You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG NAM HENG

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2022

Tarikh : 20.3.2022

Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Ict

Pengerusi : En.Sivasubramaniam a/l Perumal (Guru besar)

Kehadiran(Bilangan) : 7/7

Tidak Hadir : Tiada

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
En. Sivasubramaniam a/l Perumal selaku guru besar mengalu-alukan semua guru
untuk sesi persekolahan yang baru untuk tahun 2022 / 2023. Beliau juga bersyukur
kerana semua guru dalam keadaan sihat dan selamat.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Cik S.Valli
Disokong untuk pengesahan oleh En.S.Nadarajah.

3 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1. Guru besar membentangkan garis panduan pengoperasian sekolah 3.0 (rujuk
lampiran)
3.2 Guru besar membentangkan senarai semak bilik darjah sebelum pembukaan
sekolah.
3.3 Guru besar membentangkan kandungan Fail RPH dan meminta guru-gur untuk
siap dalam seminggu.
3.4 Guru besar mengatakan bahawa beliau telah mengubahsuai
keadaan infrastruktur sekolah untuk menarik minat murid datang ke sekolah.
3.5 Beliau juga berkata bahawa beliau mengharapkan guru-guru untuk
melaksanakan tugas-tugas mereka dengan sempurna supaya nama sekolah
terjaga dan dapat menambahkan enrolmen murid disekolah ini untuk
memecahkan kelas bercantum.
3.6 En. Nada berkata bahawa beliau mengambill keputusan untuk mendaftar anak
beliau di sekolah ini untuk menambahkan enrolmen. Beliau juga meminta guru-
guru lain untuk mengusahakan untuk mencari murid untuk sekolah.
Tindakan: Semua guru

4 PEMBENTANGAN BIDANG KURIKULUM


4.1 GPK 1 (Pn.K.Logeswari) membentangkan perkara-perkara dibawah dalam bidang
Kurikulum.

4.1.1 Senarai nama murid tahun 1 -6 bagi tahun 2022 / 2023 dibentangkan
Berdasarkan tahap pencapaian murid dalam pentaksiran bilik darjah
(PBD) (rujuk lampiran). Murid yang mendapat Tahap 1 hingga tahap 3
Akan mengikuti program CUP 3 daripada Tahun 2 hingga Tahun 4.
Pelaksanaan akan dicatatkan dalam rph dibahagian aktiviti.
4.1.2 Senarai guru yang mengajar dari tahun 1 hingga tahun 6 bagi tahun
2022 / 2023 dibentangkan mengikut subjek. (rujuk lampiran).
4.1.3 Semua panitia dibentangkan oleh guru yang bertanggungjawab (rujuk
lampiran).
4.1.4 Jawatankuasa bilik khas dan agihan kelas dibentangkan. (rujuk
lampiran)
4.1.5 Program –program yang akan diadakan dalam bidang kurikulum bagi
tahun 2022 / 2023 telah dipaparkan. (rujuk lampiran).
4.1.6 Senarai Fail dan senarai nama guru yang dipertangungjawabkan
telah dibentang.
4.1.7 Subjek-subjek yang akan diajar oleh guru (rujuk lampiran).
4.1.8 Tugas-tugas khas guru dan tugas-tugas yang perlu dihantar.(rujuk
lampiran). ).
4.1.9 Ketua Panitia perlu hantar pelan taktikal dan pelan operasi
pada 21.3.2022 pada Gpk 1 sebelum 8pagi.
4.1.10 Semua panitia perlu menyediakan fail dengan lengkap bagi audit
SKPMg2.
4.1.11 Jadual waktu Kelas dan Jadual Waktu persendirian dipaparkan. (rujuk
lampiran). Guru-guru diminta menghantar jadual waktu kelas dalam
telegram kelas supaya murid dapat membawa buku teks berdasarkan
jadual.
4.1.12 Fail PBD akan disemak oleh setiausaha PBD pada bulan awal April.
4.1.13 Semua guru perlu menghantar Fail RPH pada hari Ahad dan Khamis
setiap Minggu.
4.1.14 GPK 1 meminta En.S.Nadarajah untuk mengingatkan balik unsur-
unsur yang perlu ada dalam kelas bercantum kepada semua guru.
4.1.15 Contoh rph bagi transisi dan CUP 3 telah dibagi kepada guru untuk
digunakan.
4.1.16 GPK Kurikulum meminta Cikgu Iffah yang memegang fail Nilam untuk
mengadakan PLC berkaitan pengisian nilam kepada semua guru.

5 PEMBENTANGAN BIDANG HAL EHWAL MURID


5.1 Bidang Hem dibentang oleh Cik.R.Tamilarrasi.
5.1.1 Jawatankuasa-jawatankuasa dalam bidang HEM telah dibentangkan.
(rujuk lampiran).
5.1.2 Program –program yang akan diadakan dalam bidang hal ehwal murid
dibentangkan. (rujuk lampiran).
5.1.3 Tugas-tugas guru bertugas dibentangkan (Rujuk lampiran)
5.1.4 Tugas -tugas guru kelas dibentangkan (Rujuk lampiran)
5.1.3 Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah isu berat
beg sekolah dibincangkan. Guru besar mencadangkan menyimpan
buku-buku teks murid dalam almari besi yang disediakan dalam setiap
kelas. GPK HEM mencadangkan untuk melancarkan program e-teks
dan menggalakan murid menggunakan e-teks melalui qr code di rumah.
5.1.4 GPK HEM meminta semua guru kelas untuk menyemak perkapita
murid untuk mengemaskini data RMT.
5.1.5 Beliau juga berkata bahawa Pembekal RMT telah ditukar.

6 PEMBENTANGAN BIDANG KO KURIKULUM

6.1 Bidang Ko Kurikulum dibentangkan oleh GPK Ko Kurikulum.


(En.R.Jagadesh).
6.1.1 Carta Organinsasi bagi Ko-kurikulum dibentangkan (rujuk lampiran).
Tugas-tugas dan guru-guru yang dipertanggungjawabkan
dibentangkan. (rujuk lampiran)
6.1.2 Program –program yang akan diadakan dalam bidang ko kurikulum
dibentangkan. (rujuk lampiran).
6.1.3 Waktu aktiviti kokurikulum dibentangkan (rujuk lampiran).Guru-guru
diminta mengikut jadual yang ditetapkan.
6.1.4 Guru-guru digalakkan memakai baju uniform TKRS pada setiap hari
Rabu dan diwajibkan memakai pada perhimpunan bulanan KOKO.
6.1.5 Pencapaian murid dalam bidang Ko Kurikulum bagi 2021 telah
dibentangkan (rujuk lampiran).

7 PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pn.K.Logeswari.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

Pn.R.Yunithera
Pengurusan Mesyuarat

Tarikh : (21.3.2022)

You might also like