You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

BIL 1/2023

TARIKH : 17 April 2023 (Isnin)


MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Ixora, SMK Simanggang

KEHADIRAN
1. Pn. Voon Yan Fen
2. Pn. Nur Zaliyana Binti Sazali
3. En. Mohd Norhafiz Bin Abd Rahman
4. Pn. Steff Anak Juan
5. Pn. Victoria Anak James Batang
6. Pn. Hii Sing Yieng
7. Cik Azilah Binti Hasan

BIL PERKARA TINDAKAN


1.0 Kata alu-aluan Pengerusi
- Pn. Voon Yan Fen mengucapkan terima kasih kepada semua
Ketua Panitia yang hadir ke mesyuarat.
- Pengerusi menegaskan tentang kepentingan pembudayaan
Semua guru
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
harian.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
- En. Mohd Norhafiz Bin Abd Rahman mencadangkan minit
mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Steff Anak Juan serta
semua guru.
3.0 Perkara-perkara berbangkit
- Tiada
4.0 Pengurusan Fail Panitia
- Pengerusi menyatakan bahawa setiap panitia perlu mempunyai 7
buah fail iaitu minit mesyuarat, surat ikhtisas/pekeliling, biodata
guru, dokumen panitia, koleksi/bank soalan, post mortem
peperiksaan dan rekod inventori. Namun, panitia Bidang Voktek
Semua Ketua
dibenarkan menggabungkan fail panitia kepada 3 fail mengikut Panitia
kesesuaian.
- Semua fail perlu dikemaskini dari semasa ke semasa dan semua
guru perlu bersedia untuk menerima kunjungan daripada pihak
luar untuk penilaian TS25 dan penarafan KBAT.
5.0 Dokumen-dokumen Pengajaran & Pembelajaran
- Pengerusi mengingatkan semua guru untuk menyediakan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP),
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Semua guru
Pengajaran Harian (RPH) mengikut kelas yang diajar masing-
masing. RPT perlu disediakan sesuai dengan Takwim Sekolah.
- Sekiranya para guru mengajar kelas Dual-Language Programme
(DLP), guru tersebut perlu menyediakan DSKP, RPT dan RPH
dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
- Pengerusi juga menyatakan bahawa penulisan RPH perlu
mengikut format seperti sebelum ini iaitu dengan memasukkan
elemen Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK)
serta elemen KBAT. (berkuatkuasa pada 2 Mei 2023).
6.0 Program Akademik (Program Intervensi Berfokus, Tuisyen
Yayasan Sarawak)
- Tuisyen Yayasan Sarawak akan bermula pada 2 Mei 2023.
- Pelancaran Tuisyen Yayasan Sarawak akan diadakan pada 3 Mei
Semua guru
2023 semasa perhimpunan sekolah.
- Tuisyen akan tetap dijalankan sepanjang minggu peperiksaan
dengan jadual waktu yang disesuaikan dengan jadual
peperiksaan.
7.0 Highly Immersive Program (HIP)
7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa program HIP mempunyai 4
kategori.
- IN CLASS yang perlu dijalankan oleh semua guru mata
pelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas.
- OUT OF CLASS dijalankan oleh semua panitia sekurang-
kurangnya satu aktiviti
- EXTRA CLASS perlu dijalankan oleh semua guru mata Semua
Ketua
pelajaran Bahasa Inggeris
Panitia
- OUTREACH perlu dijalankan oleh semua guru mata pelajaran
Bahasa Inggeris
7.2 Semua aktiviti yang dijalankan perlu disertakan dengan laporan
yang ditulis dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
7.3 Guru perlu menyediakan dua salinan laporan dan seterusnya
diberikan kepada Guru Kanan dan kepada SU HIP, Cikgu
Ophelia.
8.0 Pertandingan Ko-Akademik
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu merujuk
Takwim Karnival Ko-kurikulum peringkat daerah Sri Aman bagi
membuat perancangan untuk menganjur atau menyertai
