You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Unit Denggi SK Pinji

TARIKH : 12 April 2023 (Rabu)


MASA : 1.10 tengah hari
AGENDA UNIT 3K :

1. Perutusan pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Isu-isu perbincangan, pembentangan dan laporan
5. Hal-hal lain
6. Penutup
7. Kehadiran :

i. Pn. Salmah bt Ahmad


ii. En. Abdul Razak Bin Ismail
iii. En. Izwan bin Md Zain
iv. Pn. Norhasikin bt Ahmad Alwi
v. Pn. Hazrina bt Muhammad Yazid
vi. Pn. Gursurinder Kaur a/p Gurdial Singh

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1. Perutusan pengerusi
1.1Mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam Mesyuarat
Unit Denggi
Kali pertama Sesi 2023. Beliau meminta semua setiausaha memantau semua
kawasan sekolah
supaya selamat daripada wabak penyakit denggi.
1.2Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk
perancangan aktiviti dan
penyediaan takwim 2023.
Memaklumkan tugas-tugas penyelaras Unit Denggi.
-Menetapkan Tarikh-tarikh program dan aktiviti kelolaan Unit Denggi.
-Menyediakan surat-surat (jemputan/mohon sumbangan dan sebagainya)berkaitan 3
Keceriaan
-Merancang takwim
-Menyelaras aktiviti
Tindakan: Untuk Makluman Semua
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS = Tiada
3. PERKARA BERBANGKIT. = Tiada
4. ISU YANG DIBINCANGKAN :
4.1 Kehadiran banyak nyamuk di laluan belakang berdekatan loji najis kelas
PPKI.Setelah dibincangkan,
Langkah mengatasi masalah tersebut telah diputuskan. Antaranya seperti berikut:
4.1.1 Mengadakan Program Gotong-royong berkala, sekurang-kurangnya 2x
setahun.
Gotong-royong pertama telah diadakan pada 24 Mac 2023, hari Jumaat.
4.1.2 Membuat pengasapan(fogging) sekurang-kurangnya 3x setahun. Kali pertama
telah
dilaksanakan pada 24 Mac 2023 dengan bantuan En Fauzul Azim bin
Baharudin.
4.1.3 En Izwan menyatakan bahawa beliau akan berhubung dengan pihak klinik
kesihatan
berhampiran untuk memohon bantuan fogging.
4.2 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju:
(i) laporan tentang pemantauan denggi di sekitar kawasan sekolah perlu dibuat dan
hasil laporan
perlu ada untuk semakan pihak PPD pada setiap bulan.
(ii) bantuan pekerja swasta boleh digunakan berdasarkan persetujuan perjanjian
antara pihak
sekolah dengan pihak mereka dalam memeriksa dan memantau kawasan
sekolah.
(iii) AJK Unit Kebersihan Sekolah boleh dipohon bantuan untuk membantu
memantau kawasan
sekitar sekolah bagi penyediaan laporan denggi yang lebih telus.

Tindakan : En Izwan bin Md Zain

5.0 TAKWIM / PERANCANGAN AKTIVITI


UNIT AKTIVITI TARIKH/BULAN CATATAN
Unit 3K = a) Gotong-royong a)
1.UNIT DENGGI membersihkan Memohon
En Izwan dan menceriakan kelas. perutukan
b) Mengadakan daripada
Pengasapan/Fogging 3x PIBG
setahun
2023 hingga hujung tahun.
c) Gotong-royong Perdana
bersama
PIBG:

Tindakan : En Izwan bin Md Zain


5.2 PK HEM meminta unit untuk menyediakan perancangan aktiviti /takwim dan
membuat laporan
bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pelancaran Program Semburan Aerosol SK Pinji  (Program SAS) untuk memberi
kesedaran kepada
masyarakat tentang pentingnya penggunaan aerosol di dalam rumah supaya ahli
keluarga dapat
dilindungi daripada nyamuk Aedes. Program SAS akan dibuat hebahan secara
dalam talian whatsapp
bagi mencegah wabak denggi. PK HEM amat berharap agar keberkesanan
program yang akan
dijalankan amatlah memberangsangkan.

7.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam
mesyuarat dan berharap
agar semua aktiviti yang dirangcang dapat dijalankan dengan jayanya..

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………. ……………………….
(IZWAN BIN MD ZAIN) (SALMAH BINTI AHMAD)
SETIAUSAHA UNIT DENGGI PK HEM SK PINJI

You might also like