You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG NAM HENG

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2021

Tarikh : 20.1.2021

Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Ict

Pengerusi : Pn.Murugamah a/p John Kanniah (Guru besar)

Kehadiran(Bilangan) : 5/7

Tidak Hadir : Pn.P.Umahpreyah


Pn.R.Yunithera

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pn. Murugamah a/p John Kanniah selaku guru besar mengalu-alukan semua guru
untuk sesi persekolahan yang baru untuk tahun 2021. Beliau juga bersyukur kerana
semua guru dalam keadaan sihat dan selamat.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Cik. R. Tamilarrasi
Disokong untuk pengesahan oleh Cik.S.Vasugi.

3 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1. Guru besar membentangkan tindakan dan tatacara yang perlu diikuti mulai tahun
2019.
3.1.1 Guru besar membincang Visi dan Misi sekolah bersama guru-guru.
3.1.2 Guru besar membentangkan Menteri-menteri dan pegawai-pegawai
Dalam bidang pendidikan. (rujuk lampiran)
3.1.3 Guru besar membincangkan tentang perkara-perkara yang perlu
diamalkan dalam bilik darjah sebagai guru kompeten. (rujuk lampiran)
3.1.4 Guru besar menekankan kemenjadian murid dan kualiti Sekolah.
3.1.5 Semua guru harus mengikut etika pakaian semasa di sekolah.
3.1.6 Semua guru perlu memakai baju korporat setiap hari Ahad dan
uniform TKRS pada setiap hari Rabu.
3.1.7 Semua guru perlu berada di sekolah pukul 7.10 pagi.
3.1.8 Semua guru harus balik pada pukul 2 petang selepas sekolah.
3.1.9 Semua guru mesti menandatangani sendiri dalam buku kehadiran
guru ketika waktu tiba dan pulang dari sekolah.
3.1.10 Guru-guru dilarang menggunakan telefon bimbit dalam kelas kecuali
waku kecemasan dan perlu keluar kelas untuk menghubungi pihak
berkenaan.
3.1.11 Guru-guru diwajibkan mendapat kebenaran daripada guru besar jika
ingin keluar dari sekolah semasa waktu sekolah..
3.1.12 Perhimpunan pagi perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut
aturcara yang ditetapkan.
3.1.13 Guru-guru harus memaklumkan guru besar sebelum mengambil cuti
sakit dan memohon dua hari awal bagi cuti rehat khas.
3.1.14 Murid yang keluar pada waktu persekolahan perlu mendapatkan
kebenaran dari guru perlu catat dalam buku pergerakan murid keluar.
3.1.15 Semua bilik darjah mesti disediakan untuk pelaksanaan PdPc pada

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2019 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

1.1.2019
3.1.16 Guru-guru harus menepati masa semasa masuk kelas.
3.1.17 Guru-guru harus bersedia dengan ABM yang cukup. (rujuk lampiran)
3.1.18 Murid-murid perlu dijaga dalam atau luar kelas semasa waktu PdPc
oleh guru yang berkenaan.
3.1.20 Guru-guru tidak patut merotan murid kecuali guru disiplin.
3.1.21 Guru-guru mengingatkan guru-guru untuk peka terhadap perubahan
dalam pendidikan.
3.1.22 Semua guru perlu mendapatkan tandatangan bagi Jadual waktu
3.1.23 Semua kelas perlu disediakan denga sudut bacaan.
3.1.24 Guru besar membincang budaya yang patut diikuti oleh guru-guru.
(rujuk lampiran).