Semua guru
pertandingan yang akan dijalankan di peringkat daerah/ negeri.
8.2 Guru-guru yang terlibat perlu bertindak mencari dan melatih
peserta-peserta yang akan mewakili sekolah bagi memastikan
penglibatan dan kemenjadian murid dalam bidang Kokurikulum.
9.0 Minggu Akademik Semua
- Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan minggu akademik Ketua
pada bulan September. Panitia dan
guru
- Ketua Panitia diminta untuk menyediakan perancangan aktiviti
yang menarik serta kreatif sepanjang minggu akademik.
10. Pencerapan
0 10.1 Pengerusi memberitahu bahawa proses pencerapan akan
dilakukan sama seperti yang dijalankan pada tahun lepas.
10.2 Cikgu Hii Hiong Cheong akan mengedarkan senarai nama
pegawai pencerap dan guru yang akan dicerap serta jadual kerja Semua
pencerapan. Ketua
10.3 Selepas sesi pencerapan, pencerap perlu menghantar satu Panitia
salinan borang pencerapan dalam bentuk softcopy dan
hardcopy kepada Cikgu Hii Hiong Cheong dan Ketua Bidang.
10.4 Satu salinan perlu disimpan oleh pencerap dan satu salinan lagi
perlu diserahkan kepada guru yang dicerap.
11.0 Pentaksiran Bilik Darjah & Pentaksiran Berasaskan Sekolah
11.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu memasukkan
data-data PBD pelajar dalam sistem IdME sepanjang masa dan
pelaporan akan dicetak sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Ogos
2023 dan Februari 2024.
11.2 Pengerusi juga menasihatkan para guru agar menyimpan satu
salinan rekod PBD pelajar untuk rujukan dan tindakan. Semua guru
11.3 Pengerusi meminta para guru Tingkatan 4 dan 5 untuk bersedia
melaksanakan PBS bagi subjek-subjek SPM yang mempunyai
kerja kursus. Guru perlu membimbing murid secara berterusan
bagi memastikan pencapaian yang cemerlang. Eviden murid
dan pelaporan perlu disimpan dengan selamat bagi tujuan
pemantauan.
12. Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) dan Komuniti Pembelajaran
0 Profesional (PLC)
12.1 Pengerusi memberitahu bahawa setiap panitia perlu
mengadakan LPD dan PLC masing-masing sebanyak 5 kali
setahun.
12.2 Setiap LDP dan PLC yang dijalankan perlu disediakan Semua
Ketua
pelaporan dan mestilah diserahkan kepada Ketua Bidang
Panitia
(hardcopy dan softcopy) dan kepada SU SPLG Cikgu Nicholas
(hardcopy).
12.3 PLC perlu di key-in oleh guru yang membuat PLC tersebut.
12.4 Pengerusi mengingatkan para guru untuk menyertai 7 hari LDP
dan 42 mata kredit bagi tahun 2023.
13. Ujian/Peperiksaan Semua
0 13.1 Setiap Ketua Panitia (KP) perlu membuat jadual penggubalan Ketua
soalan bagi setiap ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan. Panitia dan
guru
13.2 Guru-guru yang menyediakan soalan perlu menyediakan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) dan tapak analisis item.
13.3 Kertas soalan yang disediakan mestilah mempunyai nama guru
yang menyediakan kertas soalan, guru yang menyemak dan
Ketua Bidang yang mengesahkan pada muka akhir kertas
soalan.
13.4 Para guru perlu memastikan bahawa setiap set kertas soalan
berlabel dengan tarikh, masa, kelas, nama mata pelajaran, guru
yang mengawas dan guru mata pelajaran.
13.5 Kertas soalan yang dibuat juga mestilah dihantar untuk
semakan KP sekurang-kurangnya dua minggu sebelum
peperiksaan bermula.
14. Sistem Sahsiah Diri Murid
0 14.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu mengisi
SSDM sebanyak 250 kali sebelum 31 Disember 2023.
Semua guru
14.2 Guru-guru dinasihatkan untuk meletakkan kemasukan SSDM
ini sebagai salah satu sasaran dalam Borang Keberhasilan
