You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG MATANG

34010 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN


தேசிய வகை மாத்தாங் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி
KOD SEKOLAH: ABD 6113
Tel & Faks : 01165750488
Emel : ABD6113@moe.edu.my
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 1/2022/2023

TARIKH : 21.03.2022 ( ISNIN )


MASA : 1.30 – 3.40 PETANG
TEMPAT : Bilik Gerakan Sekolah
KEHADIRAN : 8/8

1. KETUA PANITIA
(PN YOGHESWARY A/P AMBIGABADI)

2. AHLI PANITIA
(EN. SIVARAJA A/L SILVARAJOO)

3. PEMBANTU TADBIR
( EN. FAIZAL )

4.TIDAK HADIR DENGAN BERSEBAB : TIADA

5.URUS SETIA MESYUARAT : GURU KETUA PANITIA


1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas


kehadiran ahli panitia dan pembantu tadbir ke Mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris Bil.1/2022/2023.
Makluman

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Yogheswary


Disokong untuk pengesahan oleh : En. Sivarajah

4. SEKTOR PERANCANGAN

4.1 Guru-guru juga telah diucapkan tahniah dan terima kasih kerana telah
berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan yang diberi.

4.2 Guru Besar menekankan penggunaan pelbagai kaedah dalam PDP seperti
pembelajaran secara hands on, konstektual, konstruktivisme, masteri,
melalui permainan, inkuiri penemuan dan berasaskan projek berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

4.3 Semua bidang iaitu bidang pengurusan sekolah , bidang kurikulum,


bidang hal ehwal murid dan bidang kokurikulum akan mengemaskinikan
perancangan strategik masing-masing sejajar dengan perancangan
strategik JPN Perak 2021-2025 serta selaras perkembangan dan
keperluan pendidikan semasa.
Tindakan: Semua GKP
5. UCAPAN PENGERUSI (GURU BESAR)

Puan Kalaivani a/p G. Muniandy selaku Pengerusi, mengalu-alukan kehadiran semua


guru ke Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 / 2022/2023.

5.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke
mesyuarat Kurikulum.

5.2 Guru Besar menasihati guru-guru untuk menjaga kepentingan bersama demi
mencapai visi, misi, moto sekolah dan moto PPD LMS. Guru Besar menasihati agar
kepentingan murid-murid diberi keutamaan oleh para guru. Beliau juga
menerangkan dengan jelas tentang hala tuju SJK (T) Ladang, Matang dan
berharap semua guru berganding bahu untuk mencapainya.

5.3 Guru Besar berharap guru-guru dapat bekerjasama untuk menjaga kepentingan
bersama untuk kecemerlangan organisasi.
Tindakan : Makluman

5.4 Guru besar berharap bahawa guru-guru dapat mengamalkan pendekatan mesra
murid agar dapat memupuk semangat murid-murid untuk ke sekolah.

5.5 Guru besar berpesan perhimpunan sekolah mesti dijalankan dalam tiga bahasa
supaya murid-murid dapat mahir dalam Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
Tindakan : Semua guru

5.6 Guru besar juga berharap pengajaran dan pembelajaran harus dilakukan
mengikut mata pelajaran yang diajar. Sebagai contohnya, jika PnP Bahasa Melayu
dilaksanakan, maka Bahasa Melayu harus digunakan sepenuhnya dalam kelas. Ini
akan membantu murid-murid menguasai sesuatu Bahasa dengan baik.

Tindakan : Semua guru

5.7 Guru Besar meminta semua penyelaras memainkan peranan penting dengan
mengadakan program-program yang dapat membantu peningkatan akademik
sekolah.

5.8 Guru Besar juga memberi cadangan supaya penyelaras membuat


penggabungjalinan program bertujuan untuk menyenorokkan murid-murid dan
memudahkan tugasan guru.

Tindakan : Semua penyelaras

5.9 Pada masa yang sama, beliau meminta guru-guru perlu sentiasa mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan menguasai kandungan pelajaran supaya dapat menarik
perhatian murid-murid dalam kelas.

Tindakan : Makluman

5.10 Guru besar menerangkan tentang perancangan dan pelaksanaan CUP 3 selama 2
minggu agar pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Tindakan : Makluman

5.11 Guru besar berharap guru matapelajaran menyediakan pelan tindakan sebagai
peta jalan yang menetapkan bagaimana sekumpulan tugas yang diperlukan untuk
mencapai objektif dan tujuan akan disusun, berorientasi dan dilaksanakan.