Tindakan: Semua guru

4 PEMBENTANGAN BIDANG KURIKULUM


4.1 GPK 1 (Cik.K.Logeswari) membentangkan perkara-perkara dibawah dalam
bidang Kurikulum.
4.1.1 Semua panitia dibentangkan oleh guru yang bertanggungjawab (rujuk
lampiran)
4.1.2 Jawatankuasa bilik khas dan agihan kelas dibentangkan. (rujuk
lampiran)
4.1.3 Program –program yang akan diadakan dalam bidang kurikulum bagi
tahun 2019 telah dipaparkan. (rujuk lampiran).
4.1.4 Subjek-subjek yang diajar oleh guru (rujuk lampiran).
4.1.5 Tugas-tugas khas guru dan tugas-tugas yang perlu dihantar.(rujuk
lampiran).
4.1.6 Takwim sekolah dibentangkan. (rujuk lampiran).
4.1.7 Ketua Panitia perlu hantar pelan taktikal dan pelan operasi
pada 31.12.2019 pada Gpk 1.
4.1.8 Semua panitia perlu menyediakan fail dengan lengkap bagi audit
SKPMg2.
4.1.9 Sembayang hajat bagi murid tahun 6 akan diadakan dua kali seperti
biasa.
4.1.10 Jadual waktu Kelas dan Jadual Waktu persendirian dipaparkan. (rujuk
lampiran).
4.1.11 Fail PBS akan disemak oleh setiausaha PBS pada 12.1.2019.
4.1.12 Semua guru perlu menghantar Fail RPH pada hari Ahad dan Khamis
setiap Minggu.
4.1.13 GPK 1 meminta Cik. R.Tamilarrasi untuk mengingatkan balik unsur-
unsur yang perlu ada dalam kelas bercantum kepada semua guru.
4.1.14 GPMP dan GPS UPSR 2019 telah dibentang.

5 PEMBENTANGAN BIDANG HAL EHWAL MURID


5.1 Bidang Hem dibentang oleh Cik.R.Tamilarrasi.
5.1.1 Senarai fail-fail dibawa bidang Hem dan guru-guru yang ditugaskan
bagi fail-fail tersebut telah dibentangkan (rujuk lampiran).
5.1.2 Guru bertugas, setiap minggu yang telah ditetapkan mesti menunggu di
pintu sekolah untuk menjemput murid pada pagi dan menghantar murid
pada petang.
5.1.3 Program –program yang akan diadakan dalam bidang hal ehwal murid
dibentangkan. (rujuk lampiran).

6 PEMBENTANGAN BIDANG KO KURIKULUM


6.1 Bidang Ko Kurikulum dibentangkan oleh GPK Ko Kurikulum. (Pn.R.Sumathi).
6.1.1 Carta Organinsasi bagi Ko-kurikulum dibentangkan (rujuk lampiran).

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2019 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tugas-tugas dan guru-guru yang dipertanggungjawabkan


dibentangkan. (rujuk lampiran)
6.1.2 Program –program yang akan diadakan dalam bidang ko kurikulum
dibentangkan. (rujuk lampiran).
6.1.3 Waktu aktiviti kokurikulum dibentangkan (rujuk lampiran).Guru-guru
diminta mengikut jadual yang ditetapkan.
6.1.4 Program merentas desa peringkat sekolah adalah program pertama
bagi tahun 2020. Program tersebut akan diadakan pada 19.1.2020.
6.1.5 Guru-guru diminta untuk menyediakan skrip bagi pertandingan-
pertanding seperti Karnival Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris supaya dapat membimbing murid sebelum tarikh pertandingan
ditetapkan.
6.1.6 Guru-guru digalakkan memakai baju uniform TKRS pada setiap hari
Rabu dan diwajibkan memakai pada perhimpunan bulanan KOKO.
6.1.7 Pencapaian murid dalam bidang Ko Kurikulum bagi 2019 telah
dibentangkan (rujuk lampiran).

7 PEMBENTANGAN KEWANGAN
7.1 Pembantu pengurus kewangan (Pn.R.Yunithera) menyatakan
beberapa perkara yang berkaitan dengan kewangan sekolah.
7.1.1 Beliau mengatakan beberapa teguran daripada laporan Audit
penyata kewangan sekolah 2018.
7.1.2 Resit-resit harus disimpan dengan baik dan serah kepada guru
penolong kanan yang berkenaan bersama senarai perbelanjaan.
7.1.3 Guru-guru diminta memberi surat akuan penerimaan semasa
menerima wang untuk menjalankan program.
7.1.4 Guru-guru perlu sertakan nota minta bersama Kertas Kerja semasa
menuntut wang perbelanjaan.
7.1.5 Guru-guru meminta merancang dengan baik untuk membeli barang
atau menggunakannya mengikut panitia masing-masing.

10 PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Cik. R. Yunithera.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

Cik. Yunithera a/p Rajendran


Pengurusan Mesyuarat

Tarikh : (31.12.2019)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2019 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like