn. Rohaizan bt Nawi
8. Pn. Noor Wahidah bt Alim
9. Pn Raiha bt Othman
10. Pn. Zaihan Azmarini bt Mohd Abidin
11. Pn. Rosnah bt Mostaffa
12. Pn. Rohayati bt Ibrahim
13. Pn Noor Leana bt Yahya
14. Pn. Nor Azilawati bt Yusof
15. Pn. Namiran @ Normahiran bt. Abdullah
16. Pn. Nur Hayy Qayyum bt Abdul Razak
17. Pn. Saliza Anida bt Salleh
18. Pn. Nor Aini bt Husain
19. Pn. Noradila bt Ramly
20. Pn. Adas bt Jidin
21. Pn. Hasni bt Muhammad
22. Pn. Farhana Arianty bt Faisal
23. Pn. Norhapizah bt Jusoh
24. Pn. Halimah bt Shamsuddin
25. Pn. Siti Suraida bt Sidik
26. Pn. Noorazlizawaty bt Mohd Nasir
27. Pn Noraida bt Hamzah
28. Pn. Safini bt Mohd Razali
29. Pn. Azlinawati bt Yaakob
30. Pn. Sarimah bt Sadiman
31. Pn. Zalina bt Ayob
32. Pn. Zalifah bt Daud

1
33. Pn. Rohkiah bt Seman @ Osman
34. Pn Yusdiana bt Yusof
35. Pn. Siti Shuhaida bt Daud
36. En Raisam bt Abd Kadir
37. En. Hasemaruddin b. Abdullah
38. En. Mohd Sukarno bin Saidi
39. En. Razali bin Mustaffar
40. En Al-Ahmadi b Zulkifli
41. En. Muhammad Ruslan b Azahari
42. Jihadudin bin Yusoff
43. En. Saharuddin b Ismail
44. En. Nor Izham bin Ibrahim
45. Pn. Wan Huraizah bt Wan Yusoff
46. Pn. A'edah bt Abdullah
47. Pn Rosmaidah bt Setapa
48. Pn. Mashanim bt Mat Kasa
49. En. Yusran b Sidik
50. En. Hisyamuddin bin Abdul Razab
51. En. Nasuha bin Ismail
52. Pn. Nooraini bt Abdul Rahman

Tidak hadir bersebab :


1. Pn. Noriah bt Abdul Hamid
2. En. Wan Mohd Sharifudin bin Ismail
3. Pn Rosmawati bt Said
4. Pn. Akmaliah bt Yusoff
5. Pn. Norzubaidah bt Mohamed
6. Pn. Wan Harlina bt Wan Ibrahim

1. PERUTUSAN PENGERUSI (EN. ABDUL MALIK BIN KIMAN)

1.1 En Abdul Malik bin Kiman selaku pengerusi mesyuarat pengurusan kurikulum
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan atas komitmen
yang berterusan sepanjang 2018. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan
selamat datang kepada tiga orang guru baharu yang melaporkan diri dengan
harapan bersama-sama bekerja dalam satu pasukan demi merealisasikan visi dan
misi sekolah.
Tindakan : untuk makluman

1. PERUTUSAN TUAN GURU BESAR (EN. CHE ROSLAN BIN AB RAZAK)

1.1 Tuan Guru Besar memaklumkan walaupun bilangan yang mendapat 6A tidak ada
namun terdapat peningkatan GPS UPSR 2018 berbanding tahun lepas dan bilangan
murid yang mendapat tawaran ke SBP juga meningkat.
Tindakan : untuk makluman

2
1.2 Beliau juga mengingatkan agar semua guru akur dengan ketetapan yang dibuat demi
memperkasakan aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam perkara-perkara
berikut-
1.2.1 Guru masa pertama hendakla berada di dalam kelas seawal 7.40 iaitu sebelum
loceng pertama dibunyikan.
1.2.2 Mengaplikasikan amalan PSA semasa Proses Pdpc.
1.2.3 Guru hendaklah menggunakan ruang masa semaksima mungkin dalam usaha
membantu murid meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar.
1.2.4 PdPc perlu dilakukan samada di dalam kelas atau bilik khas.
1.2.5 Setiap murid tahun satu perlu memiliki buku komunikasi yang digunakan
sebagai wadah menyalurkan maklumat sekolah kepada ibubapa
1.2.6 Peraturan sekolah bagi setiap murid adalah terpakai untuk semua murid
termasuklah anak-anak guru dan pekerja.
1.3