masing-masing sebagai salah satu Sasaran Kerja Tahunan.
15. e-Prestasi (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
0 Pendidikan)
15.1 Pengerusi mengingatkan para guru untuk menghantar Borang
Keberhasilan beserta pencapaian untuk penilaian pertama
kepada Pegawai Penilai Pertama pada atau sebelum 9 Jun 2023
(Jumaat).
15.2 Guru-guru dinasihatkan agar membuat keberhasilan secara
kualitatif dan kuantitatif.
Semua guru
15.3 Borang Keberhasilan perlu ada empat komponen utama iaitu
kurikulum, HEM, ko-kurikulum dan tugas-tugas khas.
15.4 Guru-guru digalakkan menulis 10 – 15 sasaran.
15.5 Guru-guru diingatkan untuk menghantar Borang Keberhasilan
bersama Take Off Value (TOV) dan Expected Target Rate (ETR)
serta markah Ujian Progresif para pelajar untuk rujukan
Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua
(PPK).
16. Geran Per Kapita (PCG) Semua guru
0 16.1 Pengerusi memaklumkan bahawa anggaran perbelanjaan
merupakan perkara yang wajib dibuat dan dimasukkan dalam
fail panitia. Perancangan perlu dibuat bersama ahli panitia
semasa mesyuarat panitia.
16.2 Wang Per Capita Grant (PCG) yang diperuntukkan perlu
dibelanjakan secara berhemah untuk kegunaan murid sahaja.
16.3 Ketua Panitia diminta untuk merujuk kepada Ketua Bidang
tentang barangan yang ingin dibeli atau ditempah. KP mengisi
nota minta dan serahkan kepada KB untuk semakan.
16.4 Nota minta yang lengkap dan betul akan diserahkan kepada Pn.
Suraya untuk tindakan selanjutnya.
16.5 Barangan yang dibeli harus direkod dalam Rekod Penerimaan
dan Pengeluaran Inventori atau Rekod Pergerakan Harta
Modal.
17. Pelan Strategik (PS)/Pelan Taktikal (PT)/Pelan Operasi (PO),
0 Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) dan One Page
Project Management (OPPM)
17.1 Pengerusi memaklumkan berkenaan tarikh penghantaran PS,
PT dan PO iaitu pada 9 Jun 2023 (Jumaat). PS, PT dan PO yang
dibuat perlu merangkumi semua tingkatan. Maknanya setiap Semua
Ketua
panitia perlu ada lima PS, PT dan PO.
Panitia
17.2 PS, PT dan PO yang sudah siap perlu dihantar kepada KB
untuk semakan. KB akan menyerahkan PS, PT dan PO yang
lengkap untuk rujukan dan simpanan PKP dan Pengetua.
17.3 KP juga perlu menyimpan satu salinan PS, PT dan PO untuk
simpanan fail panitia masing-masing.
18. Hal-hal lain
0 18.1 Pengerusi menasihatkan agar semua guru memperbaiki sikap
kendiri semasa mengajar di dalam kelas dan elakkan berduduk
ketika mengajar.
18.2 Pengerusi memberi peringatan kepada guru-guru untuk peka
terhadap tarikh muat turun soalan bagi PBS subjek SPM.
18.3 Guru-guru dinasihatkan supaya membuat soalan yang berkualiti
dan adil supaya dapat mentaksir murid dengan berkesan.
Analisis Item wajib dibuat bagi mengenal pasti kelemahan
murid dan merancang intervensi bagi penambahbaikan PdPc
masing-masing. Semua guru
18.4 Pengerusi menggalakkan para guru untuk menggunakan bilik-
bilik khas seperti Bengkel RBT, Bengel Reka Cipta dan Bilik
Jahitan semasa sesi PdPc.
18.5 Guru-guru dinasihatkan untuk melakukan 5S untuk bilik-bilik
khas secara berkala dan dibantu oleh murid. Guru boleh
mendaftarkan amalan baik murid yang membantu dalam
SSDM.
18.6 Setiap penggunaan bilik khas perlu direkod dalam fail rekod
bilik khas. Rekod Inventori dan Rekod Daftar Harta Modal juga
perlu dikemaskini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ………………………
(Nur Zaliyana Binti Sazali) (Pn. Voon Yan Fen)
Setiausaha Bidang Teknik dan Vokasional Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
SMK Simanggang SMK Simanggang

You might also like