You are on page 1of 6

Semua Guru Penolong

Kanan,Semua Guru,
SAN Islamiah Kota Kinabalu.

Tuan/Puan,

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 1/2024-2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

02. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke


mesyuarat seperti yang dinyatakan di atas yang akan diadakan mengikuti
ketetapan berikut :

Tarikh : 9 MAC 2024


Masa : 9:00 Pagi - Selesai
Tempat : Kelas tahun 6
Pengerusi : Ustzh Shahirah Binti Sapan (Pengetua San Islamiah Kota
Kinabalu)

03. Bersama ini disertakan agenda mesyuarat (Lampiran 1) untuk


makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Perhatian, kehadiran dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan


didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MEMBINA LEGASI DINNIYAH”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD SYABIL QADRI BIN SHAMLIN,


Guru SAN Islamiah Kota Kinabalu.

sk : Fail
LAMPIRAN 1

AGENDA MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.1/2024

TARIKH : 9 MAC 2024


MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : Kelas tahun 6

BIL. PERKARA TINDAKAN

01. Perutusan Pengerusi Pengetua

02. Hala Tuju Kokurikulum PK kokurikulum

03. Pengurusan Sekolah Pengetua

04. Pelantikan Jawatankuasa 2024 PK kokurikulum

05. Hal-hal Lain Pengetua


MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.1/2024-2025

Tarikh : 9 Mac 2024


Hari : Sabtu
Masa : 9:00 Pagi
Tempat : Kelas Tahun 6

KEHADIRAN :

1. Ustazah Shahirah Binti Sapan Guru Besar


2. Ustazah Wan Nur Hadiah Guru Pen. Kanan
3. Ustazah Amisah Binti Jaragan Guru SPBT
4. Ustazah Zakiah Ili Zawani Guru Kokurikulum
5. Ustazah Suzieyana Binti Sudimoh Bendahari
6. Ustaz Syed Syah Rezza Guru Pen. Kanan Hal Ehwal
Murid
7. Ustaz Mohd Syabil Qadri Guru Disiplin/Setiausaha

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Ustaz Mohd Shafiq Bin Ismail Cuti Sakit


2. Ustaz Mohammad Hisham Bin Abdul Rahim Cuti Sakit
AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh ustazah Shahirah binti


Sapan,Pengetua San Islamiah Kota Kinabalu. Beliau
mengucapkan salam keagamaan dan Salam Muafakat
kepada guru-guru yang hadir. Beliau juga turut
mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir ke
Mesyuarat Kokurikulum BIL.1/2024-2025
Tindakan : Makluman semua guru

1.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar sentiasa


menggunakan bahasa yang sopan semasa melaksanakan
aktiviti kokurikulum dengan tidak menyebut perkataan-
perkataan yang bersifat negatif atau yang boleh mengaibkan
murid-murid.
Tindakan : Makluman semua guru

1.3 Pengetua menggalakkan guru-guru bersama-sama murid


memakai pakaian sukan pada setiap hari rabu mengikut
jadual yang ditetapkan. Beliau juga berharap agar guru
kokurikulum memastikan murid mematuhi peraturan dan
juga jadual memakai baju sukan pada hari rabu.
Tindakan : Guru Kokurikulum

2. Hala Tuju Kokurikulum

2.1 Ustazah Zakiah selaku guru kokurikulum mengucapkan


terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Unit
Kokurikulum SAN islamiah yang telah dilantik bagi tahun
2024.
Tindakan : Makluman semua guru

2.2 Ustazah Zakiah juga menerangkan bahawa betapa


pentingya peranan jawatankuasa yang memainkan peranan
dalam menjayakan dan membangunkan kokurikulum di
sekolah, tidak terkecuali kepada guru yang menjadi AJK
pelaksana.
Tindakan : Makluman semua guru

2.3 Ustazah Zakiah juga menyatakan hasrat untuk


memperbanyakkan lagi aktiviti luar untuk murid dan
berharap agar guru-guru bekerjasama menghasilkannya.

Tindakan : Makluman semua guru


3. Pengurusan Kokurikulum

3.1 Pengetua mengingatkan guru-guru supaya menjadikan


Buku Dasar dan ketetapan pelaksanaan kokurikulum
sebagai sumber rujukan.
Tindakan : Makluman semua guru

3.2 Mesyuarat kokurikulum hendaklah dirancang dan


dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Tindakan : Setiausaha

3.3 Agenda mesyuarat induk iaitu : Ucapan Pengerusi,


Pengesahan minit mesyuarat lepas, Perkara-perkara
Berbangkit, Perkara-perkara baharu/laporan unit, Hal-hal
lain dan ucapan penangguhan mesyuarat.
Tindakan : Setiausaha

3.4 Takwim aktiviti tahunan disediakan dan mendapatkan


pengesahan daripada pengetua sebagai panduan aktiviti
migguan dan sepanjang tahun.
Tindakan : Makluman semua guru

4. Pelantikan Jawatankuasa 2024

4.1 Ustazah Zakiah mengumumkan bahawa tiada perubahan


dari segi lantikan jawatankuasa bagi tahun 2024.
Tindakan : Makluman semua guru

4.2 Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengisi


Pelan Strategik Organisasi (PSO). Jika ada guru yang
berminat untuk menyertai kursus kemahiran, diminta untuk
mengambil peluang untuk meningkatkan lagi kemahiran
diri.
Tindakan : Makluman semua guru

5. Hal-hal lain

5.1 Ustaz Syed Shah Rezza mengemukakan idea untuk


mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia
Sabah. Guru besar meminta kertas kerja disiapkan
sebelum melaksanakan idea tersebut.
Tindakan : Setiausaha

5.2 Perbincangan mengenai masalah disiplin yang berlaku


pada waktu persekolahan.
Tindakan : Guru Disiplin
5.3 Guru besar memaklumkan bahawa masalah tandas
sekolah akan dibincangkan bersama PIBG pada masa
yang terdekat.
Tindakan : Makluman semua guru

5.4 Ustaz Syabil mengemukakan idea jika murid boleh


menyertai pertandingan e-sukan dengan bertujuan untuk
memupukkan lagi semangat kesukanan dan juga untuk
memperkembangkan lagi daya fikiran kritis murid.
Tindakan : Makluman semua guru

5.5 Guru Disiplin juga diminta agar memantau disiplin murid


jika sebarang aktiviti kokurikulum dijalankan.
Tindakan : Guru Disiplin

PENUTUP

Guru Besar sangat mengharapkan kerjasama akan bertambah pada


tahun 2024-2025. Beliau juga mengucapkan terima kasih pada usaha yang
dilakukan sebelum ini dan meminta agar guru-guru yang terlibat curahkan lagi
semangat dan juga usaha pada tahun yang baru ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 tengahari.

Disediakan Oleh, Dicadangkan oleh,

MOHD SYABIL QADRI NUR ZAKIAH ILI ZAWANI


Setiausaha Guru Kokurikulum
SAN Islamiah Kota Kinabalu SAN Islamiah Kota Kinabalu

Disahkan Oleh,

NUR SHAHIRAH BINTI SAPAN


Guru Besar
SAN Islamiah Kota Kinabalu

You might also like