You are on page 1of 4

SK PELANGAI KG JAWI-JAWI

28740 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09-2457481 Fax : 09-2457481
E-mel : skpelangai@gmail.com

DIALOG PRESTASI AKADEMIK BIL 2/2019

Tarikh : 22 April 2019


Masa : 2:05 petang
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :
1. En Mohamad Nassir b Hj Idris
2. En Abdul Halim Omar
3. Pn. Norma Said
4. En. Mohd. Shahrim Ismail
5. En. Mokhtarudin Ramli
6. En. Amir Faiz b Mohd Sabri
7. Pn. Mazinlina Said
8. Pn. Norzahariah Safa’i
9. Pn Nor Anis Ros
10. Pn Azlina Bt Umar
11. Pn Munirah binti Md Isa
12. Pn Siti Aisyah Islahuddin
13. Pn Nik Nurul Syakirin Nik Mohamed Amin
14. Pn Siti Azimatulnisha Azizan
15. Cik Noorshakila Ramli
16. En mohd Hanif b Ahmad

Tidak hadir :
1. Pn Maya Melanie Mohammadin (MC)
2. Pn Nor Azizan Idris
3. En Ahmad Saffuan b Salleh
4. En Azmi b Ismail

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Memulakan bacaan dengan Ummul Kitab dan doa .


1.2 Memaklumkan jika bilangan pegawai kurang daripada 20 tidak digalakkan menggunakan mesin
cap jari.
1.3 Penambahan meja kantin terima kasih kepada En azmi atas inisiatif .
1.4 Penghantaran Buku Rekod Mengajar , Ketua jabatan berhak memberi memo kerana dianggap
guru melanggar peraturan.
1.5 Pemakaian kasut yang sesuai dengan profesion perguruan.
1.6 Guru perlu menjaga lisan dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid.
1.7 Mengingatkan masuk ke kelas tepat pada masanya dan gunakan dengan optimum.
1.8 Lima orang guru terlibat dengan Hari Guru Daerah pada 23/4.
Tindakan dan makluman : Semua guru

2. PENGESAHAN MESYUARAT

2.1 Mesyuarat disahkan oleh Azmi Ismail dan disokong oleh Mokhtarudin bin Ramli.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru Besar telah memesan 3 pasang cordless dibawah PSS/ Panitia Muzik. Setiap panitia boleh
merancang pembelian peralatan.
3.2 Enrolmen murid terkini 158 orang.
3.3 Sudut pidato boleh dibuka kepada semua pihak pada waktu rehat.

4. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

4.1 PEPERIKSAAN P1 TAHAP 2

4.1.1 Kenal pasti murid Tahun 4 yang memerlukan pemulihan dan murid target.
Tindakan : Guru mata pelajaran
4.1.2 Tahun 6 kebanyakan salah ejaan, tertinggal perkataan dan struktur ayat yang lemah bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
Tindakan : Pn Aisyah
4.1.3 Murid yang dikenalpasti lemah Baeyah, Khalidah, Puteri, Hafiz dan Mifdhal. Saadun belum
menguasai format dan teknik menjawab.
Tindakan : Guru Tahun 6
4.1.4 Program mentor-mentee melibatkan semua guru dan pelajar Tahun 6.
Makluman : semua guru
4.1.5 Kelas bimbingan selepas raya dari hari Isnin sehingga Khamis (2:30 – 4:30 petang)
Tindakan : Guru Tahun 6
4.1.6 Kelas Tambahan Pn Rohaya pada Jumaat adalah kelas individu tidak melibatkan pihak sekolah.
4.1.7 Masa cuti penggal kelas bimbingan berjadual.
4.1.8 Ustaz Shahrim bekalkan makanan tambahan kepada murid-murid.
Tindakan : Ustaz Shahrim
4..1.9 Rancang teknik menjawab dan penceramah yang hendak dipanggil.
Tindakan : Guru Tahun 6

4.2 PBD TAHAP 1


4.2.1 Masukkan pelaporan PBD dalam tapak laman web BPK bagi semua subjek dalam PBD gabungan.
Tindakan : Semua guru
4.2.2 Guru Kelas perlu komen dan semak.
Tindakan : Guru Kelas
4.2.2 Pelaporan akan dicetak dalam bulan Jun .
4.2.4 Ibu bapa / penjaga yang mahu mendapat maklumat perkembangan anak boleh datang berjumpa
guru mata pelajaran.

4.3 PSIKOMETRIK

4.3.1 Berdasarkan ujian yang telah dijawab kenalpasti murid rendah , sederhana dan tinggi.
4.3.2 Ustazah Syakilla cetak dan uruskan ujian serta kumpul data.

4.4 SEGAK

4.4.1 Murid yang tidak hadir ujian SEGAK tahun 4 dua orang, Tahun 5 tiga orang dan Tahun 6 dua
orang.
4.4.2 Murid ini akan lakukan semasa pelaksanaan SEGAK pada kali kedua.
Tindakan : Guru berkaitan

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Munirah memaklumkan Program Jom Baca Bersama 10 minit pukul 11:00 – 11:10 di lokasi
masing-masing secara serentak seluruh Malaysia. Mohon hantar gambar untuk dibuat pelaporan.
Tindakan : Semua guru
5.2 Projek Kesenian Tahap 1 akan diadakan serentak semasa peperiksaan pertengahan tahun Tahap 2
Tindakan : Guru PK Tahap 1
5.3 En Mokhtarudin memaklumkan telah memanjangkan kes Saadun ke JPN dan Lembaga Peperiksaan.
5.4 Ustaz Shahrim mremaklumkan kehadiran LADAP menggunakan barkod . Meminta guru menyemak
status kehadiran LADAP dalam sistem.
Tindakan : Semua guru
5.5 Pn Nor Anis memaklumkan mesyuarat pada Rabu untuk Guru Besar atau pentadbir.Makluman PRA
dan PPKI akan mengikuti Program PERMATA bersama Jabatan Bomba.
Tindakan : Pn Nor Anis
5.6 Pn Norma memaklumkan program mencuci tangan dengan betul bagi murid Tahun 1 serentak
seluruh negara pada 30 April .
Tindakan : Pn Norma

10. PENANGGUHAN MESYUARAT

10.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan semasa mesyuarat
berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:45 petang.


Disediakan oleh.,

……………………………………….
(MUNIRAH BINTI MD ISA)
Setiausaha Kurikulum

26 April 2019
MNI/mmi/guru/staf-bil.2/2019

You might also like