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL.2/2018

3.1 Setiausaha kurikulum, Pn. Zinatul Ashiqin binti Safii telah membentangkan minit
mesyuarat kurikulum yang lalu untuk disahkan.
Tindakan : untuk makluman

3.2 En Yusran b Sidik mencadangkan agar minit mesyuarat kurikulum Bil.1/2019


yang lalu diterima dan disahkan. Cadangan beliau disokong oleh Pn Sarimah bt
Sadiman.
Tindakan : untuk makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara dibangkitkan

4. LAPORAN PERBINCANGAN
Dasar-dasar pengurusan kurikulum 2019
4.1 En Abdul Malik bin Kiman selaku penolong kanan pentadbiran memaklumkan
mengenai dasar-dasar pengurusan Kurikulum 2019 sepertimana berikut:-
4.1.1 Mesyuarat kurikulum diadakan 4 kali setahun
4.1.2 Notis makluman mesyuarat adalah 2 hari sebelum mesyuarat diadakan.
4.1.3 Edaran minit dan borang bmaklumbalas minit mesyuarat adalah 14 hari
selepas tarikh mesyuarat.
4.1.4 Pentaksiran untuk murid tahap 1- dibina oleh guru subjek masing-masing.
4.1.5 Pemantauan FLO akan dilakukan 2 kali setahun manakala pemantauan harian
adalah melalui Learning Walk.
4.1.6 Semakan buku tulis- guru-guru perlu menghantar 10 buah buku tulis untuk
disemak oleh pentadbir.( rujuk jadual dalam buku pengurusan).

3
4.1.7 Sistem fail-hendaklah sentaisa dikemaskini dan diletakkan dibilik
dokumentasi.DSKP,RPT dan RPH sentiasa dikemaskini dan ada bersama
guru.
Tindakan : untuk makluman

4.2 Kamus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kurikulum

Ketua-ketua panitia Bahasa Malaysia, Sains, Matematik, Bahasa Inggeris,


Pendidikan Islam dan Sejarah membentangkan laporan analisis pencapaian ujian
pertengahan tahun. (Rujuk lampiran).
Tindakan : untuk makluman
4.2 Pelaksanaan / KSSR/PBD/PBS
5.2.1 Pn Wan Huraizah memaklumkan beberapa panitia akan membuat ”in
house traning” pada minggu hadapan dan beliau mengingatkan
laporan kursus hendaklah dihantar 10 hari selepas kursus diadakan.
Tindakan : Guru/ Panitia terlibat

5.2.2 Beliau memaklumkan dapatan dari hasil penyemakan RPH dan RPT
didapati ada yang masih belum lengkap dan perlu penambahbaikan.
Tindakan : Semua guru

5.2.3 Pn Wan Huraizah mengingatkan supaya panitia membincangkan pelan


intervansi berdasarkan Tahap Penguasan murid dalam mesyuarat panitia
bilangan 3 akan datang.
Tindakan : Ketua panitia Mata pelajaran

5.3 Pelaksanaan KBAT dalam PdPc


5.3.1 Penolong kanan Pentadbiran mengingatkan guru supaya membuat catatan
eleman pelaksanaan KBAT pada buku RPH.
Tindakan : Semua guru

5.3.2 Beliau juga mengingatkan ketua panitia supaya pelaksanaan KBAT dalam
PdPc dapat dilaksanakan dengan merujuk kepada kompentensi seperti
berikut:-
a. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
b. Penggunaan alat berfikir 8 peta pemikiran.
c. Penggunaan teknik penyoalan dan pentaksiran
d. Aktiviti pembezaan murid.
Tindakan : Semua guru

5.3.3 Penolong kanan Pentadbiran memaklumkan dapatan daripada hasil


pemantauan jemaah nazir pada tahun lepas adalah pada tahap baik dan
perlu dibuat penambahbaikan.
Tindakan : untuk makluman

5.3.4 Pengerusi meminta supaya bilik ”i-think” digunakan secara maksimum


sebagai platform untuk panitia berkongsi dan mendapatkan sumber i-think

4
bagi kegunaan semasa PdPc dan perlu dibuat catatan dalam buku rekod
penggunaan yang disediakan.
Tindakan : JK KBAT/ Ketua Panitia

