You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR

08000 SUNGAI PETANI


KEDAH DARUL AMAN
Tel/Faks : 04-4236466
sksglayar.ppdkmy@gmail.com
___________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAH BIL 1 2022/2023

Tarikh : 15 Mac 2022

Hari : Selasa

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Wawasan SK Sungai Layar

Kehadiran : 51/56

Turut Hadir :

1. En. Baharuddin bin Mohamed Ibrahim ( Pengerusi/Guru Besar )

2. Pn Hjh Azizah Bt Ahmad (PK Kurikulum)

3. Pn. Noor Kamalia binti Amauddin ( PK HEM )

4. En Muhammad Fadzli Bin Sudin (PK Kokurikulum)

Tidak Hadir :

1. Pn. Norfisah binti Sharif (Cuti sakit)


2. Encik Mohamad Zamri bin Abd Razak (Cuti sakit)
3. Pn. Siti Zubaidah binti Bachok (Cuti sakit)
4. Encik Mohd Rodzi bin Ahmad (Bersebab)
5. Encik Ismail bin Baharum (Bersebab)

Agenda mesyuarat :

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Bacaan Doa
3. Ikrar Perkhidmatan Awam
4. Pengurusan Am
5. Pengurusan Kurikulum
6. Pengurusan Hal Ehwal Murid
7. Pengurusan Kokurikulum
8. Hal-hal Lain
9. Ucapan Penangguhan
1. Ucapan pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
dan komitmen yang ditunjukkan.

2. Bacaan doa

Bacaan doa dipimpin oleh Encik Mohd Rodzi bin Haji Musa.

3. Ikrar Perkhidmatan Awam

Ikrar dipimpin oleh Encik Mohd Ridzuan.

4. Pengurusan Am

Guru Besar sebagai pengerusi Mesyuarat menekankan beberapa perkara termasuklah :

4.1 Roh Pendidikan yang berteraskan kasih sayang dan hormat menghormati.

4.2 Matlamat Pendidikan tidak hanya untuk melahirkan pelajar cemerlang dan punya kerjaya yang
baik tetapi bersahsiah tinggi.

4.3 Prinsip etika kerja adalah berdasarkan :

4.3.1 Visi KPM iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

4.3.2 Misi KPM iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

4.3.3 Amanat KPM iaitu berdasarkan PPPM 2013-2025.

4.3.4 Slogan JPN iaitu ‘Kerja Kualiti, Ibadah Kualiti, Murid di santuni’.

Makluman semua
guru

4.4 Kualiti Sistem Tidak boleh Melangkaui Kualiti Guru

4.4.1 Guru yang menyayangi murid

4.4.2 Guru yang menguasai kandungan mata pelajaran dan cara penyampaiannya.

4.4.3 Guru yang mengurus dan menguasai pembelajaran murid.

4.4.4Guru yang komited dan sentiasa munasabah (merefleksi) serta memperbaiki


pengajarannya.

4.4.5 Guru yang mengurus bilik darjah dengan baik.

Makluman semua
guru
4.5 Amanah dan Tanggungjawab

4.5.1 MMI diurus dengan bijaksana iaitu guru hadir, melaksanakan Pdp yang berkualiti.

4.5.2 Keberadaan guru 90% bilik darjah 10% aktiviti lain.

Makluman semua guru

4.6 Persediaan Buka Sekolah

4.6.1 Pengurusan Kelas :

4.6.1.1 Guru-guru diharapkan dapat memastikan kelas-kelas berada dalam keadaan baik di
mana kelas telahpun dibersihkan oleh pekerja.

4.6.1.2 Bilangan kerusi dan meja perlu cukup sesuai dengan slogan 1 Murid : 1 Kerusi :

1 Meja : 1 set SPBT

4.6.1.3 Jadual waktu siap diedarkan.

4.6.1.4 PdP dilaksanakan pada hari pertama persekolahan.

Tindakan semua guru

4.6.2 Pergerakan Murid :

4.6.2.1 Murid hadir ke sekolah dengan melalui pintu yang dikhaskan dan waris hanya
dibenarkan menghantar anak di situ sahaja.

4.6.2.2 Murid berkumpul di kantin dengan bantuan guru yang bertugas.

4.6.2.3 Melaksanakan ‘Amalan Guru Penyayang’

4.6.2.4 Guru Bertugas mingguan bertugas mengikut jadual yang disediakan.

Makluman semua guru

5. Pengurusan Kurikulum

5.1 Penyediaan RPH yang lengkap sebaik sahaja menerima jadual.

5.2 Fail RPH perlu dibawa setiap kali Pdp. Dihantar setiap minggu mengikut ketetapan jadual
penghantaran.

5.3 Semua murid perlu mencapai sekurang-kurangnya TP4 dalam PBD.

5.4 Murid Tahun 6 sekurang-kurangnya mencapai TP5.


Makluman dan tindakan semua guru

6. Pengurusan Hal Ehwal Murid

6.1 Guru-guru perlu sentiasa peka dengan kutipan data yang diperlukan.
6.2 Guru-guru hanya perlu merespon sekadar apa yang sepatutnya terhadap hal-hal dalam
group kelas.

6.3 Sentiasa menerapkan budaya memberi salam terhadap murid.

6.4 Semua guru adalah guru disiplin yang wajib menegur disiplin,tingkah laku dan penampilan
murid.
Makluman dan tindakan semua guru

7. Pengurusan Kokurikulum
7.1 SK Sungai Layar perlu melonjak dalam semua bidang selepas pandemik ini dengan menyertai
Program, aktiviti anjuran PPD/ JPNK / KPM.

7.2 Semua aktiviti Kokurikulum sebolehnya mencapai peringkat kebangsaan dan daerah
sekurang-kurangnya.

7.3 Setiap panitia dan guru perlu terlibat secara aktif dengan mengambil bahagian dalam setiap
aktiviti dan program kokurikulum.

7.4 Semua bertanggungjawab dan memberi bimbingan kepada peserta yang mewakili sekolah.
Makluman dan tindakan semua guru

8. Hal-hal Lain
8.1 Guru yang yang telah lengkap divaksin, tiada gejala perlu hadir bertugas seperti biasa
walaupun ada ahli keluarga yang tinggal bersama positif covid 19.

8.2 Guru Besar menyatakan keterampilan guru dari segi pakaian dan imej adalah baik cuma perlu
lengkap dengan pemakaian tag nama.

8.3 Guru perlu mengawal sikap dan emosi. Berhati-hati, mengawal diri, bijak dan matang dalam
aktiviti dalam media sosial. Kebenaran Ketua jabatan diperlukan untuk aktiviti berniaga,
berpolitik, tusyen dan agama. Ia hanya boleh dilakukan diluar waktu bertugas sahaja.

Makluman semua guru

9. Ucapan Penangguhan
9.1 Guru besar menegaskan bahawa kualiti sekolah dan kemenjadian murid bermula dengan
proses yang berlaku di dalam kelas.

9.2 Guru Besar berterima kasih kepada semua. Beliau berharap agar semua perancangan dan
perbincangan dapat dilaksanakan dengan baik.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 11.25 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


Siti Nur Aini Binti Sabudin Baharuddin bin Mohamed Ibrahim
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK Sungai Layar
SK Sungai Layar 2022/2023
LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT MESYUARAT GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAH BIL 1 2022/2023

Tarikh/Hari : 15 Mac 2022 / Selasa


Masa : 8.30 – 11.25 pagi
Tempat : Bilik Wawasan SK Sungai Layar
Pengerusi : En. Baharuddin bin Mohamed Ibrahim (Guru Besar SK Sungai Layar)

You might also like