Tindakan : Semua guru

5.12 Guru besar meminta guru berkenaan untuk mewujudkan telegram khusus untuk
PBD. Tindakan ini akan meringankan tugasan guru-guru.

5.13 Guru besar meminta semua panitia untuk menentukan bilangan buku tulis yang
hendak dipakai bagi setiap mata pelajaran.
Tindakan : Semua GKP.

5.14 Guru besar berharap guru kelas mewujudkan sudut KBAT dalam bilik darjah. Ini
membolehkan murid – murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara
aktif ke arah KBAT. Selain itu, respons murid terhadap pendapat/jawapan/soalan akan
menggalakkan proses pemikiran murid lain.

Tindakan : Semua guru kelas.

5.15 Guru besar juga memberi penjelasan tentang Melindungi Masa Instruksional
( MMI ). Beliau menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa
berusaha untuk memastikan kualiti pendidikan negara berada di tahap yang terbaik
demi pembangunan negara yang tercinta. Guru besar juga menerangkan tentang
objektif MMI.
 Pemeriksaan di sekolah memperlihatkan terdapat sebilangan guru yang
meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP sama ada disebabkan
tugas rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah harus ada
cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, kokurikulum, jadual waktu dan
latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas.

Tindakan : Semua guru.

5.16 Akhir sekali, Guru besar menekankan pelaksanaan program panitia di sekolah.
Dengan ini , diharapkan panitia- panitia di sekolah akan dapat berfungsi atas
landasan yang kukuh dan menjayakan pelaksanaan kurikulum dengan sempurna
di sekolah.

Tindakan : Semua ketua panitia.

6.0 PEMBENTANGAN GK PENTADBIRAN

6.1 GKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang memberi
komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang tahun 2021.

6.2 Beliau berkata, komitmen dan kerjasama yang sama diperlukan pada tahun
2022/2023 bagi meningkatkan pencapaian akademik sekolah.

7.0 PEMBENTANGAN GK HAL EHWAL MURID

7.1 GPK HEM telah membentangkan carta organisasi HEM 2022/2023.

7.2 GPK HEM juga telah menerangkan objektif bidang HEM. Beliau juga menerangkan
tentang tugasan guru-guru dalam bidang HEM untuk tahun ini.

7.3 Beliau juga memesan guru-guru kelas mengemaskini maklumat ibubapa dalam
sector APDM.

8.0 PEMBENTANGAN GK KOKURIKULUM


8.1 GPK KOKO telah membentangkan carta organisasi HEM 2022/2023.

8.2 Beliau juga telah menjelaskan tentang program-proram kokurikulum yang akan
dilaksanakan. Juga membentangkan agihan tugasan setiap guru yang akan
menjalankan program untuk tahun ini.

8.3 GPK KOKO juga menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum akan dijalankan pada
bulan Mei 2023. Segala perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

9.0 PEMBENTANGAN PEMBANTU TADBIR EN.FAIZAL

9.1 En. Faizal telah membentangkan kewangan tahun 2022/2023.

9.2 Beliau memesan para guru mengisi nota minta dahulu sebelum membuat
sebarang pembeliaan untuk kegunaan murid-murid dan sekolah.

9.3 Encik Faizal juga memesan para guru membuat kertas kerja dahulu jika
menganjurkan program di sekolah.

10.1 HAL-HAL LAIN

10.1 Guru-guru diminta untuk menyediakan Pelaksanaan Kandungan Kurikulum dan


perlu menyediakan bahan modul pembelajaran yang sewajarnya. Guru-guru
diingatkan supaya sentiasa menggunakan soalan KBAT dalam PdPc. Penggunaan
KBAT penting dalam melahirkan anak murid yang berfikiran kreatif dan kritis.

10.2 Guru-guru digalakkan menggunakan kaedah PBL dalam PdPc bagi semua
matapelajaran.

10.3 Semua guru diminta mematuhi SOP keselamatan dalam segala aktiviti yang
dijalankan dari semasa ke semasa.

11 UCAPAN PENUTUP

11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian yang
diberikan oleh semua guru. Beliau berharap semua perkara yang telah
dibincangkan akan dijalankan untuk meningkatkan pencapaian dan prestasi
sekolah pada tahun 2022/2023.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________ _______________
(PN.A. YOGHESWARY ) ( PN.M.KALAIVANI )
GURU BESAR

You might also like