5.4 Dual Language Program (DLP)


5.4.1 Pn Rosmawati memohon supaya mesyuarat DLP dimasukkan dalam
senarai takwim mesyuarat kurikulum dan melibatkan semua guru subjek
matematik dan sains.
Tindakan : S/U Kurikulum

5.4.2 Beliau juga memaklumkan murid kelas DLP menunjukkan kemahiran


dalam menguasai istilah dan pemahaman terhadap kehendak soalan
Tindakan : untuk makluman

5.5 LADAP
5.5.1 En. Yusran bin Sidik Guru Penyelaras LADAP meminta guru-guru
mengemaskini maklumat kehadiran bengkel/kursus bagi memudahkan
beliau mendaftarkan dalam SPLG.
Tindakan : Semua Guru

5.5.2 En Yusran juga mengingatkan semua guru supaya mengisi borang sebelum
untuk urusan pinjaman ”note book”.
Tindakan : Semua Guru

5.6 Highly Immersive Programme (HIP)


Pn. Akmaliah bt Yusoff penyelaras HIP memaklumkan ”level of
immersive” telah mencapai ”level 3” dan telah memenuhi KPI PPD Jeli.
Tindakan : untuk makluman

5.7 LINUS
5.7.1 Pn Namiran bt Abdullah penyelaras LINUS memaklumkan program
LINUS yang berlangsung pada masa ini adalah ”Program Sibuk LINUS”
yang melibatkan murid tahun 3 dan kelas tambahan LINUS untuk murid
tahun 2. Program ini dilaksanakan pada setiap khamis jam 1.10 hingga
1.40 petang.
Tindakan : untuk makluman

5.7.2 Beliau memaklumkan iaitu tarikh saringan lisan iaitu pada 1 hingga 14
september, ujian bertulis pada 30 september hingga 12 oktober manakala
pengisian data ialah pada 14 hingga 26 oktober 2018.
Tindakan : untuk makluman

5.7.3 Pn Namiran bt Abdullah juga mengingatkan guru-guru LINUS supaya


membuat catatan ”saringan membaca LINUS”dalam ruangan aktiviti buku
RPH sepanjang tempoh saringan berlangsung.
Tindakan : Guru LINUS

9. HAL-HAL LAIN

5
9.1 Pn. Zaihan Azmarini memaklumkan Pra PPD Jeli akan menganjurkan Program
Bijak Pra pada 15 ogos bertempat di SK Kuala Balah.
Tindakan : untuk makluman

9.2 Beliau juga memaklumkan keputusan kemasukan ke kelas Pra sekolah boleh mula
disemak menerusi atas talian pada 5 ogos 2018.
Tindakan : untuk makluman

9.3 Pn Wan Afzahani memaklumkan dua orang murid terlibat dalam pertandingan
menulis essei Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara atas talian.
Tindakan : untuk makluman

9.4 En Razali memaklumkan dua orang murid terlibat mewakili daerah Jeli pada
pertandingan menulis khat anjuran sektor Pendidikan Islam JPN peringkat negeri
Kelantan pada 23 julai nanti.
Tindakan : untuk makluman

9.5 En Abd Malik memaklumkan hari terbuka sek amanah bersama ibu bapa dan
komuniti akan diadakan pada awal bulan ogos akan datang.
Tindakan : untuk makluman

10. UCAPAN PENANGGUHAN GURU BESAR (EN. CHE ROSLAN BIN AB


RAZAK)

En Che Roslan bin Ab Razak mengingatkan agar memberi perhatian terhadap isu-isu yang
perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan tindakan perlu diambil untuk
penambahbaikan demi kecemerlangan akademik murid-murid.
Tindakan : untuk makluman

Mesyuarat pada kali ini berakhir pada jam 5.20 petang dengan bacaan doa penutup surah
Asr dan tasbih kafarah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

ZINATUL ASHIQIN BINTI SAFII CHE ROSLAN BIN AB RAZAK


Setiausaha Kurikulum, Guru Besar,
SK Jeli (1) SK Jeli (1)

Tarikh : 23.07.2018

6
7

You might also like